Sabtu, 3 Mei 2014

Bersyukur

Assalammulaikum and Hai.

Ya, katanya nak aktif berblog kan. Mestilah rajin hupdate setiap hari kan. kihkih tak pun setiap minggu ada je hupdate kan. Bersyukur. Faham tak makna bersyukur ? Pada aku bersyukur tu kita ucap terima kasih kepada Allah atas setiap nikmat dan rezeki yang dia bagi. Tapi, kita bersyukur ke ? bukan kita lah tapi aku lah. haha


Memang as a manusia biasa kita selalu leka. Selalu sangat. Aku lah bukan korang. Nak bersyukur bukan susah pun, ucap je Alhamdullilah dah kira bersyukur lah tu. Rezeki bukan semata-mata wang ringgit ya, rezeki kawan-kawan yang baik, ibu bapa, nikmat sihat banyak lagi lah. Semua tu rezeki dan kita patut syukur dapat rezeki.

Nak ajar ni, ada orang ajar aku, bangun pagi kita bersyukur pada Allah setiap hari kita buat. Kita cakaplah, "Ya Allah terima kasih sebab masih hidupkan aku, terima kasih sebab aku masih ada ibu ayah, terima kasih sebab negara aku masih aman, terima kasih sebab aku masih cukup anggota, terima kasih aku masih sihat". Macam -macam terima kasih lagi boleh sebut. Ya, aku mengaku lah kadang-kadang aku pun lupa nak buat. Kadang-kadang aku lupa nak bersyukur. Contoh lah , aku makan, lepas tu update status " hari ni makan telur dengan kicap je-feeling sad" Nampak tak aku tak bersyukur, tak pikir ke orang kat luar tu ramai lagi kebulur, bukan kicap dengan telur je, biskut pun belum mampu.


Aku selalu lupa nak bersyukur, tapi kebelakangan ni, aku selalu fikir pasal palestin aku tak tahu kenapa ? aku fikir diorang dah makan ke ? tidur kat mana ? tidur atas apa ? selalu lah selalu. Bukan palestin je. Banyak negara Islam lagi. Kita kat Malaysia, kena uji tak ada air sikit, merungut salahkan kerajaan, salahkan semua orang. Dekat negara yang miskin, ke rumah orang miskin tu air pun tak ada agaknya, air bercatu setiap tahun, ada air pun kejap je agaknya.

Nampak ? aku tak kata aku sokong kerajaan, aku tak sokong belah mana-mana. tak. tak. aku cakap dari sudut hati nurani, bukan tanggungjawab. Kalau pemerintah rumah dia mewah dengan air, penduduk kena catu air, dan pemerintah rumah dia tak kena catu air ? sila jawab depan Allah, kami rakyat dah malas nak bising-bising. Suara kami kecil, suara anda besar, kuasa anda besar. Tapi doa kami orang teraniaya lebih besar di sisi Allah. eh tetiba cakap lain.

Fikirkan, kita Malaysia banyak nikmat yang kita dapat yang negara Islam lain tak dapat. Walaupun kita bukan totally negara Islam. Ya pada pendapat peribadi Malaysia bukan negara Islam, cuma penduduknya ramai Islam. Lihat dengan mata hati, bersyukur. bersyukur dan bersyukur.



Pernah pergi masjid India ? pernah nampak pakcik-pakcik, yang duduk dekat tepi kaki lima tu, ada sorang pak cik tu, kaki berkudis, orang pandang dia jijik, aku sedih sangat tengok dia. Kesian. terlalu kesian. Kadang-kadang aku rasa aku bodoh sebab boleh kesian je. Dulu zaman Saidina Umar, ( kalau tk silap, kalau silap betulkan ) tak ada rakyat miskin, pernah dengar cerita ibu tunggal dan sup batu pada zaman Umar, macam mana Saidina Umar jaga kebajikan rakyat dia. Macam mana wang baitumal sampai berlebihan duit sebab tak ada orang yang layak terima zakat ? Pemimpin kita tidur atas tilam empuk, tapi ada lagi rakyat yang tidur atas simen. Sejuk, banyak nyamuk.

Ya, aku memang tersangat sedar betapa aku tak bersyukur, aku tak lahir dalam keluarga pecah belah, aku tak lahir dalam keluarga terlalu papa. Masih mampu nak makan, minum. Tapi manusia tak pernah rasa bersyukur, termasuk aku. Kadang-kadang leka. Maaf entry ni maybe serius sikit. Kadang-kadang kita tk boleh setiap masa jadi happy go lucky, ada sisi lain yang kita kena tengok. Selamat malam. 


3 ulasan:

Ainim Suju berkata...

Syukur Alhamdulillah bila kita masih mampu berfikir betapa kita sebenarnya masih belum cukup bersyukur dengan apa yang kita ada. Bila kita di atas jgn lupa utk pandang ke bawah, dan bila kita dibawah jgn lupa ada yang lagi bawah daripada kita

Nadratul Syazwana berkata...

Masha Allah penulisan yang baik kakak :) Sama lah kita, selalu terleka and lupa bersyukur kan? :(

Sharifah Syahirah berkata...

@Ainim : Sangat setuju. ALhamdullilah ada lah sikit kesedaran.

@Nad : picisan je Nad, hehe yelah yg lupa tu selalu kita lah tu.