Isnin, 10 Februari 2014

Tips Bisnes #1 : Pengalaman Bisnes Aku.

Assalammulaikum and Hai.

Entry ni panjang. Nak berjaya? baca sampai habis. tak nak berjaya abaikan. :-)

Rasa macam tak layak je nak buat page tips bisnes, tapi fikir dua kali, mungkin perlu sebab ramai kat luar yang berminat nak mulakan bisnes tapi tak tahu. Ok aku prefer pada bisnes online daripada bisnes offline. Sebelum aku bagi tips-tips nanti aku nak korang baca dulu pengalaman aku, sebab nanti mesti ada yang tanya "awak dah berjaya ke", "income berapa sebulan?".Sebelum korang  tanya aku explain siap-siap dulu.

Aku start bisnes setahun lepas, masa aku semester 2 dekat uni. macam mana aku boleh tergerak nak bisnes ? Sebab utama adalah aku nak bayar hutang ? hutang apa ? aku ada TERbeli satu program untuk belajar bahasa Inggeries. Akibat dipaksa, diprovok, dan kesilapan aku sendiri aku TERbeli. Harga dia RM2K. Mungkin 2K sikit buat orang ada duit, untuk student yang bergantung 100% dengan PTPTN, FAMA(father,mother). possible tak ? duduk KL, yuran Uni mahal, duit PTPTN dapat 1k je satu sem, lepas tolak semua. Bukan tak bersyukur, tapi kita semakin hari nak hidup lebih baik kan, takkan nak menerima je, tak teringin nak beri balik dekat orang ?. Mula dari kisah ni, aku decide nak cari side income. Aku tak boleh buat Part Time, sebab akan ganggu masa study aku, dan aku tak yakin aku boleh bagi masa part time kat luar dan study. Jadi aku search internet untuk cari side income.

After serch aku jumpa macam-macam jenis side income. tanpa diajar oleh sesiapa, risiko tanggung sendiri first time aku join satu jenis part time ni, di tapi before join aku kena beli e-book dia. Aku pun join bayar RM35 kalau tak silap, lepas join dan baca e-book rasa hampeh sangat, sebab aku kena buat benda yang susah je. Kena copy and paste kat laman apa entah, ada orang beli dari line aku, aku dapat duit gituu la. Lepas tu aku tak gie up, aku cuba lagi, aku cuba downline pulak, masa ni tak tahu lagi downline tu haram, cuba je lah kan, bayar RM20 aku ingat senang, sebab aku kena tarik orang join bawah aku kan. Tapi bukan senang nak yakinkan orang tau, lagi pun aku mula ragu tentang halal haram duit aku tu. Sebab duit tu macam rotate je, habis kalau downline bawah ita tak dapat cari orang ? tak ainiaya ke ? tak kesian ke ? Ok aku tak give up lagi aku cuba lagi cari-cari. Aku post dekat majalah.com yang aku nak kerja part time dari rumah, and dari sini aku kenal kak Husna, dari kak Husna kau tahu apa tu dropship, aku jadi yakin sebab dropship kita jual barang online. Masa tu aku mula-mula jual bedak Tanaka, tengah hot gila bedak tu time tu. Aku jual, dapatlah income sikit-sikit. Tapi mungkin sebab tak ada pengalaman tak ada ilmu aku down, bisnes macam laku tak laku, dua bulan sekali jual satu item je, kadang-kadang 5 ke 6 bulan sekali baru jual item.

Sebab gagal ni lah aku cari solusi nak berjaya, aku cari ilmu marketing, ilmu kewangan, copywriting, dan alhamdullilah aku tahu strategi-strategi untuk  tingkatkan sale, semua tentang bisnes, dan semua tu aku baca sendiri, baca di forum-forum,aku baca dekat blog-blog, selama ni juga aku kenal banyak sifu-sifu hebat dalam bisnes, paling aku kagum M.Zukermi pengasas MZ Secret, jadi jutawan lepas beberapa bulan bisnes. Benda ni semua jadi pembakar semangat untuk aku. Lepas beberapa bulan aku jumpa Dian pengasas Dian Pixy, ya allah lagi aku kagum, umur kami sama, jalan hidup sama, dari keluarga susah, tapi Dian boleh berjaya, jadi pengasas prouk sedniri yang meletop sangat. aku fikir kenapa aku tak boleh ? TAPI aku buat silap lagi, selama lebih kurang 5 bulan lepas aku tahu pasal semua ilmu bisnes sikit-sikit aku masih tak dapat income yang aku nak. Jualan masih sama, sebulan 1 item, paling banyak 5 item, alhamdullilah lebih baik dari sebelum ni kan. Tapi tu lah masih tak capai sasaran. Sebab apa aku tak boleh income atlest 1k sebulan ? paling tinggi aku dapat RM100 sebulan. sadis ? memang sadis.

Salah satu punca aku tak jimat. Duit untung aku beli mask muka lah, beli itu ini, sepatutnya aku kumpul duit untung untuk FB Ads, tapi tak, aku tak sedar lagi masa ni. Bila aku ada duit aku takut nak buat iklan, takut rugi. Ini kesalahan paling besar aku buat. TAKUT. aku tak tahu kenapa takut sedangkan sebelum ni aku bukan tak pernah rugi. pernah je. tapi apa yang manis kegagalan buat aku nak maju lagi. Sekarang 2014, i will be a new person, aku akan buat impian aku tercapai. Salah satu sebab korang yang minat bisnes nak berjaya, korang kena  baca kegagalan orang lain, sebab korang akan ingat dan takkan buat salah yang sama. Apa aku belajar selama ni aku akan kongsi insyaaAllah. sebab dulu aku susah nak cari panduan apa yang aku nak tahu. Jadi sekarang. aku akan tolong apa yang mampu. Walau sekecil-kecil benda aku akan share. Selamat Berjaya jugak :D

3 ulasan:

syazrah tarmin berkata...

waaaa.... nak car side-income mmg payah kan.. syaz pon slalu jugak try.. tp xbjaya.. xde pglaman berbisnes.. hihhi.. apa2 pon.. gud luck awak.. semoga awak berjaya dalam berbisnes ni .. :)

Sharifah Syahirah berkata...

syazrah tarmin : thnk you dear :)

Faridzul berkata...

thanks 4 sharing.. tp nak tahu, mcm mna downline tu dikatakn haram ye? yg cari orang bawah tu kan?