Selasa, 23 April 2013

USAHA.

Assalammualaikum bebeh.. ho yeahh.

ok sengal tahap apa entah. apa khabar (senyum) strawberry, oren ,coklat ke guano :P kita nak cerita apa hari ni uollssssss *jerit sikit ea* lol. usaha, apa kahh itu, adakah ia kerepek pisang yang masin-masin sedap dimakan begitu saja urmmm, atau dia strawbery yang dicicah pula dengan coklat. apa kau merepek mokcik !! ok lets go. usaha adalah sesuatu kerja luar biasa yang anda kerjakan untuk mendapatkan sesuatu. kamus dewan edisi ke 200. *hokey kita tipu* tak adalah pandangan sendiri je tu. sepanjang hidup kau berapa banyak usaha dah kau lakukan. ok tak nak cerita korang tapi cerita aku la.


sepanjang hidup aku, berapa banyak dah usaha aku buat, lets talk usaha dalam part belajar la ea. upsr, usaha jugak, tapi aku tahu usaha tak kuat mana, pmr, sampai ke spm pun usaha jugak tapi tak sekuat mana. ala kadar je. sampai la ke stpm, konon-konon usaha lebih la tapi sebenarnnya usaha yang aku buat tak cukup. serius tak cukup. maybe sebab doa abah, mak doa aku juga dan doa orang sekeliling dapat la masuk uni ni. tapi aku puas, puas bila stpm, aku dapat buat apa yang tak dapat buat masa form 1 sampai form 5. bila sampai uni baru aku tahu apa itu USAHA . betul tak tipu dekat uni tanpa usaha awok akan tinggal jauh, jauh dan sangat jauh ke belakang. usaha dekat uni sangat la penting. semua orang akan berebut-rebut nak jadi yang paling berjaya. adik-adik kalau awak bijak dekat sekolah dulu, jangan ingat dekat uni awak akan bijak juga, sebab awak akan bersaing dengan lebih beribu orang bijak. yang nak masuk uni sila la bersedia fizikal mental ya.



Sedangkan dalam hidup mesti ada usaha, hidup dan usaha mana boleh pisah, bak aur dan tebing, bak motosikal dan jalan raya, bak durian crepe dan pavlova. ok hiperbola melampau nih !! nak hidup sesuap nasi sehari pun mesti ada usaha kan. kena cari duit. macam aku sekarang. aku rasa sampai masa aku mesti usaha untuk cari side income. belajar bukan halangan. sekarang tengah cuba bisnes downline. berminat..? pm aku please. please. please. ok mintak tampar ni. tapi ingat as a muslim usaha sahaja tak cukup, lepas usaha, doa , lepas tu tawakal. doa jangan pernah putus. walaupun lambat in syaaAllah yakin dengan allah dia akan bagi yang terbaik untuk kita. usaha jangan sekerat jalan. usaha sampai berjaya. in syaaAllah sem depan nak start berniaga online . tengah buat research and cari modal sekarang. nak cari idea juga nak jual apa. any idea please..? nak berjaya bukan senang tapi tak susah. usaha ya, lain la mama, papa. awok datuk, datin, tan sri, boleh tumpang dua-dua kaki ye dak. masing-masing ada impian kan, nak capai impian kena usaha. usaha. usaha dan usaha. mari lah maju untuk negara. cewahhh kau senah tak boleh bla langsung. ok cukup la satu jam nak karang ayat cenggini tahu dak. jumpa lagi. assalammualaikum and bye.




p/s : selamat mengundi untuk yang dah boleh undi. aku lagi 5 tahun nak mengundi. sekarang tak daftar lagi.
p/s lagi : nak pilih suami pakai istikharah, nak pilih pemimpin pun istikharah lah. salah pilih nanti Allah tanya nak jawab apa?
p/sss lagi dan lagi : jom join downline. berbaloi tau. usaha jugak nak cari duit lebih :) pm aku tau. :)