Isnin, 25 Februari 2013

Hargai Orang Lain.

Assalammualaikum and hai guys,

di doakan semoga awak sentiasa di dalam rahmat Allah.. ? 
yeayyy apa topik malam ni..hargai orang lain..lets talk... (: nak hargai siapa..? orang sekeliling kita semestinnya. terutama mereka yang kecil-kecil. siapa mereka..? mak cik tukang cuci tandas dekat kolej kau, kakak kantin dekat sekolah adik-adik, mak cik mop lantai dekat mid valley, pak cik bawa bas um dan bla..bla..bla..kenapa nak hargai dia orang. penting ke dia orang tu. kita selalunnya mengecil-gecilkan mereka. kann. bukan kita, tapi sesetengah orang. menggangap kerja mereka tak mulia, menggangap mereka tak setaraf dengan kita yang ada degree.. yooo baru degree yooo. kenapakah ada fikiran macam tu..? manusia semakin hari kan semakin pelik..tahu tak kau mereka penting, kalau tak ada mak cik cuci tandas, kau sanggup nak cuci tandas tu, kalau tak ada mak cik mop lantai, kau tak rasa ke tempat tu akan jadi berhabuk, tak bersih, kalau tak ada pak cik tukang kutip sampah, kau tak rasa akan berbau busuk ke tempat tinggal kau, kalau tak ada akak yang kerja kilang tu, kau nak pergi kerja kat situ. kau kan ada degree nak ke kerja macam tu.. -_-

macam mana kita nak hargai mereka. cukuplah dengan tunjukkan rasa hormat kita pada mereka, kalau kita boleh ucapkan terima kasih lagi elok. mak cik tukang bersihkan tandas kat kolej kediaman bila aku cakap terima kaish dia senyum je. see dia suka kan bila kita hargai mereka. rezeki mereka in sya Allah halal. siapa kita nak membeza-bezakan mereka kann. kalau rasa berat nak ucap terima kasih, atleast senyum la sikit dekat mak cik mop lantai dekat mana-mana je la. lagi satu jangan hina akak kerja kilang tu. aku tahu ada lagi orang kita yang remeh-remehkan kerja macam tu. alahai minah kilang.. ? sedar tak anda kalau tak ada dia orang siapa yang akan melancarkan proses pengeluaran barang ke makanan ke..siapa..? barang ke, makanan ke, siapa yang guna kalau bukan anda. pernah tak terfikir kalau pakcik tukang bawa lori sampah, tukang kutip sampah buat mogok, siapa yang nak kutip sampah tu, siapa..? hargai la mereka, jangan hina jangan pandang rendah. allah itu adil, dia membahagikan pekerjaan dengan baik, hidup akan jadi lancar dengan adannya makcik tukang sapu sampah sampailah dokter dekat hospital. akan jadi seimbang, kalau semua orang ni jadi dokter siapa pula nak jadi tukang kutip sampah, maka berbau busuk la satu dunia ni. fikirkan. yang baik dari allah, yang buruk dari aku.. selamat malam, jumpa lagi..


Khamis, 14 Februari 2013

# Semester 1 UM.

Assalammualaikum and hai..

How are you, strawberry ke limau..? motip..? tak tahu. aku doakan semua sihat dalam barakah Allah.. :D
semester 1 habis dah. kejap sangat kan. apa yang aku belajar ea dalam sem ni. banyak acctually. ini merupakan sem pertama jadi student uni la kan. mesti la ada pengalaman baru. semua baru sebenarnnya. kawan baru, suasana baru, rumah baru, yang baru-baru semua. mula-mula apa ea aku feel. macam-macam rasa la, takut bagai semua rasa ada. tapi alhamdullilah semua berjalan dengan lancar. jadi pelajar uni ajar aku untuk jadi "orang". selama ni aku ni kategori monyet ke. no la, maksudnnya jadi  budak uni buat aku lebih matured dari sebelum ni. setiap tindakan yang aku buat mesti guna akal bukan perasaan. bergaul dengan bermacam-macam orang buat aku lagi matured sebenarnnya. bagus la untuk diri aku. jauh dari parents juga telah buka pintu hati aku untuk berubah ke jalan Allah. alhamdullilah. lebih matang, lebih faham tujuan hidup untuk apa. untuk Allah pastinnya. kalau dulu aku macam tu, sekarang aku beza la sikit.. :D kalau nak cerita panjang esok pun tak habis, meh tepek gambar sikit.


haluansiswa ~ cheers ~ tak tidur ~ home sick teruk ~ best rindu nak lagi.



 new best friend ~ lain-lain jabatan ~ kawan sampai syurga.


coursemate ~ ingat muka nama tak ingat ~ semua awesome.



assigment ~ muzium negara ~ HE ~ orang asli ~ group ni best



melaka ~ kampung chetty ~ TITAS ~ ketua ~ best gila.
 
UM ditengah-tengah keey ell. bayak tempat boleh habiskan duit kalau tak beringat. selalunnya mid valley, masjid jamek je pun.


 
 


semoga semester depan lebih baik dari semester ni. in syaa Allah.. yang baik dari Allah, yang kurennggg dari aku. jumpa lagi..tatata assalamualaikum bye :D



 

Sabtu, 9 Februari 2013

Segmen : Pencarian Bloglist Fizgraphic


Assalammualaikum and hai..

ok, nak join fizgraphic punya segmen.acctually kenal fizgraphic dari blog cik lyssa tu. dia ni tak sombong, follow juga blog aku ni..terharu -__- sebenarnnya di sebalik doodle dia yang comel-comel, semua orang tahu pasal tutorial dia semua, aku pun guna tutorial dia tu. doodle dia pernah la jugak ambil. satu sisi lain aku nampak melalui blog dia banyak luahkan pendapat dia pasal semua benda, termasuk politik, untuk aku dia berani berkata-kata. tapi sebenarnnya apa yang dia tulis tu realiti, aku setuju juga dengan apa yang dia tulis tentang banyak benda, nak tahu selongkar la blog dia, malas nak cakap banyak hari ni. ilmu yang dia kongsi in syaa Allah bagi manfaat dekat orang lain. kenapa ea aku nak blog aku terenarai dalam bloglist tu. satu je niat, aku nak orang entry aku, aku nak orang baca setiap manfaat daripada setiap entry aku. followers tak ramai, tapi ada pembaca tetap, its make me happy. sebab aku rasa melaui blog ni, aku boleh sampaikan sesuatu yang baik untuk readers aku. cehh ayat kesian ke apa ni..for fizgrapic keep it up, and always give 'something' to your readers.. ok, yang kurenngg dari aku, yang baik dari Allah.wallahualam..

NAK JOIN SEGMEN NI KLIK SINI LAJU-LAJU.

Jumaat, 8 Februari 2013

Setia Hujung Nyawa..

Assalammualaikum and hai korang..




Apa khabar.semoga sentiasa dalam rahmat Allah..in syaa Allah. tengok-tengok nak juga update pasal cerita ni..well memandangkan blog ialah medium terbaik untuk aku luahkan pendapat..so why not kan. nak baca silakan, tak nak baca sila main jauh-jauh..-__-. Ya,saya juga minat juga cerita ni... nak kata minat sangat tu tak la..cehh penipu....ada baik buruk cerita ni, kalau kita ikut daripada pandangan islam..hmm susah la nak cakap, awak-awak tu nilai sendiri la ya..walaupun niat dalam cerita tu nak bagi pengajaran dekat kita yang tengok, tapi saya rasa niat tidak menghalalkan cara. ye lah ada scene pegang-pegang tangan bukan muhrim and bla..bla..bla.. lagi. yang ini umum bukan untuk SHN je tapi untuk drama lain juga..




ok hero and heroin sangat cute..ciptaan Allah sempurna kan mestilah cantik and cute + hensem. Korang tengok, just tengok atau korang ada fikir mesej yang nak diorang sampaikan dalam cerita tu. Jangan tengok hanya tengok, macam dalam cerita tu dia ajar kita supaya pilih kawan yang betul, kalau tak jadi la macam  Hady tu.  Sebab cemburu  member dapat isteri cantik, dia nak porak peranda kan pulak rumah tangga orang tu. Benda ni acctually jadi dalam masyarakat kita, cuma kita tak tahu kan. Banyak lagi pengajaran korang boleh nampak, tolong la fikir sendiri apa pengajaran tu, sebab aku malas nak tolong pikiaq untuk korang..heee.
Apa pun satu lagi nak pesan walau korang fanatik mana pun dengan cerita tu, jangan la buat benda yang tak masuk akal, contoh yang tersebar dalam facebook sekarang, budak iqa tu. yang dia betul-betul nak ikut macam dalam cerita ni, nak terlanjur before kahwin..what..? jangan jadikan cerita ni panduan yang negatif, ambil la yang posotif..faham. Lepas tu kalau geram sangat dengan watak dalam cerita ni jangan terbawa-bawa sampai ke luar..kena pukul dalam lif..nasib kau la hady..hee..ok lah, apa aku share moga bermanfaat, yang kurengg dari aku, yang baikk dari Allah. jumpa la ya..tatatatata.

Sabtu, 2 Februari 2013

Segmen Pantas AisyahHumaira

2.Februari.2013

wanie tag saya dan disebabkan bosan dan free dan tak dak buat apa-apa dan sewaktu dengannya saya join..yeayy. lol.. -___-..nak join jugak sila cepat sebab segmen ni tamat jam 1 petang hari ni..ya hari ni bukan esok..nak join sila klik sini. saya tag eda dan sarah...ok ni je, bye assalammualaikum semua. (: