Selasa, 22 Januari 2013

chita-chita

Assalammualaikum and hai,

apa khabaq..?semoga awak-awak semua sentiasa dalam redha Allah..amin. tengok ni tengok bila bosan baru nak hupdate blog tak berapa nak kiutt ni..anda semua ada chita-chita sengaja eja cita-cita macam tu,sila sebut dengan penuh perasaan -_- ...mesti ada kan, impian ha lagi la ada kan..chita-chita tak semestinnya bila besaq hang nak kerja apa, chita-chita boleh jadi awak nak apa dalam hidup awak. meh sini nak cakap sikit apa chita-chita aku yang dah tercapai dan belum..weiii..


# dari kecil cita-cita nak masuk universiti, tak kira macam mana nak masuk juga. kalau setakat masuk universiti buat lawatan itu tak dikira.aku nak masuk universiti nak belajar dekat situ.and alhamdullilah, saya telah merealisasikan chita-chita saya ni..tu dia ayat. saya sekarang adalah pelajar tahun pertama universiti Malaya..

coursemate yang awesome.

# ni cita-chita since form 6, ingatkan after form 6 kerja dapat la beli..tapi...disebabkan masalah teknikal,so tak dapat la nak beli..kena post ponnnnn bila duit simpanan rakyat sejagat dah cukup -,-... dulu membajet nak DSLR tapi bila fikir 1001 kali kan, DSLR besar malas nak bawa sebab berat satu, susah nak simpan..jadi kita nak samsung nx1000 sebab ia mudah, fleksibel dan ringan boleh dibawa ke mana-mana sahaja ya..kita memang suka gadget, tapi yang latest memang nak benda alah ni la..



nak colour putih tak pun colour pink..gambar ihsan google.

# kita nak kereta juga..walaupun kita tak cukup ketinggian, tapi tak kira nak juga bawak kereta sendiri. drive sendiri, bawa mak abah jalan-jalan dengan kereta saya tu. saya suka honda city..yeayy walaupun kau nak cakap hak aloh hondo city tu dah lama lah..saya tak kira dia tetap cantik di mata saya..well kalau lepas ni ada kereta lain yang berjaya memikat hati kita..mungkin..mungkin ya, akan beli kereta tu pulak lah..tengok kewangan juga. saya pun nak ada rumah sendiri before kahwin hehe..rumah tu biar la sederhana besar tapi ada decoration cantik.

nak rumah macam ni..hehe

nak warna putih juga.

# yang ni impian, kalau tercapai alhamdullilah, tapi saya akan berusaha sampai tercapai. saya minat bisnes walalupun tak ambil course bisnes dekat uni, tapi its ok minat tetap minat.. saya suka makan ayam goreng, jadi saya nak buka kedai ayam goreng..yuhuuu.nak buat perasa ayam goreng yang pelbagai la..

gulpp sedapnnya..

#  saya nak bawa family saya pergi makkah..lepas tu pergi bercuti dekat pulau..acctually pulau dalam malaysia pun ok dah..siapa tak nak pergi makkah, semua orang islam mesti ada keinginan nak pergi, in syaa allah akan kerja keras untuk semua ni.





# lastly,mesilah nak kahwin..huhahhaha..gatai benar.yang ni saya serahkan 100% pada Allah.kita tak perlu sibuk bercouple bagai, Allah dah tetapkan siapa jodoh kita, kalau tak di dunia, di akhirat in syaa allah.. apa kita perlu buat, kita doa banyak-banyak Allah bagi jodoh yang terbaik, sambil tu kita cari juga, bila rasa dah jumpa isthiharah biar jelas..ala yang ni betul-beul susah nak rancang, hanya Allah je tahu.


tapi semua atas izin Allah kan, in syaa allah akan kerja keras simpan duit untuk dapat semua ni..doakan saya murah rezeki..apa chita-chita anda? cecite-cecite sikit.

Khamis, 17 Januari 2013

Bersangka Buruk vs Bersangka Baik.

Assalammualaikum and hai-hai.

Alhamdullilah akhirnnya final exam habis dah..oh bahagiaanye hidup..teheee.Sekarang dok kat rumah,oh heaven gila oi.apa khabaq sihat..? semoga sentiasa dalam redha Allah.aminn.yee bila aku menulis,mesti ada benda nak share ni yeay..penah dak hang jumpa orang and hang cakap.."bapak sombong orang ni senyum pun tak nak"..haa penah kan,tipu tak pernah..sebab aku pun pernah.awat hang kejam sangat,hang tak kenal dia hang habaq dia sombong.hang tahu dak dosa bila hang bersangka buruk dengan orang..erkk kenapa aku cakap loghat kedah,sebab teringin nak pergi kedah T_T.

perpatah biasa dengar kan. don't judge a book by its cover. ni nak cerita la ni, pada pandangan peribadi aku, kita ni orang malaysia,suka judge orang before kita kenal orang tu. betul tak. betul sebab aku pun kadang-kadang macam ni. korang tahu tak, orang yang korang pandang baik tu tak semestinnya baik,dan orang yang korang pandang jahat tu tak semestinnya jahat. ok kat sini aku nak cakap, kita tak boleh nak nilai seseorang melalui first impression kita..memang betul some times kita perlu nilai orang dari pandangan pertama tu, tapi sometimes kita kena kenal dulu orang tu sebelum kita judge apa-apa dekat dia. Kita kena pandai kawal diri kita,bila masa kita nak tengok orang tu daripada pandangan pertama kita, satu..contoh ea,korang nak temuduga orang kan,lepas tu orang yang datang nak bertemuduga tu pakaian dia tak senonoh,tak menunjukkan cara nak pergi temuduga.ha kat sini korang boleh pakai konsep pandangan pertama tu. sah-sah orang ni attitude dia entah apa-apa kan. dua..korang jumpa someone yang korang baru kenal, dia tak senyum kat korang even korang senyum sampai telinga.jangan judge dia sombong, sebab mungkin dia ni pemalu, tak tahu nak mulakan perbualan atau seangkatan dengannya la..macam aku kan, aku pernah je judge orang sombong before kenal dia, tapi after aku kenal dia..walauwei dia tak sombong,tapi peramah gilokk.see kenal dulu baru tahu orang tu macam mana. 




Tapi..eh ada tapi pulak.sometimes korang kena bersangka buruk dekat orang lain.lebih-lebih lagi orang tu pelik dan pelik dan pelik dan baru kenal. mana tahu orang tu penjahat ke penyangak ke entah apa-apa kan. Lebih-lebih lagi dekat tempat awam kan, sebab penjahat ada seribu satu rahsia yang kita pun kadang-kadang tak terfikir dia boleh buat macam tu. be aware ok. pernah la, satu masa tu aku teman kawan aku kan beli barang, and then dekat kedai tu ada satu wanita ni dia tak cukup duit nak beli hadiah untuk kawan dia, dia cakap nak pinjam duit dekat aku. walaupun pandangan pertama aku nampak dia baik, tapi aku fikir, mcam mana dia boleh masuk dekat kedai tu dan terfikir nak beli hadiah kalau tak ada duit, walaupun masa tu dia minta dua hengget je tapi..aku tak mahu ambil risiko, aku cakap aku tak ada duit. so aku rasa korang lebih bijak dari aku kan, boleh fikir kan.


ok, aku ada satu kepelikan dekat orang yang duapulohempatjam dok bersangka buruk dekat orang.kadang-kadang pelik dia tu perfect ke..haishh doakan je mereka berubah kalau kita jumpa orang macam ni. biasa la orang macam ni dia akan judge people ikut sukak hatik dia jak..ngee~


A : "bapak dia ni, jahat dia mesti lagi jahat "

B : "mana tau dia jahat, kau dah kenal dia ke,dah pernah bercakap dengan dia"

A : "ala tak payah kenal,mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi "

B : "ow,macam tu,erm aku rasa anak hang pun jahat,sebab suka mengumpat,suka bersangka buruk"

A : " eh,awat hang cakap anak aku jahat,hang kenal anak aku ka,dah pernah bertegur dengan dia "

B :  "Ala tak payah nak kenal,mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi."

A : "adeh,malu aku"

ha tu dia..siap buat dialog nak bagi korang faham tahu. main point dia,fikir sebelum judge orang. jangan ikut sedap hati dan rasa kita je. bila masa kita perlu bersangka buruk,dan bila masa perlu bersangka baik.anda mesti lagi bijak dari saya kan..macam biasa yang baik dari Allah, yang kurengg dari aku la.moga bermanfaat. assalammualaikum, jumpa lagi yeay!! (: 


xoxo

Isnin, 7 Januari 2013

Saya Blogger Dari Negeri Johor..







tadaaa..-_- saya blogger dari negeri JOHOR..johor dekat mana..? dekat Batu Pahat.sekarang belajar di UM,KL.actuaally aku memang asal batu pahat,tapi kampung belah ayah dekat Muar,sebelah Batu Pahat je..jadi both kira kampung aku la..

Makanan..? banyak sangat yang best,kerepek memang la banyak.batu pahat syurga kerepek tau..macam-macam jenis kerepek ada.nak rasa..sila datang batu pahat..salah satu jenis makanan ringan yang aku tak jumpa kat KL ni mee siput,setelah kajian dilakukan mee siput memang ada kat Johor je kot..kot ok.sebab tanya kawan-kawan dari negeri lain tak tau pun apa tu mee siput.tetibe rindu nak makan mee siput cicah sambal tumis.satu lagi yang popular nasi beriani.sedap sangat.kalau kat muar apa lagi asam pedas....mee bandung...jerit sikit.

mee siput


nasi beriani mohd shah paling famous bukan kat batu pahat je,dekat negeri lain pun famous tau.

tempat..? apa yang best kat Johor,yang biasa-biasa Danga Bay,Legoland and lain-lain.Tapi pantai dekat sini best,lagi-lagi kat Mersing,ada Pulau Tioman, Pulau Sibu dan lain-lain ya.

Pulau Tioman,Mersing

Pulau Sibu,Mersing.

best kan,mari-mari datang Johor..promote sikit..saya semua readers saya. :)






Girl's Please Cover Your Chest.

Assalammualaikum and hai,

Apa kahabar kah anda sihat kah tidak..tetibe..semoga korang sentiasa dalam lindungan Allah..aku sedang berperang,eh bukan berperang guna senjata tapi berperang dengan kertas dan pensil,mudah kan..mudah? hakikatnya allah je tahu..sedang final,in syaa allah dengan bantuan Allah semua jadi mudah kan..chaiyok!!
bukan nak cerita pasal final, pasal perang, pun bukan, pasal orang hilang, lagi bukan..eh tetibe. Dekat UM ni cerita orang hilang tengah HOT macam goreng pisang panas, ada sorang student sini HILANG ok..hilang..dia main sorok-sorok then hilang..eh tak saya tipu..masyAllah, boleh main-main lagi ea. Dia memang betul-betul hilang, mohon doa kalian agar dia ditemukan selamat.

sumber : pok cik google


Ok,kita pergi ke main point,entry ni khas untuk wanita islam la kan.tahu tak apa tu chest.Eh kita nak bagi tahu apa tu chest pun malu, lagi nak bagi tunjuk kat orang, lagi kita malu. malu-malu sambil tutup muka chest ialah bahagian dada korang tu.ok kena cakap jugak.kot-kot ada yang tak faham,atau lupa -_-. kenapa korang kena tutup chest korang tu ? macam mana cara nak tutup ya ? mari-mari adik-adik, kakak-kakak  saya tolong bagi tahu. korang kena tutup bahagian chest korang tu,yang pertama sekali sebab apa,sebab chest korang tu aurat,ya saya ulang lagi aurat..menutup aurat itu wajib.lagi pun nanti anda akan menyusukan seorang bayi yang mungkin satu hari nanti akan jadi pemimpin dunia mugkin.bagaimana anak itu terbentuk jika ibunnya tmenyusukan dia dengan chest yang telah didedahkan pada orang lain..nauuzubillah.maksud aku bukan lah korang tu dedah tanpa seurat benang,memang tak la,mana ada orang buat macam tu kan.cara korang dedahkan ialah korang pakai tudung tapi tidak tutup chest korang.



secara jujur,dulu aku pun pakai tudung tak tutup chest pun, dalam hati aku, yang penting aku bertudung..nak berfesyen bagai.tapi alhamdullilah aku bukan nak riak atau apa,aku berubah sedikit demi sedikit,sekarang pun masih dalam proses perubahan.mesti ada yang akan cakap "baru berubah tapi dah pandai nak nasihat orang ".terpulanglah apa saja anda nak kata,sebab aku nak korang juga berubah,tak syok berubah sorang,mai la sama-sama. percaya tak kalau aku cakap,punca masalah sosial salah satunnya ialah sebab pakai tudung tapi singkat..kenapa,sebab lelaki akan tetap 'usha' korang even korang bertudung.sebab dia orang tahu korang akan layan juga akhirnnya.lepas tu akan berlaku lah masalah-masalah lain.kalau korang bertudung labuh percaya lah dengan sendiri korang akan jadi lebih baik dari semalam.takkan pakai tudung labuh nak masuk club,takkan pakai tudung labuh nak pakai seluar ketat, takkan pakai tudung labuh nak pakai baju singkat, takkan bertudung labuh,tapi kaki tak pakai stokin kan.tengok secara automatik korang akan menutup aurat dengan sempurna.

masalah-masalah dalam berpakaian


Bila aurat dah tutup in syaa allah,lepas tu korang nak dekat dengan Allah pulak,nak jadi muslimah solehah in syaa allah,korang tahu tak manisnnya berubah ke jalan Allah, korang rasa tenang.ya mula-mula akan susah,rasa semua orang terdekat akan pandang kita lain macam, tapi kita tak perlu malu sebab kita buat baik,bukan buat jahat kan.dan percaya akan ada mulut longkang ea korang panggil,yang akan cakap sinis kat korang.tak pe korang jangan marah tau,tapi doakan mereka berubah juga..paling best tak ada dah lelaki nak usha-usha korang,dia orang akan segan sebab anda MUSLIMAH sebenar,paling dia akan cakap 'assalammualaikum,tak jawab dosa'..haha dia pun jadi baik,jumpa orang bagi salam,kalau tak..hoi-hoi je.TAPI, pastikan anda istiqamah atau secara berterusan berubah. ya kadang-kadang korang rasa macam nak balik semula ke kehidupan lama,means hidup sebelum tutup aurat dengan sempurna kan,masa tu banyak-banyak lah ingat Allah, in syaa allah korang selamat.

see,boleh berfesyen juga kan.


pakai tudung labuh macam mana nak berfesyen..? sayang,pakai tudung labuh juga boleh berfesyen,tapi tidaklah berlebihan.sekarang everything ada,banyak dah fesyen untuk muslimah-muslimah macam kita ni kat luar sana.tak pun kita sendiri mix and match baju-baju kita samapai dia benar-benar tutup aurat..ingat inner pun masih tidak tutup aurat,kan ada je inner yang nampak bentuk tangan.jangan risau,banyak dah baju muslimah sekarang.contoh terdekat Heliza Helmi,dia muslimah kan,tutup aurat kan.tapi masih boleh berfesyen kan.lepas ni kalau keluar rumah ke pergi mana-mana make sure tudung tutup dilabuhkan,pakai hand sock, pakai stokin, pakai baju jangan ketat, erm seluar pun jangan ketat.so jom ramai-ramai berubah.in syaa allah Allah redha nanti. :)  :)  :)


saya bukan ustazah,bukan juga pakar agama,saya pun dalam proses perubahan,betulkan saya kalau saya silap..please cover your chest ya (^_^).jumapa lagi lain entry, xoxo..assalammualaikum.



Rabu, 2 Januari 2013

Aku Ingin Berubah...Tapi..?

Assalammualaikum and hai,
Dapat video ni dari Maria Elena..nak share jugak moga bermanfaat..
Mari sama-sama kita berubah ke arah lebih baik,in syaa allah.

" tiada istilah aku sudah cukup baik" :D