Sabtu, 4 Februari 2012

Aku Sangat Gila Bila Nampak Dia.

wahhh,dapat update la.actualy aku belum kerja..terdapat beberapa misunderstanding di sini ya.huh sedih + geram.but it's ok,allah mungkin rancang yang lebih baik untuk aku.insyAllah J.siapa suka makan coklat sila angkat tangan macam saya.ok bagus.AKU SANGAT GILA BILA NAMPAK DIA(coklat).mesti la ramai yang suka makan coklat kan,tak kira muda,tua,kanak-kanak,mak orang,bapak orang,nenek orang and segala orang semua suka makan coklat..ok aku sedang merepek.ada tak orang tak suka coklat..mata ke atas dan mulut menyenget untuk berfikir.eh mestilah ada kan.tapi pernah tak korang terfikir apa baik dan buruk nya coklat ni.mesti tak terfikir sebb sedap sangat makan.sebelum ni aku hanya tahu keburukan dia je.sekarang baru tahu coklat pun ada BAIK nya ok.ok aku just copy paste sumber-sumber ni dari google.nak baca ke silakan.

telan air liur buat entry ni.


Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
Coklat adalah bebas daripada kolesteol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.

Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran. Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung. Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) - pernah dengar "makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah"?.Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood.Mengandungi vitamin B1, B2, D dan E, juga mineral seperti potassium dan magnesium. Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab UTAMA punca keroakan gigi. Ini kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya (ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria.

ouchhh sedapnya.

TAPI COKLAT PUN ADA KEBURUKANNYA!!

 Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah). Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan). Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.jangan bagi kucing hang makan coklat ooo.
Semoga bermanfaat.till then guys.wassalam.

mesti dah habis aku makan kalau pc aku macam ni.



                     http://myfoodtech.blogspot.com
 Foto dari: mr.google






note:akk zurainah abdullah balas mesej aku di facebook.terharu sekejap.








Tiada ulasan: