Khamis, 10 April 2014

Tips 2 : Cara Nak Mulakan Bisnes Online.

Assalammualaikum and Selamat Sejahtera.


Macam yang aku janji lah kan, aku akan bagi share tips-tips bisnes yang aku tahu dekat korang. Bisnes ni macam mana nak mula. Rasanya ramai yang minat nak berniaga tapi tak tahu nak start dari mana kan. Tak tahu nak buat apa dulu, semua tak tahu lah kan. Baca sampai habis ya.

1. Niat.
Kalau islam, check balik hati tu kenapa nak berniaga ? Nak kaya ? Nak tolong orang, tolong mak abah, atau apa ? Niat kita untuk mulakan semua ni tersangat penting, sebab ia akan mencorakkan kejayaan atau kegagalan kita nanti. gituu kann. Niat lah yang baik2. Niat nak bantu tingkatkan ekonomi orang lain, niat nak tolong orang susah dengan bisnes kau. Bukan  niat je, tapi buatlah. Insyaa Allah maju dunia akhirat.

2. PRODUK
Produk benda paling penting sekali. Kalau tak ada produk nak bisnes apa ? Macam mana nak pilih produk ? Nanti aku up enrty lain, sebab panjang jugak kalau nak cerita produk je. First yang korang kena set dan tanya pada diri korang tu, aku nak jual apa ? Nak dapat stock dekat mana ? Produk ni ikut suka kau lah nak jual apa pun, tudung ke, barangan kecantikan ke, jam ke, kasut ke. Ikut lah. Tapi ada cara yang betul nak pilih produk yang kita nak jual. Macam aku cakap lah, nanti aku up entry lain. Kang panjang sangat korang bukan baca, scroll je. ekekeke !

3. MODAL.
Kena fikir berapa modal kau sanggup keluarkan untuk start bisnes. Untuk yang baru2 nak bisnes jangan keluar modal banyak sangat. Kalau boleh jangan keluar modal lebih dari RM1k. Sebab korang baru belajar nak berniagan banyak benda tak tahu. Kena try and error dulu. First2 tu kena ada ILMU. Bila dah jual kau tengok market ok, jualan ok. Next restock barang boleh keluar modal besar sikit. Mula2 maybe tak ada untung. Sebab mungkin kau ambil stock sikit je dulu, jadi tak dapat lah harga borong, tapi lepas tu kan akan dapat harga borong jadi ada lah untung.

Yang tak ada duit nak mulakan bisnes start dengan dropship dulu. Kumpul duit untung dropship, baru fikir nak keluar modal sendiri. Dengan dropship belajar ilmu marketing dulu.

4. PROMOSI
Bisnes kalau online kan, konsep dia tak sama macam bisnes offline. Online kau kena cari customer bukan customer cari kau. Paham ? Kalau offline yes, customer cari kau, kau tunggu je customer tu datang. Buat PAGE dekat fb. Ini penting untuk tingkatkan kepercayaan orang yang kau ni serius berniaga. Mula-mula maybe kau tak ada modal nak buat iklan fb ads ke hapa. Join group2 bisnes dekat FB, ada beratus-ratus. Join lah and then promosi kan. Promosi juga dengan cara mulut ke mulut, bagi tahu kawan2, atok, nenek, mak cik, jiran sebelah rumah kau ni ada jual benda tu benda ni. Jadi dia akan tersebar luas, dan orang tahu kau ada jual benda tu. Promosi lah dekat mana-mana yang kau rasa boleh. FB ke, Twitter, Insta, Blog atau apa sahaja yang boleh. Ambil gambar produk jangan lupa. Kalau boleh gambar biar cantik dan memikat. gituu

5. ILMU
Apa sahaja yang kita nak buat kita kena ada ILMU. Supaya kita tahu jalan mana betul dan salah. ceiii macam pakar motivasi gituu. Ilmu apa yang patut korang ada ? Macam-macam sebenarnya. Cara nak tarik pelanggan ? Cara nak promosi ? Ayat marketing macam mana ? cara nak pos barang ? cara nak naikkan like ke ? cara buat fb ads ke ? cara follow up customer ? cara reply inbox customer ? ayat-ayat jualan ? gambar menarik ? Semua tu lah. Macam mana nak dapat semua ni ? Kalau mampu pergi seminar, seminar Dr Azizan atau seminar pakar2 yang lain. yup memang nampak mahal tapi ilmu berguna untuk 7 keturunan akan datang. Kalau belum mampu search google insyaa Allah ada je, cuma kena pandai cari sebab ada yang susah faham. kalau aku lah. Follow orang-orang dah berjaya, orang2 yang dah lama bisnes. Kalau aku, aku inbox diorang tanya apa aku nak tanya. Tapi jangan sampai buat diorang menyampah tau. Dioang tak balas inbox ? Chill je sebab memang kadang2 ada yang balas dengan baik dan ada yang tak balas pun. Bersangka baik diorang busy sangat tak boleh jawab. Kau nak belajar kan, jangan malu lah. Kalau malu maap anda tak layak berniaga ( malu kena tempat lah, jangan kau buat benda tak betul pun kau tak malu, lepas tu kau cakap 'syira cakap jangan malu', aku tumbok kau nanti. ehh =,=)


Setakat ni, ini je yang aku ingat. Nanti2 tengah duduk2 ada yang aku teringat ke aku edit balik. Satu je yang penting bila nak berniaga. JANGAN TAKUT GAGAL. Aku pun pernah gagal, kalau ikutkan aku dah setahun lebih bisnes, tapi maybe sebab ilmu kurang, hubungan dengan Allah tak dekat sangat, ye lah nak berjaya solat pun lambat macam mano tu ehh. Jadi setahun tu aku GAGAL. Lepas gagal aku recheck balik kenapa aku tak berjaya ni. Yes now tengah nak bangun balik. Jangan putus asa. Nak senang bukan senang. Orang kaya mana pun dia mula dengan susah dulu, melainkan dia mewarisi kekayaan tu.

Sekian motivasi dari cikgu senah kau, esok aku update lagi. Sekian =,=

8 ulasan:

Azwar Syuhada berkata...

Tips yang bagus buat orang-orang yang nak mulakan perniagaan..xD

Sharifah Syahirah berkata...

@Azwar Syuhada : Terima kasih azwa . heee

Umi Nazrah berkata...

salam singgah. terima kasih untuk perkongsian ilmu & percambahan idea ^_^

Sharifah Syahirah berkata...

@Umi Nazrah. Salam kenal :) Terima kasih jugak :)

Yumida Huda berkata...

tips yg bagus. teringin nak meniaga. tp x tahu nak niaga apa.

Yumida Huda berkata...

tips yg bagus. teringin nak meniaga. tp x tahu nak niaga apa.

Yumida Huda berkata...

teringin nak hadiri seminar dr azizan.

Sharifah Syahirah berkata...

@ Yumida Huda : Syira pun teringin. Nak berniaga cuba berniaga apa yang Yumida minat. heee