Khamis, 29 Disember 2011

akhirnya.

tajuk gempak je lebih.apa yang akhir kan.akhirnya aku dapat jugak software adobe photosop.lama cari software ni tak jumpa, macam mana nak downlod.ada pun software tu nak download kena tunggu sampai dua jam.kalau aku memang tak boleh nak tunggu lama-lama sebab lap top ni bukan aku sorang yang pakai.last-last jumpa dekat blog stoberycokelat.,blog kak fyna.dia ada buat tutorial adobe cikit la.punya la sengal padahal tiap-tiap hari aku pergi blog kak fyna tapi tak terpandang pun tutorial ni.and part yang paling best tak payah tunggu sampai dua jam pun, aku rasa aku download tu tak sampai setengah jam pun.cepat wooo.tapi belum nak mahir guna adobe photoshop ni.before ni edit gambar guna photoscape tapi macam tak puas je,tapi photoscape pun best jugak cuma aku je tak berapa nak reti.lepas ni belajar pulak nak guna adobe photoshop.sebab aku sangat suka ambik gambar and rugi kalau tak edit gambar tu kan.

lepas ni muka aku yang tak berapa cantik pun boleh jadi cun ooo sebab dah edit.betapa canggihnya teknologi   semua yang tak cantik boleh jadi cantik.ambik gambar atas rumput pun,kalau pandai edit gambar jadi cantik je,tak macam dekat atas rumput.and boleh buat duit ooo kalau pandai edit-edit ni.






note : mereka yang lebih tua baca entry-entry saya ni,sory untuk penggunaan aku. :)

Isnin, 26 Disember 2011

No title.

wah musim cuti memang tersangattt membosankan.lagi-lagi aku yang baru habis stpm ni.bosan sangat la.dekat rumah siap je kemas-kemas rumah,masak segala nya.....psttttt budak rajin ni.ah perasan la. mula la aku on line.dah bosan dengan facebook aku blogwalking dekat mana-mana blog yang aku jumpa.jalan-jalan jumpa la blog dena ni..done follow.siapa dia ni aku pun kurang pasti sbb baru first time sampai dekat blog dia.tapi apa yang buat aku tertarik sangat ialah cerita pertunangan dia yang aku rasa boleh dijadikan contoh yang sangat baik.walaupun baru berusia 19 tahun..eh samalah kita 19.cerita pertunangan dia agak menarik,bukan hot ke apa.nak tahu korang pergi la blog dia.and jangan lupa tengok video I'm Proposed tu.sangat terharu aku yang tengok ni.jodoh yang diatur oleh ibu bapa ni kadang-kadang tak la buruk sangat.and yang paling penting cerita dia boleh jadi panduan dan motivasi dekat remaja di luar sbb dia pun masih remaja lagi.termasuklah panduan untuk aku sendiri.jodoh yang terbaik datangnya dari allah bukan dari nafsu manusia yang hanya ingin memiliki kesempurnaan sahaja.semoga jodoh dena akan kekal hingga ke janah.semoga aku juga dikurniakan lelaki yang boleh membimbing aku dunia dan akhirat.aminn.

Khamis, 22 Disember 2011

terima kasih



16.12 birthday aku ni.pertama aku nak ucap terima kasih tak terhingga dekat mak n abah sbb dia orang ingat birthday anak dia orang ni.lagi-lagi abah siap sms aku nak wish happy birthday so sweet.walaupun tak ada kek besar ke hadiah besar aku still happy.tu semua tak penting dia orang dah besarkan aku dengan baik tu la hadiah yang tak ternilai.untuk adik-adik aku aqila and ashraf terima kasih sangat2 sayangggg, sebelum aku tidur 15hb tu dia orang dah nyanyikan lagu happy birthday tu,terharu sangat.azzi adik lelaki yang dh besar panjang tu walaupun kau lupa birthday k.long and paling lambat wish akk stil cakap terima kasih sangattt.mak jah a.k.a reen thank you mak jah kau la kawan aku yang pagi-pagi dah sms nak wish birthday siap cakap kau sayang aku lagi,atotototo sweeet gila kau kan.terima kasih jugak untuk atika my dear lupa wish ea..tak pe kau tak terlambat pun la,terima kasih wey.anis,aziana,azreen,alif si anak emak,sofina and semua la terima kasih korang ingat birthday aku.tak lupa dekat kawan-kawan fb termasuk la sepupu,sedara mara and semua yang terlibat mengucapkan happy birthday dekat aku...cehh ayat nak sedap je.terima kasih banyak-banyak.aku hargai sangat.


terima kasih daun keladi ya semua.

p/s: rindu dekat kawan-kawan aku la.

Selasa, 13 Disember 2011

KENAPA MASUK FORM 6??

tengok title dekat atas tu kenapa aku bagi title macam tu,,ni nak cite la ni..
kenapa aku masuk form 6 and kenapa form 6 tu dipandang rendah oleh sesetengah pihak.Masa mula-mula aku masuk f6 dulu mak cik2 aku tanya "eh kenapa masuk form 6 tak mohon mana2 ke?" and aku senyum je tak jawab pun.Ada sesetengah pihak anggap form 6 ni buang masa tapi yang sebenarnya dia orang tak tahu f6 ni menjimatkan masa.F6 hanya 1 tahun setengah sahaja!! dan sijil STPM tu setaraf dengan diploma.Ha tak ke jimat masa berbanding kalau mohon dekat mana-mana ipt yang sama taraf dengan diploma mungkin ambil masa 3tahun atau lebih.tapi tak bermakna program diploma tu tak bagus atau buang masa.tidak sama sekali sbb program diploma pun ada kelebihan sendiri.Kenapa mereka yang ditawarkan form6 ni ramai tapi yang mendaftar dan ikut sampai habis hanya suku daripada yang ditarwarkan,macm kat sekolah aku la kan.Mungkin kalau kita masuk form 6 kita akan tetap duduk dekat dengan family tak keluar daripada tempat kita sekarang and mereka anggap tak seronok benda ni,masih pakai baju sekolah and terikat dengan peraturan sekolah yang ketat tu.aku tak salahkan dia orang sbb masa aku f5 pun aku target nak masuk mana2 ipt and nak keluar daripada rumah,and aku tak nak masuk f6.tapi malangnya semua borang yang aku isi tak sangkut pun tak tahu la mana silap, lagi pun result spm aku tak gempak mana pun.aku pun masuk f6 tanpa banyak soal.bila dah masuk je dalam sebulan macam tu aku rasa perubahannnya.kalau dulu aku memang pemalu and susah nak tanya cikgu tapi dekat dalam f6 semua tu dah tak boleh sbb hampir setiap hari ada presentation,kena bercakap depan clas n cikgu,mula-mula memang malu tapi lama-lama jadi seronok and sangat yakin.Sebenarnya f6 ni bagi kita persediaan untuk ke u nanti supaya kita tak terkejut dengan suasana pembelajaran dekat u.lagi pun f6 sekarang tak macam dulu,banyak sangat aktiviti macam dekat u jugak.cuma kita kena belajar betul2 la,ala bende ni kat mana-mana pun kena buat.alhamdulilah sepanjang aku kat f6 ni aku dapat result yang elok jauh beza daripada masa spm dulu.so pada siapa yang dapat tawaran f6 tu fikir lah sebelum menolak tawaran 2,tapi kalau dapat yang lebih baik dari f6 apa salahnya rezeki masing-masing.esok last paper seronoknya.adui dah banyak celoteh ni,penat dah.


jumpa lagi ya.

Sabtu, 26 November 2011

BLOG OH BLOG.

ASSALAMMUALAIKUM.

Lama dah rasanya tak update blog ni.Tengah exam ni tak ada masa + malas nak update.aku suka tengok blog orang.sebelum ni aku tahu jalan-jalan je kat blog orang tapi tak tahu mcm mana nak create blog.bila tengok kawan aku http://atikaahmad.blogspot.com/  buat blog baru la tahu macam mana nak buat blog ni(terlebih pandai sbb tu tak tahu,,malunye).blog pertama yang aku tengok blog kak fyna.

macam mana aku boleh terjumpa blog ni..? aku bukak youtube sebab nak tengok macam mana nak pakai pashmina jumpe la tutorial kak fyna ni ada link sekali,try bukak and teruja sangat nak tengok sbb best sangat.banyak benda boleh belajar dekat situ.aku pun sruh kawan2 aku bukak and dia orang pun suka.hari-hari aku mesti and wajib tengok blog kak fyna sbb nak tahu tutorial dia buat and baca cerita-cerita dia.korang pun try la bukak mesti best(macam ada org baca cerita kau jep hahaha).ok la ni je nak merepek kali ni.


jumpa lagi ya,bye.