Ahad, 5 Januari 2014

Tips Buat Side Income : Jenis-jenis side income.

Assalammulaikum dan hai semua.

Apa khabar. ? pelik tengok blog aku hupdate setiap hari. oh please jangan nak pelik sangat sebab ini bukan azam tahun baru, tapi entahlah mungkin semangat tahun baru tu extra kenss. Tahun 2014 merupakan tahun di mana semua harga barang naik. owh masih menggunkan ayat skema ya engkau syahirah. daripada engko orang dan termasuk aku mengeluh, mengeluh dan mengeluh tentang kenaikan harga barang apa kata kita buat side income. sebelum tu aku nak cerita macam mana aku boleh terjebak dengan mencari-cari side income. ini semua bermula bila aku ambil satu program bahasa inggeries yang bernilai RM2k. Allah. 2k dengan perkerjaan sebagai hanya student memang sangat beban. ni pun baru sahaja nak bermula slow-slow buat side income secara betul setelah setahun buat side income tapi disebabkan belum ada rezeki dan tiada pengalaman dan semua aku belajar sendiri dan cari sendiri, aku gagal. ya gagal. selama setahun itu aku gagal buat side income. tapi aku tak rasa pun setahun tu aku total gagal sebab aku masih dapat pengalaman. ya pengalaman ini aku akan share dengan semua orang supaya engko semua tidak buat silap yang sama. pengalaman ini akan diupdate secara berperingkat ya. marilah kita mulakan. semoga bermanfaat.

1. Dropship.
Apa tu dropship. pernah dengar ke tidak. dropship ni semakin popular tau dekat malaysia. dan sekrang secara sambilan aku pun buat dropship. dropship ni kau jadi agent penjual untuk sesebuah syarikat perniagaan. biasa perniagaan online lah. contoh kau berdaftar sebagai agent dropship syarikat jual kasut. so kau boleh copy semua gambar kasut dekat website atau page kedai tu dan kau jual dengan orang lain. dengan kawan-kawan kau ke, tak kira siapa. bila ada orang order kau hanya perlu bagi tahu pemilik kedai  tu sahaja, dan kau beri detail customer kau. kasut tu nanti owner kedai tu akan hantar untuk kau. bayaran pula macam mana ? biasa akan ada harga dropship. contoh kasut tu harga RM200 harga pasaran, tapi harga agent dropship RM150, jadi kau hanya perlu submit bayaran pada pemilik kedai kasut tu hanya RM150. lagi RM50 adalah untung kau. faham tak ? nanti ada entry lain untuk aku terangkan dropship mana yang bagus, yang sesuai untuk newbie. and aku akan share semua yang aku tahu pasal dropship dalam entry tu.

2.Blog
Ok. yang ni tak recommended sangat. haha walaupun aku ada blog dan aku dah 4 tahun rasanya ada blog. tapi aku tak ada sikit habuk pun income dengan blog. sebab aku malas update, aku tulis ikut suka hati aku je. dan sebab bukan rezeki aku dengan blog. haha macam mana Fatin Liyana, Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha dan banyak lagi blogger boleh dapat banyak KKK dengan blog ? kkk means duit ya 5k, 6k, 7k. aku percaya mereka boleh dapat lebih dari 10k hanya dengan blog. cara dia mudah je, pasang iklan dekat blog, biasanya iklan nuffnag, churp-churp atau lain-lain iklan. semakin ramai orang datang blog korang semakin ramai orang klik iklan dekat blog korang, semakin tinggi income korang. kalau blog dah stabil dah ramai pengunjung dan followers ada side income lain kau boleh buat, letak iklan orang lain dalam blog. biasanya peniaga online atau siapa sahaja memang berminat letak iklan dalam blog-blog popular. kalau satu iklan kau ambil RM10 sebulan untuk saiz kecil je ke, kalau ada sepuluh iklan ? dah RM100 sebulan. ni hanya perkiraan kasar. kalau kau pandai kau boleh dapat lebih lagi. tapi aku nak ingatkan, bukan senang nak ada ramai followers, bukan senang nak dapat view yang banyak setiap hari. tapi kalau kau rajin. tiada yang mustahil.

3.Affialiate
Ni satu lagi side income yang super duper senang sangat. affliate ni kau hanya jual link je. faham tak ? macam selalunya affilate ni kita promote barang elektronik, biasanya e-book. nanti kau akan diberi link kau sendiri selepas dah daftar jadi agent affialliate satu-satu company. kau hanya promote link kau pada sesiapa sahaja. bila ada orang beli e-book tu atas link kau , kau akan dapat komisyen. komisyen bergantung. ada yang diberi 20% dari harga e-book tu dan ada juga yang dia beri 50%, 70% pun ada. nanti aku akan cuba share macam mana nak jadi agent affliaiate yang baik, berdasarkan pengalaman aku.

4.TheWeeklyPay and 8share
Yang ni lagi super duper senang, senang dan senang. kerja paling mudah. sambil berfb, berinsta, bertwiter, dan segala macam ber pun boleh buat. dia senang je kalau theweekly dia akan bagi link. jadi kita promote link tu, bayaran akan di buat daripada jumlah klik. contoh satu orang klik dibayar rm10 ke macam tu. theweekly ni best sebab bayar pakai USD. cer convert usd ke rm. sangat masyukk wey. tapi yang ni baru sangat dalam minggu lepas baru aku jumpa. nanti aku survey-survey dan buat entry lain ya. satu lagi 8share, yang ni pun sama kita masuk web site tu and register, lepas tu pilih mana-mana iklan yang kita nak promote. satu kali klik dibayar dalam 0.20sen ke, 0.50 sen ke. tu satu klik, kalau 50 klik, 100 klik. berbaloi sangat, dah lah kerja senang sangat kan. share, share and share. 8share ni dah terbukti memang betul dan terbukti dia orang bayar. dah lama aku survey, memang ramai orang dah dapat income, atleast RM600 sebulan. atau lebih. berbaloi sangat. kerja senang.

setakat ni, ini je dulu aku share, nanti aku buat satu page untuk letak semua yang aku update berkenaan dengan side income ni. tapi datanglah seghibu, duaghibu side income kalau kau tak nak usaha. ermm susah cakap lah. Jangan takut gagal, sebab gagal tu akan bawa kejayaan lagi besar lagi in syaa Allah. rezeki semua ni, jangan risau rezeki Allah dah tetapkan kita tinggal usaha dan cari. selmat berside income lah ya. aku nak study ni. haha dari semalam cakap nak study, aku minggu exam ni. tapi update entry deras sunggug tiap-tiap hari update. selamat malam semua.

5 ulasan:

Cik Mun berkata...

macam2 yang kita boleh buat nak tambahkan income..

Sharifah Syahirah berkata...

#Cik Mun : banyak lagi sebenarnya, mybe yang saya tak tahu pun ada. hehe kalau rajin berbaloi-baloi. :D

cerita wardah berkata...

Mcm mna nah regstr 8share tu?? Hehe.. ada link tak?

cerita wardah berkata...

Mcm mna nah regstr 8share tu?? Hehe.. ada link tak?

Norain Yusoff berkata...

nice info..sgt berguna untuk kakak2 n adik2 yg masih belajar mahupun suri rumah.. :)