Rabu, 9 April 2014

Sakit Hotak Aku.

Assalammualaikum and Selamat sejahtera.


Kejap lagi aku up entry ni mesti ada yang cakap.

'Kau ni suka jaga tepi kain orang ke ?'
'Kau ni banyak masa sangat nak stalk2 orang'
'kau ni..kau ni..'

Hahaha over benor entah2 tak ada orang baca pun entry kau ni yob. Aku tak ada lah banyak masa sangat dik non nak stalk2 orang, tapi kalau dah keluar dekat wall fb aku, dah keluar dekat comments list aku takkan nak nengok je, nak ke tak nak terbaca la juga. 

Aku memang sakit hotak sikit baca benda2 gini, tak paham pun ada. apa motip adik-adik ni update macam ni. sory lah adik2 yang terlibat, akak ni cakap je, haha ! Sekarang aku tengok budak2 ni famous tu macam keperluan, followers ramai tu macam bagus sangat. Belum lagi yang fake FB muka letak gamabr lain, motip nya nak popular. adoii nak pengsan rasa.

Tahu tak adik perempuan aku pernah kantoi dengan aku buat fake FB letak gambar perempuan cantik, lepas tu ramai lah lelaki add cakap comel cute segala to nenek tu. Aku marah masa tu, tapi tak tahu nak react macam mana, sebab nanti salah cakap lagi teruk. Sampai sekarang dok pikir the best word bagi dia sedar. Yela kan bila kita tengok kawan2 buat dia pun nak buat kann. Aku meman geram lah kalau buat macam tu. Pada aku ngedik je kan, tapi pada orang lain tak tahu lah kan.

                                 

                                 

                                 

Belum lagi tengok yang update status macam ni. Alahai. Kenapa ya adik2 sayang. Kenapa nak sangat jadi hot2 gituu. Kalau otak aku ni nak ramai folowers sebab lagi ramai orang follow aku lagi ramai tahu produk aku, lagi ramai customer aku. hahaha otak aku fikir bisnes je. maap lah. 

Fake relay lah, suruh tekan like lah, macam-macam. Yelah memang lah tak boleh salakan diorang 100% sebab budak-budak baru nak naik memang macam ni, diorang nak explore semua benda. Dulu masa aku tak ada FB ni, aku pun tak main YM ke apa kan. Masa tu paling sakai pun mesej2 dengan lelaki, abang angkat, kakak angkat, adik angkat, segala angkat lah kan. Kalau famous pun famous kat sekolah je, kalau hebat sikit lagi famous lah dekat kawasan atau sekolah berjiran terdekat. gituu lah.

Mungkin kalau aku ada zaman diorang macam sekarang ni, aku pun buat benda yang sama agaknya. Macam mana nak elak ? orang terdekat kena pantau lah, macam kakak, abang, yang dah dewasa. Kalau macam aku, aku suruh adik lelaki aku handle, dia garang sikit, jadi adk perempuan aku dengar kata dia. 

Bahaya sebenarnya, cuba lah diorang ni terkenal dengan orang jahat ke, kita tak tahu kan. Sebab tu ada kes kena bawa lari dengan orang bila jumpa, kena rogol dengan kawan FB. Biasa lah remaja, dia takkan fikir panjang, dia fikir seronok, best, fikiran benda buruk bakal jadikemudian gituu.

Aku cakap ikhlas, adik-adik kat luar sana yang suka buat Fake akaun lah, update status macam kat atas tu lah, fake relay lah. Please stop it ya sayang. Lagi-lagi perempuan, buat macam tu nampak murah sangat lah. Jangan lah. Please lah. 

Tahu tak kan, aku punya blog list masalah gila. Kan aku ada edit blog hari tu, sape perasan blog aku jadi colour pink kan hari tu, lepas aku edit tu nak letak balik bloglist sebab aku delete dulu bloglist tu nak adjust layout dia, bila nak letak balik boleh, tapi bila save dia automatik hilang. banyak kali buat tetap sama. stress aku. aku ni kalau tak ada blog list susah sikit. sebab blog list tu aku letak blog yang aku suka baca. Bila dia orang update aku nampak dan terus baca. Kalau tak ada blog list ni sadis gila wa cakap lu. Kekadang aku baru teringat eh lama tak baca blog sepet, buka2 blog sepet dia dah hupdate 10 entry, ambik kau. Nak baca satu2 kan. Tapi aku suka tak pe aku baca je. haha eh tetiba cite benda lain. kau memang hampeh syira. =,= 

Nak order Vitamin C ada lagi stock PM kat FB ea. Nak tidor penat dah. Selamat Malam :) 



4 ulasan:

Anasyg berkata...

hey Syira, nice entry :) yup, anas pun x suka jadah2 fake nak kejar sangat populariti ni. pebenda? padia? padia semua ni? haha. Kalau adk syira tu, cer Syira try approach dia guna fake akaun lain, then ajak blind date, pastu Hah ko-sekali kakak sendiri daa..baru dia tau.

Sharifah Syahirah berkata...

@Anasyg eh kenapa bijak sangat anas ni. hehehehe tak rasa dia nak keluar untuk blind date, sebab abah syira tegas sikit, nak keluar suka hati tak boleh. Syrira dh umur besar mcm ni baru rasa bebas sikit. hahahaha gaya macam dulu mak abag kurung je.

Anasyg berkata...

*itu pujian ke sindiran halus tu? haha, maksudnya, jgnlah sampai dia terjebak dlm fake2 relay ni, org2 kat internet ni bukan boleh percaya sgt.

Sharifah Syahirah berkata...

@Anasyg pujian buakn sindiran. maap kalau terasa, kekadang sy mmg kasar. :) yup, internet kan penuh misteri gituu.