Jumaat, 27 Jun 2014

Tips Kuruskan Badan Dalam Bulan Ramadhan.

Assalammualaikum dan hai !

Alhamdulilah lagi sehari nak puasa dah ! yeayy. dulu kecik-kecik rasa macam alaa puasaa, lepas tu hari-hari kau tengok calendar bila nak puasa. Sekarang bila dah besar memang tunggu-tunggu puasa, rasa best puasa, rasa biar lah lambat-lambat nak habis bulan ramadhan. sebab kita dah faham ganjaran kita dapat masa puasa, semua extra Allah bagi. rasa sayang dengan ramadhan. Tapi aku tak nak cite pasal kerohanian ke benda, kau nak tak turun berat badan masa puasa ? gila tak nak kan, raya badan kurus molek ramping je. hehe tahun lepas raya aku badan berisi, tak tahu silap kat mana i ni. Jom kak syira kau ni bagi tips kurus masa puasa.

1. Jenis Makanan.
Ni paling penting rasanya, cuba masa puasa ni betul2 pilih makanan yang berkhasiat sikit. Tapi dalam berkhasiat tu tetap mengeyangkan. macam oat, ikan, sayuran, buah-buahan, dan susu. Sebenarnya diet yang betul ni bila kau tahu jumlah kalori dalam setiap makanan dan jumlah kalori yang perlu kau ambil. Biasanya untuk bab-bab kira kalori ni aku selalu rujuk blog ni www.kalorimakanan.com insyallah membantu sangat lah. Kalau kena gaya dengan cara kira kalori ni,kau cepat kurus tau. lagi satu cuba avoid makanan berlemak, air gas tu tak payah lah gula tinggi, makanan banyak gula, banyak garam, banyak perasa. semua tu tak elok. elakkan. Lagi bagus tak ambil nasi, contoh kau sahur dah makan nasi, buka tak payah ambil nasi. kalau ikut tips kevin zahri, nak diet makan segengam nasi je, bukan sepinggan. haha sebab nasi ni ada lebihan kanji gitu, lemak banyak. kalau nak bagus ambil beras perang tau beras yang kurang kalori tu, bagus sangat. tapi mahal sikit.

2. Kuantiti Makanan
Dah nama dia puasa, memang paham sangat lah lapar sehari kan, time nak buka tu kau kalau boleh nak minum 1 jug air, makan 1 periuk nasi. kann ? jangan gituu cuba kawal nafsu makan tu, makan sikit je dulu masa berbuka. Ambil kurma dulu 3 biji, ambil air 1 cawan dulu sebelum makan, elakkan air ada ais, tak elok untuk diet dan untuk badan. Minum lah susu ke, milo ke, teh ke. Lepas tu ambil makanan berat sikit, macam nasi segenggam ke, bubur nasi sikit ke, sup sayur, ikan rebus. Manis-manis ni elakkan. Makan dalam kuntiti sikit. rasanya tips paling elok sila stop makan sebelum korang rasa kenyang. Islam pun ajar macam ni kan. Kalau makan banyak nanti nak terawih dah tak boleh dah, senak je perut tu. Kalau lepas terawih rasa lapar, try minum susu ke, makan oat ke, ke makan biskut rendah lemak tu. 

3. Senaman.
Ada exersice yang sesuai kau boleh buat masa bulan puasa, kalau jogging, renang ke, gym ke mungkin tak larat masa siang hari tu kan. Ambil cara lain. Untuk ni nanti aku up entry lain ya.

4. Jangan stress.
Elakkan stress, cuba diet dengan cara relex, jangan bagi tekanan dekat badan korang. Buat macam biasa je, amalkan permakanan seimbang tu, bulan puasa siang dah tak makan jadi advantage untuk korang nak turunkan berat kan. Satu lagi masa bulan puasa ni kan, banyak makanan yang tak ada time bulan puasa akan muncul pada bulan puasa ? macam mana ? aku pun nak makan jugak. Ambil je lah, jangat serabut kepala, makan je apa makanan yang kau rasa nak tu. tapi jaga kuantiti dia, kalau manis sangat cukup ambil sikit je.

5. Minum air kosong dengan cukup.
Puasa bukan alasan untuk korang tak minum air putih dengan banyak. Cuba amalkan atlest 3 liter sehari, paling cikai 1.5 liter sehari, sebelum sahur ambil lah 2,3 gelas, masa berbuka ambil lagi 2,3 gelas, nanti masa terawih bawa bekal air putih pun tak pe, lepas terawih minum lagi 2,3 gelas. Yelah paham kan puasa ni, susah nak cukup 3 liter sehari, tapi make sure jugak sehari tu kau tetap minum air putih. Jangan sebulan puasa air putih tak sentuh langsung. not good !

6. Makanan Tambahan
Untuk yang ada duit sikit kau boleh ambil suppliment tambahan untuk tenaga ke, ambil jus kurma ke Vitamin, bulan puasa ni kurma banyak kan. apa kata kau amalkan makan kurma banyak-banyak, kurma walau manis, manis dia banyak sangat khasiat. Insyallah tak kencing manis punya. Makanan sunnah kan. 

Ok ni je lah kot yang aku tahu sikit-sikit. Yang pasal senaman masa puasa tu nanti aku upentry ya. Aku memang target nak kurus puasa ni, jom kita kurus sesama lah. Tapi ingat ya, kau jangan obses sangat nakkurus sampai lupa amal ibadat segala, tengok balik puasa ni ramadhan ni untuk kita, masa ni nak tpup saham akhirat bebanyak. ahad puasa oii selamat berpuasa semua ! jangan ponteng, aku ponteng tak pe. Allah bagi cuti. hahaha !


sumber kredit pada blog INI dan INI


Khamis, 26 Jun 2014

Rumors

Assalammualaikum and hai.

Yeayy alhamdulilah, kak syira korang ni dah habis exam. cuti sekejap before sambung dengan short sem,ada paper projek uolss, sentap lah saya cuti saya pendek berbanding bebudak lain, tidak apa lah, saya redhaaa. haha ! 

Memacam isu sekarang ni, sila abaikan bola sebab aku tak minat bola. tak ambil tahu pun. aku kekadang pelik tengok orang taksub bola, bola pun taksub. eleh cakap orang, apa kekdahnya kau tu taksub Amar Baharain #abgzen. haha ! aku tak pe kau jangan. aku taksub tak adalah fikir nak buat laki, minat soy-soy je, lain lah dia datang minang aku ke, baru aku mensyukuri, menangisi. gituu. Maaflah kalau lama tak update blog, memang mukadimah satu perenggan, biasalaahh.

Keyboard warriors ni korang mesti biasa dengar kan, kira macam berperang guna keybord je, bahasa mudahnya gitulah. tapi perang macam mana ? kalau aku lah keyboard warriors ni macam-macam ada. keyboard warriors ni bahaya kalau ta kena cara, boleh jatuh fitnah. kekadang kita tak sedar kita jadi dah jadi keybord warriors ? ha takut tak ? haha !



aku paling tak suka keybords warriors yang jenis sebar kan rumors. rasa macam Allah kau kenapa kan. lepas tu lagi satu suka pula share without fikir dulu eh betul ke tak betul ke apa dia share tu. Nak share aku rasa boleh je, tak salah pun, tapi klau kita dapat berita tu, make sure benda tu betul. Aku rasa rumors paling teruk aku pernah tengok masa kes #MH370 tu. Kemain semua orang nak jadi reporter nak jadi itu ini. " aku ada kawan polis kat sinun dia kata dah jumpa kapal tu, semua orang tak hidp, kesian aku ". 

hamboi dan-dan lah ada kawan polis. mungkin lah mungkin dalam beribu-ribu rumors tu ada satu atau dua yang betul. tapi kita tak boleh nak detect sebab kan banyak sangat rumors yang negatif. aku tengok budaya ni jadi berleluasa sangat. mohon la, before you share, you make a rumors please make a sense, think about people arounds you,  kalau tak pasti cakap berita ni saya tak pasti. kekadang ada rumors melampau, macam baru ni rumors Tun M meninggal, ewahh kau sesedap je, orang tu tengah minum air kopi campur milo kat rumah, kau rumors dia dah meninggal, sedap je kau ya.

tolong isi sikit masa dengan benda pekdah sikit, aku tak lah kata aku ni 24 jam semua benda berpaedahnya, kekadang ada lagha jugak, tapi belum sampai jadi hobby nak buat rumors, paling lagha pun tengok instagram Ammar Baharain, eh. ni lagi melampau lagha nya, aku tak dak instagram ya. 

for me rumors can make our 'bangsa' be like non educated. klau kau tak educated sangat tak pe dik, tapi jangan bikin panas dengan buat rumors. tapi nak buat macam mana dah hari-hari dihidangkan dengan rumors, jadi terikut-ikut dah. daripada buat rumors baik kau fikir macam mana nak tolong bangsa kau, agama kau, dapat pahala. kann. ni tak dok pot pet bangsa tk maju, salahkan kerajaan, semua parti kau salahkan. tapi kau tak nak tolong diri kau sendiri, rajin buat rumors je. fikir la, ini hakikat.




Rabu, 4 Jun 2014

Indah

Assalammualaikum and Hai.


Aku sebenarnya nak update blog tapi tak tahu nak update apa. haha boleh gini ? boleh lah blog aku kann. Tajuk entry Indah ? haha ! aku baca pun nak tergelak dah, sebab apa ? sebab entry ni bukan cerita indah pun. boleh lahh boleh lahh blog aku. haha ! ni kan sebab tengok cerita Kerana Rela Aku Terpaksa tu.. Indah tu annoying ya allah, cute je aku tengok. Aku kat kampung sekarang ni, study week kan, tapi aku biasalah study last2 minit, tak tahu bila nak ubah ni !.

Aku tak ada buat apa pun, hidup aku biasa-biasa je, makan, tido, online, bisnes, fb, blog. hari-hari tu je pun. bosan kan ? haha ! tak bersyukur betul. Aku macam ni lah time banyak benda nak cerita aku malas, time tak ada benda nak up entry pulak. macam gedik je. sekarang mood baca blog orang je . hari2 baca blog kak filla, kak ceera, kak sepet, Nad. Kalau tak ada entry baru kat blog diorang aku rasa macam nak inbox, hantar email menjerit suruh update cepat-cepat. haha ! pun boleh ? aku baca rajin, komen tu kekadang je. sebab aku pemalas, jadi  korang jangan sangka aku ni sombong tak nak baca blog korang, komen ke. tak tak. aku pemalu sebenarnya. pilih nak muntah pelangi ke muntah hantu ? haha ! bukan tak tahu malu ke ? aku silent reader je. Blog aku ni ha, sejak2 ni je ada org komen sebelum ni aku merepek sorang-sorang ! ha gituu.

eh cik epal kita dah kahwin. cehh cik epal kita kekdahnya. aku memang fanatik cik epal ya. biasalah selalu silent reader je pun. dia life update dekat instagram dia masa dia kahwin ya, kehlasss lah kau kak epal. dia senyap-senyap je, tak ada up entry sangat pasal preparation kahwin dia, tengok2 kahwin dah haa. Aku ada inbox dia dekat personal FB dia, insyallah aku rasa memang fb betul dia, sbb bos Beucure i kan dulu2 blogger popular jugekk, aku tengok ada mutual friends diorang. kau paham aku cakap ? tak paham tido lah. haha ! aku wish selamat pengantin baru, dia reply you know, haha ! alahai kecoh ya minah ni. orang lain dapat jumpa fatin liyana tak kecoh ! gituu. jadinya aku memang percaya dan yakin bila orang cakap cik epal ni peramah, cik epal ni baik. ha sebab dia reply ya inbox aku. Sebab dia kira blogger otai, ada nama dekat Malaysia, kalau dia tk balas pun aku no hal janji baca. gituu. sebab kekadang ada blogger ni demand, belum popular sombong dah. eh hahaha tak boleh cerita sini lah sensitipp. 

panjang dah entry ni, dengan tajuk entry indah. haha. tak suka jangan baca lah, sebab aku rasa aku macam merepek nak hilang stress je. haha gituu. 

yang INDAH,
syira