Sabtu, 24 Mei 2014

Kawan Kita Kahwin

Assalammualaikum and Hai.



Minggu akhir ni assgigment bukan main banyak. ehem sebenarnya buat kerja last minit sebab tu jadi gini. ekeke. Jangan tiru ! Sabtu minggu lepas aku balik kampung, kawan baik masa form 5 dulu kahwin. Sorang-sorang kahwin. tak apa lah jodoh awal. Kita tunggu je putera raja masuk minang. Gituu. Selagi tak putera raja, putera katak pun kira ok, bila cium jadi lelaki kacak yang handsome bergaya. kemain imagine over sangat kau ni. 

Laily ni kawan baik aku masa sama-sama kelas form 4 and form 5. Kita orang dah duduk satu class since form 3 lagi, tapi aku mula rapat dengan dia since form 4. Kita orang duduk sebelah-sebelah. Laily ni annoying sikit orang dia. Suka cakap kelakar, suka buat loya buruk. Fun je. Dapat laki pun sama annoying dengan dia. Syok la kau Laily, dapat soulmate merangkap suami idaman. hahaha Sejak aku rapat dengan Laily kita orang memang share semua benda sesama, memandangkan duduk pun sebelah-sebelah, kena marah pun sesama, yela cikgu mengajar kau dua berbual gila tak marah cikgu tu. Lepas SPM pun kita orang kerja sama-sama. 

Lepas tu aku masuk form six and Laily dia tak nak masuk form six, dia jadi nurse tapi sekerat jalan je sebab dia tak minat. Sejak tu aku jarang jumpa dia, jarang lepak. Tapi masih keep in touch lah. Selalu time raya Laily mesti datang, aku je yang kekadang datang kekadang tak. ekeke. Mana yang tak tahu tu, aku ni ramai BFF, BFF dari sekolah menengah sampai lah ke Uni ni kalau kira-kira ada dalam 10 orang gituu. Dengan semua 10 ni aku rapat je, selalu keep in touch. Tak kira lah yang dekat Kampung ke kat Uni ke. Semua aku sayang. gituu. Kalau ikut memang lebih dari 10 sebenarnya, tapi yang betul-betul rapat 10 orang ni. termasuk dekat uni. Aku dah boleh imagine nanti aku kahwin tak payah jemput orang luar, sedara mara, kawan-kawan dah cukup penuh majlis aku tu nanti. kann.

Laily nikah pagi Sabtu tu, mula-mula aku dah janji sebelum subuh aku sampai. Tapi disebabkan maslah teknikal aku datang pukul 10, tu pun dah kena marah dengan Laily, sebab lambat. Nasib baik lah nikah tak habis lagi, belum sarung cincin dengan baca lafaz taklik bagai masa tu. Aku termiss akad nikah je masa tu. Sehari suntuk aku duduk rumah dia masa tu, yelah dulu masa Mak Jah kawan baik aku kahwin aku tak dapat balik, jadi ni kira balas dendam lah. 

Masa akad nikah, kemain selfie dengan pengantin.

Laily sanding awal dalam pukul 12 macam tu, sebab belah lelaki agak jauh, nak balik semula tu ambil masa jugak kan. Lelaki dia orang Melaka, Laily mestilah Johor, dah kampung aku kan. 


aku suka make up dengan baju dia. Laily ni hitam manis orang dia, MUA tu buat muka dia cantik je, soft je, aku ni nanti kalau kahwin nak suruh kak fyna jadi MUA boleh tak ? hehe tapi kak fyna jauh baling sana. Aku memang adore dengan make up kak fyna, memang cantik. 

Kemain lagi ya pegantin bersanding kat belakang kau kat depan sibuk nak ambil gambar jugek. Ni masa nikah, yang sanding baju atas tak di tu. Masa sanding aku tak ambil gambar sebab aku sibuk bagi bunga telur masa ni. Eh lupa aku datang weding ni dengan Anis, anis BFF aku sejak form 1 lagi. Anis sekampung dengan Laily, jadi diorang dah kenal lagi lama sejak kecil-kecil dulu-dulu lagi. 


Aku dan Anis, hidup aku ni macam tak ceria kalau tak Anis. haha kalau anis baca aku tahu lah dia muntoh ni. Budak lagi ah annoying tak hengat. Tabiat buruk dia suka kacau orang lepas tu buat orang gelak. Sekarang ni nak tengok siapa kahwin dulu ? hehehe 





Laily ada ajak pergi shooting outdoor tapi aku dengan Anis tak pergi. Yela aku balik dah lambat, Jumaat baru sampai rumah, jadinya kena spend time dengan family juga, aku decide tak pergi. Gambar atas aku cilok dari fb laily. Gambar ni semua tak official, ada jugak cameraman ambil gambar aku anis, Laily banyak-banyak tapi aku mana ada copy. 

Untuk Laily, selamat menjadi isteri. Kurang sorang lagi geng lepak. Dulu Mak Jah, sekarang kau. Sorang-sorang kahwin, cepat masa jalan. Dah besar dah semua. Doakan aku dapat jodoh handsome + baik juga ya. ahaha demand handsome macam aku ghupa fazura yang cantik tu je. Kemaiin. Nak sambung buat assgment. 

Yang Nak Laki Handsome Tapi dia Tak bape Cantik.
Syira.

7 ulasan:

Anasyg berkata...

baru pasan, syira bulu kening tebal. comey :) jrg jumpa, rare unique.
*komen takde kaitan ngan entry.

Teena Tna berkata...

Seronok tengok membe2 dah kawen. Kena Duduk rapat2 ngan pengantin, amik berkat sikit. Haha

Nadratul Syazwana berkata...

Kak Syira bila lagi? Hihihi

Sharifah Syahirah berkata...

@Anas : hahaha unique sgtttt. hahaha tq anas.

@Teena : klau blh nk tngl 2,3 hari dgn pngantin biar berkat lekeat teruih.. hahahaha

@Nad : yang aa calon jalan duluuu. hahaha

athiqi ariff berkata...

dr sndiri dh kwin ke lom? klu blum bila nk kwin? hehe

Badrina Badrul berkata...

wahh mesti kita pun turut bahagia kan bila tgk bff kita bahagia! ^^

baguslah ada ramai bff! :)

moga your friendship dgn semua bff kekal sampai bila2. :)

Badrina Badrul berkata...

btw, thank you so much sbb bgtau psl vertication word tu! :) tk tau pun gitu jadinyer sebelum ni.. hehe :) tq tq :)