Sabtu, 10 Mei 2014

Dinner + Pasport

Assalammulaikum, and Hai.


entry ni terdraft dari malam tak di. punyalah malas aku nak update blog. Alhamdullilah sejak beberapa hari ni aku rasa rezeki aku murah je. hukhuk orang order vitamin pun ada je. orang yang tanya-tanya vitamin pun ada je. Alhamdullilah, rezeki katanya. Dua minggu ni aku busy sangat, minggu lepas ada dinner fakulti untuk student final year, aku belum lah final year aku second year, tapi aku jadi ajk kena handle dinner tu, minggu lepas kemuncaknya, jadi busynya pun kemainnya. haha minggu ni pergi buat pasport. Sebab nanti seminggu lepas raya aku akan fly ke Yunnan China selama sebulan. Exchange student katanya. Alhamdullilah selagi ada peluang kita ambil je. Aku memang dah except buat pasport mesti lama, sebab kawan2 aku yang dah pergi normaly diorang tunggu dalam separuh hari atau sehari suntuk. Buat tak lama tapi tunggu giliran tu lama.


Masa aku pergi aku dapat nombor ok tau, punya lah excited sebab aku except aku dapat nombor banyak , kena tunggu lama. Nombor aku tu ada 10 orang je atas aku. Kemain belagak kan rasa cepat je. aku buat dekat UTC Pudu Sentral tu, nombor dah ok, tetiba sistem tak ok. Boleh cenggitu ? Sistem kat imegresen down, semua kerja tak boleh buat. Mula-mula sistem down aku tungguk dalam 1 jam juga, secondly dia down masa aku tengah proceed nak buat, aku dah ambil gambar semua, nak imbas jari je, tetiba sistem down, konghajo sangat lah, mesti nak kata jari aku penyebab sistem down kann. hahaha tungu dan tunggu masa tu pukul 6 cenggitu kan, niesa puasa, jadinya pukul 7 cakap dia nak keluar pergi buka dulu. 

Aku pergi 5 orang. Aku, niesa, yana, fieza, ngan izati. Kita orang pun pergi makan dulu, sebab aku pun tak makan sejak pagi lagi. Lepas makan solat semua datang balik sistem tak ok lagi. Tunggu sampai pukul 9 pun tak ok lagi. Last2 dia cop nombor kita orang lepas tu suruh datang esok pagi, dia bagi special number. Nak buat macam mana ikut je lah. Esoknya pepagi lagi pukul 7 kita orang dah terpacak dekat UTC, ingat kita orang paling awal, tapi tengok dah beratur panjang. Nasib baik dapat special number jadi tak ada lah tunggu lama. Siap lah juga pasport tu. Satu aku puji dekat UTC Pudu ni petugas imigresen ni tersangat ok dan friendly, sory to say kebiasaannya mana-mana aku pergi jabatan kerajaan servis memang 10% je. Tapi UTC tak, akk2 abg2 tu ok je layan customer. Tak sombong tak marah2 jadi sejuk je lah hati aku ni walau tunggu lama. Masa first day aku pergi tu, sistem down masa aku tengah proceed nak buat kan, akak tu ok je sembang2 dengan aku. Hari kedua akak yang lain, dia pun ok. 







Ok tutup pasal pasport kita ceghita dinner pulak. Nama dinner ni MALTIS'14. Maltis stand for Malam Tautan Kasih 2014. Kita orang pilih tema "Kala Malam Kenangan Disulam". Mana yang tak tahu aku dari fakulti Akademi Pengajian Melayu, jadinya apa-apa majlis kami buat, biasanya akan kaitkan dengan Melayu, assigment pun macam tu, mesti ada kaitan dengan Melayu. Sebab tu pilih tema tu, baju pula kita orang pilih tema Hijau dan Putih. Senang je kan, tak lah orang pening nak pakai baju apa. Kalau letak tema baju pelik-pelik orang pun pening nak cari baju. Aku pun tak beli, pakai mana ada, sebab aku ajk je, bukan Puan pengarah. gituu. 

Nak bincang gitu gini dalam 3 bulan awal juga dah decide, dah bincang. Aku ketua untuk tajaan dan cenderamata. Hambik kau, aku tak pernah handle tajaan. Tapi disebabkan ada anak buah yang bagus dan ada puan pengarah hajar yang cool, alhamdullilah semunya lancar. Malam ni memang aku tunggu-tunggu sebab tak sabar nak habis Maltis, jadi aku boleh enjoy dengan assingment. hahaha sangatt. Majlis start dalam pukul 8 malam, habis pukul 11 macam tu. Ajk balik pukul 1.40 pagi gituu. Aku kolej jauh sikit dari fak, jadinya kak shugaa hantar aku balik. terima kasih kak shugaa. Paling best malam tu makanan. Tahniah ajk makanan, makanan dari catering apa ntah tu memang best tersangat lah. Sedap tersangat lah. Ada satay, western food, beriani, roti jala, banyak lah. Semua sedap. Gambar-gambar ni aku ceduk je dari fb budak2 ni, aku mana ada hp canggih, camera canggih. numpang je lah kita. ekekeke




















Discription gambar korang faham-faham sendiri je lah ya. Malas nak letak satu-satu description. hehe Gambar last gambar semua ajk terlibat. Cantik tak dewan tu ? dengan belon-belon tu. Aku rasa dinner ni perfect tak ada yang kurang. Ada lah kurang sikit-sikit tapi boleh cover lagi. Komen-komen dari senior pun ok. Best lah kerja dengan diorang. Macam dah panjang je entry ni. hehe Sebelum bla, nak cakap yang datang bw nanti aku datang balik, maap busy. kehkeh . Jumpa nanti. 

Yang Nomey.
Syira. (wakakakaka)

2 ulasan:

Nadratul Syazwana berkata...

Pewit dah ada passport dah hehe. Eh lawa lah corak shawl tu. Soft je colour dia :)

Sharifah Syahirah berkata...

@Nad : Jom melancong nad, ahahaha