Sabtu, 8 Mac 2014

Zaman Dahulu Kala

Assalammualaikum w.b.t and Hai.

Tak tahu nak buat intro macam mana. heee sekarang umur dah masuk 22 tahun walaupun belum official 22 tahun lagi. serius terasa kejap je umur meningkat naik gini. rasa macam baru semalam masuk tadika, baru semalam masuk sekolah rendah, baru semalam masuk sekolah menengah. motif semua nak baru semalam ? haha sekarang dah ada kat uni. kawan-kawan dah mula kahwin sorang-sorang. alhamdullilah jodoh dia orang awal. the latest kawan baik sehidup semati masa form 5 dulu, nak kahwin bulan 5 ni. rasa sedih sebab rasa macam kan kita ni kecil lagi kenapa nak kahwin ? haha kau dah kenapa kann. Susah nak describe macam mana sebenarnya. maap kalau entry ni jiwa sikit. hehe

Rasa macam rindu semua yang dulu, balik sekolah sama-sama masing-masing. Lepak sama-sama masing-masing. Gaduh dengan orang tu, tak suka orang ni. Semua lah. Dulu semua ada depan mata, jumpa hari-hari. Tapi sekarang seriusly susah nak jumpa sama-sama. Walaupun cuti sama-sama, tapi nak cari masa sama nak jumpa tu. alahai. Sebab masing-masing ada comitment. Masing-masing belajar jauh-jauh, bila balik nak kena spend masa dengan family, dengan kawan-kawan, kalau yang ada bf ke gf nak spend masa dengan diorang jadi masa terhad sangat. Aku faham jugak, sebab aku pun belajar jauh dari family, bila balik rasa macam setiap masa tu berharga sungguh lah. Tapi alhamdullilah setakat ni tak pernah lost contact lagi. Ada yang dah kahwin pun still contact juga, cuma situasi dah lain. Kalau bff yang dah kahwin tak boleh lah nak ajak lepak sama, sebab ada anak dah, ada suami dah. Kena faham, walau kita rindu macam mana pun dia ada tanggungjawab lagi besar, kena faham. Ada je kawan-kawan yang aku tak jumpa dah setahun, dua tahun macam tu. Rindu ? gila tak rindu, dulu meroyan sama-sama, sekarang ni takkan tetiba tak rindu.

Tu baru kawan, belum family lagi. Adik-adik misalnya, kejap je dah besar, rasa baru semalam hantar diorang pergi tadika. Rasa baru semalam tolong mak tukar pampers diorang. Belum sentuh pasal arwah mak tok. Kejap je masa tu berjalan. Rasa baru semalam berbual dengan dia, tidur dengan dia, masak dengan dia, rasa dengar lagi dia membebel dekat aku dekat adik-adik sebab buat salah. Tapi hari ni dia dah tak ada. Tak ada terus dalam hidup. Pergi jauh dah. Kadang semua ni buat kita lebih hargai setiap detik masa yang allah pinjamkan sekarang. Dekat uni misalnya, aku just nikmati setiap benda yang jadi. Kawan-kawan misalnya, cuba senangkan hati diorang, sebab lepas belajar nanti susah nak jumpa. Semua dah balik negeri masing-masing. Lagi lah susah jumpa, jauh. Ada yang nun sana sabah sarawak. Nanti mesti rindu.

Hidup kan. Mana ada hidup ke belakang. Hidup ke depan. Move on ke depan. Jadi nikmati setiap inci hidup yang singkat benor ni. Nikmati macam mana ? Hargai setiap orang yang ada dekat sekeliling kita terutama mak, abah. Sebab kita tak tahu berapa lami lagi Allah nak bagi pinjam diaorang kat kita. Nikmati jugak dengan perbaiki diri tambah amal setiap masa, sebab kita pun tak tahu sampai bila Allah nak bagi pinjam nyawa ni. Sekian lah luahan jiwa jiwang tak berkarat haku. wallahualam.

p/s : Jangan lupa join GA EMAS PUTIH tau. Hadia super duper awesome gituu :)


Tiada ulasan: