Isnin, 14 April 2014

Tips : Cara Pilih Produk.

Assalammualaikum and hai.


Gue lagi semangat ngupdate blog, kerna berapa hari ini gue dapat teman baru. Adik-adik lepasan SPM, 5 menit gue rasa muda kembali dong. ehhh mekasih ya adik-adik buat gue rasa muda selalu. hehehe tetibe nak jadi minah indon sangat kau kan. yeayyy mid sem seminggu dah habis, marilah kembali ke varsiti tersayangg =,=. Line internet yang laju macam jet israel laknatullah dah tak ada, yang tinggal line internet suam-suam kuku ni ha. Nak update tutorial dekat group dropship pun alahai, kesian diorang. Tu lah time aku internet laju tak nak request tuto budak-budak tu, ni hadap line internet slow baru nak minta buat tuto. Tak faham skip jangan baca, malas nak padam semula. Mukadimah je dah panjang. Whatthefish Hari tu dah cerita macam mana nak buat bisnes kan. Hari ni aku nak cakap macam mana nak pilih produk.

1. Minat.
Yoo minat tu penting. Minat pada apa ? minat pada produk yang kau nak jual. Kalau kau minat kasut jual lah kasut, kalau kau minat jual baju jual lah baju, kalau kau minat jual jeans, perfume, handbags, jualah benda tu. Kalau kau minat aku, jual lah aku. =,= Kenapa kena minat ? Sebab kau akan rasa sungguh-sungguh nak buat. Serius cakap lah tak tipu. sebab i dah rasa semua tu ( buat muka bajet pro ) Kalau rasa nak jual benda yang korang tak minat pun boleh tapi feel dia lain gituu. Kalau aku lah, tak tahu lah orang lain. Dulu aku pernah lah jual handbag lah, jual kasut, jual kain. Tapi at the end aku jual barangan kecantikan jugak, sebab aku suka cantik dan nak cantik sebab tu aku jual apa yang aku minat. Sebab tu aku cantik. hahahaha whatthefish Jelas ? tak jelas nak tanya email boleh, PM kat FB boleh. Kat sidebar ada button FB, tekan je lah.

2. Pasaran produk.
Sila jual barangan yang ada permintaan dan jangan ambil risiko jual barangan yang tak ada permintaan. Contoh kau jual sudu plastik online, kau rasa laku ke tak ? sedangkan sudu plastik boleh beli dekat kedai runcit Ah Boon dua singgit, kau pergi jual online. Tapi kalau sudu plastik kau tu special, sekali pakai tahan 5 tahun tak salah pun. Go on jee. Ok kalau nak jual tudung boleh pergi tak ? Jangan risau, walaupun bisnes tudung dah berlambak-lambak dekat online tu, kalau kena cara dan teknik kau boleh pergi jauh. 

3. Buat Kajian.
Sebelum jual tu study lah sikit apa benda yang korang nak jual. Buat kajian tentang pasaran. Siapa target pembeli ? Kalau jual tudung. Apa material untuk tudung tu ? Untuk memudahkan korang sila letakkan diri korang di tempat pembeli. Tanya orang-orang terdekat, kalau aku jual benda ni, apa kau harap dari aku. Kalau jual kosmetik, sila buat kajian tentang kandungan produk, bertanggungjawab dengan kandungan produk. Jangan fikir untung, untung dan untung. Fikir keselamatan pengguna, fikir kesan pada pengguna. Percayalah kalau korang buat sesuatu lepas tu fikir untung dan untung korang takkan ke mana. Korang akan penat. 

4. Supplier.
Ok, bila dah buat kajian, dah decide nak jual apa, boleh mula fikir tentang supplier. Dari mana nak dapat produk tu ? Bila nak ambil stock sila semak dan kaji sikit siapa supplier anda, jangan nanti sebab supplier korang susah. Tak semua supplier betul, ada juga yang tipu. Korang dah bayar barang tak dapat. Cara terbaik ambil lah dekat kedai atau orang yang kau dah percaya dan kenal. Contoh macam aku ambil stock Dian'z Vitamin, aku dah kenal dah owner dia, aku tahu dia memang ok dan memang idola aku lah. Kalau nak ambil stock tudung ke survey lah dulu mana yang lagi murah, jangan tengok satu kedai terus beli. Nanti kau jumpa yang lagi murah, tapi kualiti sama je, menangis, menyesal. Nak suruh aku pujuk ke ? haha Kalau kat KL, banyak tempat boleh ambil stock, jalan TAR, Kenanga, GM Klang tu. haa banyak lah. Kalau nak buat tudung sendiri atas jenama sendiri, survey harga kain tu, survey harga upah tukang jahit tu. 

5. Buat kira-kira.
Bisnes mesti main dengan duit kan. Mesti lah nak untung, tapi jangan fikir untung je. Faham ? Buat kira-kira budget nak keluar berapa ? boleh habis tak kalau jual tu ? semua ni penting, supaya korang tak rugi. Kira mula-mula keluar duit ambil stock tu berapa, nanti nak repeat stock berapa nak keluar pula ? Ok kalau mula-mula mesti kau ambl stock sikit je kan, lepas tu kali kedua kau tengok market ok, nak ambil lebih lagi, tengok supplier bagi harga kurang tak ? Kalau boleh cari supplier yang betul2 bagi harga borong. Bila dah kira modal, tetapkan harga nak jual tu macam mana pulak.

6. Kualiti Produk.
Kalau nak bisnes tahan lama, hati customer kena jaga. Kualiti produk mesti tip top gituu. Jadi customer puas hati, kau pun puas hati. Kan bestt. Jangan fikir murah, murah dan murah je. Tapi kualiti ke laut hindi sana yang dalam 7km tu. ehhh Tak boleh macam tu, biar lah mahal sikit tapi kualiti kau puas hati, customer lagi puas hati. Ingat customer tu raja, kau kuli je. Puaskan hati diorang, maka bisnes kau pun majuuuuu insyaallah.

7. Harga.
Sila kaji pasaran harga barangan yang kau nak jual. Ok macam mana nak tetapkan harga ? Sebab tu kena buat kira-kira modal macam aku cakap tu. Contoh modal kau beli tudung sekodi ada 10 helai, dia tolak kat kau RM100, maknanya sehelai tudung modal kau RM10 kan. Jadi masa jual upkan lah sikit harga jadi RM20 ke, RM15 ke. Jangan up kan harga melampau-lampau ya, contoh kau beli dengan RM10 lepas tu kau jual RM90. Ini melampau pada aku lah. Kesian customer, dalam islam pun ada cakap, aku pernah dengar benda ni masa dekat satu ceramah agama tu. Dia kata kalau nak berjaya berniaga jangan ambil untung yang melampau, biarlah sekadar cukup keperluan kita. Faham ? 

Ini je lah kot setakat ni, nanti kalau ada yang tertinggal aku tambah. Kalau lah ada sifu-sifu bisnes terbaca entry aku ni, boleh lah tengok2 kalau ada nak tambah drop comment aku edit nanti. Tak faham rasa nak tanya silakan, kalau boleh tanya lah kat FB aku ke email ke, mudah aku nak jawap. Mana aku boleh tolong aku tolong. 

Adik-adik lepasan SPM tu kan, mana -mana yang nak belajar bisnes jadi dropship bawah aku nak ? hahaha sempat promote gituu kan. Eh running man tu best kann. I am so ketinggalan yob. hari tu cuti seminggu aku tertengok running man kat TV2 tak silap, lepas tu terus suka, terus tengok kat youtube. 

Eh nak bagi tahu jugak, aku ada anak baru, nanti aku up entry ea. Jerawat ? tidak lagi dengan Beucure. haha Nak tahu ke ? PM fb pleasee. hehe eh kalau nak pm kat fb mohon lah pm dengan cara betul. Jangan tiba2 kau send PM je kat aku. Aku nak PM benda ? Perdana Menteri ke ? hehehe Ya allah panjanggggnyaaa entry gue. Nak request tips bisnes pun sila PM fb atau email ya, tak pun drop comment. Eh dahlah aku rasa ada virus kat jari tak boleh stop menaip. Jumpa nanti. salam sayangggg xD

1 ulasan:

nuratiqa kamarudin berkata...

Salam sy nk cari side income..berminat dgn dropship..bole ke?