Rabu, 5 Februari 2014

The Power of Sedekah.

Assalammulaikum. Hai.

Saya sihat, anda bagaimana? gituu kann macam iklan tv je. Sedekah. Selalu je sebut, tapi buat ke tak. Insyaa Allah ramai je buat, tapi takkan nak bagi tahu orang kan. "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah yang diberi secara sembunyi". Hadith rasanya ni, tapi tak sure. Sedekah tu ada banyak jenis katanya. google sendiri kalau nak tahu. aku malas nak tolong googlekan :P Sedekah tu tak semestinya dengan wang. reset balik minda kita, sedekah tak semstinya dengan wang. gituu macam Prof Muhaya nak reset-reset minda. Senyum tu sedekah, baca Al-Fatihah untuk orang lain, itu sedekah, macam-macam lagi sedekah.


Sedekah banyak kelebihan. Kalau korang tahu "the power of sedekah" sure hari-hari nak sedekah. tapi tu pun kalau korang tengok dari mata hati, bukan mata duitan. gituu. Antara kelebihan sedekah :

1. Murah rezeki.
Aku sangat percaya semakin kita memberi semakin kita diberi. Kita takkan miskin dengan sedekah. tak percaya, cubalah. Allah akan lagi, lagi, dan lagi murahkan rezeki kita bila kita rajin sedekah. Kalau tak boleh sedekah wang, sedekah dengan doa, al-fatihah atau senyuman paling senang. Al-fatihah bukan untuk orang dah meninggal je tau. reset balik minda. heee Kalau nak sedekah dengan wang tak perlu banyak pun tak pe, ada sikit bagi sikit ada banyak bagi banyak. Mudah kan. "saya selalu duduk rumah je, macam mana nak sedekah?" Alasan ni dah tak bolah pakai, sekarang semua hujung jari tau. kalau ada CIMB Cliks boleh dah sedekah dengan cara online. Pilih je nak sedekah ke mana. Nanti aku tunjuk lain entry. Tapi paling penting ikhlas sedekah. yup, nak ikhlas susah kan, mesti nak minta balasan dari Allah, takpe teruskan je, lama-lama ikhlas tu datang dengan sendiri. In syaaAllah 

2. Rezeki diberkati.
Rezeki yang kita dapat hari-hari jadi berkat. Percayalah walaupun kadang-kadang bila kira-kira budget bulanan macam tak cukup je duit kita tu, tapi cuba asingkan untuk sedekah walaupun duit tu kurang. automatik nanti duit tu akan cukup tau, tak tahu nak explain macam mana tapi nanti habis bulan korang tak perasan pun yang korang tak cukup duit bulan tu, rasa cukup je. Tu nikmat rezeki diberkati paling manis sekali. Kalau aku lah kan aku pegang pada prinsip ni "dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain". rezeki tak semstinya pada duit, mungkin makanan, pakaian, atau apa sahaja.

3. Hati tenang.
Ni nikmat paling best, duit tak ada pun hati tenang. Serius pernah rasa. hehe manis tau rasa dia. Tapi kalau banyak hutang tak tenang lah. tak pe doa banyak-banyak Allah mudahkan urusan.

Maybe untuk kali ni, ini jelah aku share. In syaa Allah kalau aku baca-baca lagi dekat mana-mana nanti aku share lagi. So mulai hari ini jom kita sama-sama jadikan sedekah amalan harian yang wajib buat. Paling mudah sedekah yang ringkas-ringkas je. Al-Fatihah, senyuman, makanan, pakaian, atau apa saja. 

8.March.2014 ada gathering blogger anjuran denai hati networks. Macam nak join sebabnya buat dekat Saloma Bistro, berapa jauh sangatlah Saloma Bistro dengan UM dekat je. Masa tu pun dah balik uni dah. In Syaallah tak ada program lain, join kot. Korang semua boleh je nak join, cuba cari lagi ramai kawan kan. Nak tahu lagi sila baca entry Muja ni. aku kan malas update banyak-banyak. haha sorry muja, tumpang entry awak. Cukup untuk hari ni. Terima Kasih baca. :D

-----------------------------------------------------------------

Dian'z Vitamin C & E.

Suppliment lengkap untuk semua. Jerawat, putihkan kulit wajah dan badan, jeragat, membina sel-sel baru, kulit muka glowing dan semua dalam satu suppliment. Nak order boleh PM aku di Facebook ya. Terima Kasih.



Tiada ulasan: