Rabu, 30 April 2014

Kuala Lumpur

Assalammualaikum and Hai.

Sebelum aku cerita mohon tonton video ni KLIK. Kalau korang nak tahu, aku memang cita-cita dari dulu lagi nak duduk KL, sejak bila cita-cita ni jadi aku pun tak tahu. Maybe sebab aku selalu sangat cakap aku nak duduk KL, 40 kali kot aku sebut, tu makbul tu. haha Belum la duduk secara tetap, tapi aku study kat sini kan, jadi 3 tahun ni hidup aku banyak habis kat KL. KL memang familiar dengan aku, sejak kecil bape puluh kali aku pergi KL, tapi biasanya pergi tak lama, paling lama seminggu. Sebab aku ramai sedara mara kat sini.

Untuk aku KL ni best, sebab semua kemudahan ada depan mata, nak pergi mana-mana tak ada kereta tak ada motosikal, tak ada masalah apa pun. Public transport banyak sangat. LRT, Komuter, Monorail, Teksi, Rapid Bas. Dalam banyak-banyak ni aku selesa naik LRT la, lajuu je. haha Lepas tengok video dekat atas tu rasa terharu sebab aku duduk Kl, sikit tak banyak aku dah familiar dengan semua tempat yang dekat KL. 

Tapi macam orang kata Hujan Emas biarlah dekat negeri sendiri. Rumah dekat kampung tu la paling best aku rasa. KL ni kadang-kadang kau akan rasa sakit duduk sini, ye lah kebanyakan benda mahal, mat-mat nyah pun boleh tahan, jem petang-petang tu lagi. kalau shoping, Yes Kl best, banyak yang murah dari tempat aku sendiri. Antara banyak-banyak tempat aku dah pergi ada some places yang aku teringin nak pergi but posible dapat pergi atau tak tu tak tahu lah aku. hehe Antaranya


Rumah Biru Kampung Baru. Kalau korang perasan dalam drama-drama Malaysia, Filem-filem, banyak scene dekat rumah ni. Rumah ni biasa je, tapi view dia cantik sangat. Dan aku rasa owner rumah ni kaya sebab rumah kerap masuk tv, sekali masuk entah berapa dibayar kann. haha Aku selalu Kampung Baru makan je lah. Tu pun suh member aku tapau kan. Bubur jagung kampung baru sedapnyaaa.


Bukit Ampang. Nak tengok view KL Bukit Ampang lah paling best. Nampak keseluruhan KL, aku memang nak sangat pergi dekat sini. Kalau boleh nak pergi waktu siang dengan waktu malam. Haihh bestnyaa.


Menara TM. Dari Universiti Malaya ni nak ke menara TM jalan kaki pun boleh rasanya. Tapi nak masuk menara ni mana boleh suka-suka. Aku nak naik tingkat atas sekali. Woii mesti best. Kenapa aku nak sangat naik menara ni ? sebab aku geram selalu aku boleh tengok je dia. haha Yelah bangun tido keluar bilik, aku nampak dia dulu, nak pergi kelas nampak dia, kalau balik kampung nak mai UM semula, nampak dia dulu. Selalu kan aku nak balik kampung aku cakap macam ni " Bye2 KL, Bye2 Menara TM lagi dua minggu kita jumpa" haha bajet menara tu rindu ke aku lah kann.

Aku tak tahu nanti aku dapat kerja mana. Kalau dapat KL pun aku suka, yela tempat jatuh lagi dikenang kann. Aku harap lah sebelum aku keluar dari KL dapat pergi tempat2 ni. Tak nak Mid Valley, tak nak Masjid India, tak nak Times Square, tak nak Sungai Wang. Tak nak sebab biasa pergi. Nak pergi tiga atas tu. huu. Salam 1 Rejab, Jumpa Lagi.

4 ulasan:

Teena Tna berkata...

hi silent reader. hee. kalau teena pulak nak shopping kat kl. sebab member2 cakap shopping sana best

Izzati Amira berkata...

kita pulak takmo duduk KL... xtahu nape.. sesak lahhh. nnti duit byk habes kat sana...haha

lain2 pandangan..lain citarasa

Sharifah Syahirah berkata...

@Teena jom dtg KL, syira bawak pergi shopping.
@Izzati : Yup, syira pun kadang2 stress dudk sini. bangun pg dengar bunyi kereta je. hehe

Sharifah Syahirah berkata...

@Teena jom dtg KL, syira bawak pergi shopping.
@Izzati : Yup, syira pun kadang2 stress dudk sini. bangun pg dengar bunyi kereta je. hehe