Rabu, 19 Februari 2014

Tips Pilih Suppliment and Skincare.

Assalammulaikum w.b.t and Hai.

Sekarang kan semua orang nak cantik, semua orang nak kulit flawless gituu. semua orang nak cun macam neelopa. Tapi sekarang kan kecoh dekat FB,Twiteer dan segala mak nenek media sosial ni, ada  produk kosmetik buat muka pengguna jadi bertambah hodoh. Macam aku baca kat sini .Jerawat tumbuh bagai nak rak. Produk haram ? Tiruan ? Macam-macam lah. dan yang paling sadis sekali ada aku tengok yang comment, jangan beli online, produk online memang tak bagus. Hamboii sedap je cakap kann. hehe produk haram je salahkan kedai online ya. Memang pun korang beli online kan, tapi takkan sebab satu kedai yang jual tak berkualiti nak label kedai-kedai lain haram jugak ? Korang as pengguna pun kena ada kesedaran. Nanti ada pulak yang cakap kat aku, eleh dia jual produk kosmetik juga mesti dia nak backup produk dia. Ehem aku masih ada iman ya, aku nak jual apa-apa barang pon aku research banyak-banyak, bukan asal nak untung je, sebab tak berkat rezeki aku tipu orang. Aku share tips mana yang aku tahu, lepas ni korang nak beli apa-apa maybe boleh jadikan panduan.

1. Kenal siapa pemilik produk tersebut.
Nampak macam leceh tapi pada aku penting. Sebab aku as penjual pun nak jual, kalau aku tak kenal siapa owner dia aku fikir banyak kali baru decide nak jual. Sebab apa kena kenal owner dia dulu ? Sebab keperibadian dia melambangkan apa yang dia jual. Kalau kita kenal owner dia, kita akan lebih yakin nak beli, sebab kita tahu macam mana peribadi dia semua. Macam mana nak kenal ? stalk dia, follow dia. Contoh macam produk Fellina, owner Fellina kan ada FB,ig, semua lah. Kau follow lah dia, tengok cara dia macam mana, kalau nak tanya, kau tanya apa yang patut dah yakin baru beli produk dia. Berdasarkan pengalaman aku produk-produk besar macam Aurawhite, Fer'White, Dian Pixy, Nurassya, dan lain-lain, owner dia jelas. Kita tahu siapa pengasas produk tu. Jadi tak perlu ragu, insyaAllah. Sory to say, kebanyakkan produk dilabel haram ni, owner dia memang tak jelas. 

2. Tahu kandungan produk.
Ini lagi lah penting. Sebelum beli tanya dulu apa kandungan dalam produk tu. Buat sikit research tentang kandungan produk tu. Contoh kalau produk tu ada mercury, bahaya ke tak ? melalui apa yang aku baca, jawapan dia BAHAYA. nak tahu lagi baca sini. Kebiasaan mana-mana penjual online dia dah sedia siap-siap note tentang kandungan produk dia supaya senang customer nak refer. Nak cantik kan ? rajin-rajin lah membaca please.

3. Lihat testimoni.
Sebelum beli tanya ada tak lagi testimoni-testimoni lain ? lagi bagus tanya pengasas guna tak produk ni ? tengok testimoni pengasas boleh ? sebab kalau pengasas sendiri buat produk tu and then dia tak guna. tidak ke sesuatu sangat tu ? dia dah buat kenapa tak nak pakai kan. Kalau agent tak pakai tak pe. mihmihmih Lagi bagus kalau korang boleh contact pengguna sebelum ni tanya pendapat dia. Tapi ni susah sikit lah. Tapi testimoni terbaik adalah dari pengasas sendiri. 

4. Tahu pantang larang produk.
Biasa masa dah deal nak beli, penjual akan bagi tahu apa pantang larang produk. Kalau tak bagi tahu kau tanya ? jangan excited nak makan tak tanya, makan ikut suka kau je. Tanya nak makan macam mana ? semua dan sebagainya lah. Kadang - kadang ada produk tak boleh minum minuman yang ada kaffein. Ni satu lagi, kalau kau minum ke makan apa-apa produk mohon banyak minum air kosong. Sebab biasanya bila kita makan apa-apa produk, produk tu akan buang toksin sekali dalam badan, jadi kena minum air kosong banyak untuk bantu toksin tu dibuang. Dalam tempoh ni juga mungkin akan tumbuh jerawat-jerawat halus dekat muka, sebab masa ni proses toksin dibuang kan. Insyaallah dalam beberapa minggu lepas tu kulit kau akan flawless cantik macam neelopa. 

5. Ambil tahu produk tu ada yang tiruan ke tak ?
Mula-mula tanya penjual, produk ni ada produk tiruan tak ? macam mana nak beza yang tiruan dengan asli. Dan better kau research sendiri, mana tahu kau dapat penjual yang tak dak tanggungjawab, dia suka hati je kata produk dia bukan tiruan padahal tiruan. Macam tabita skincare kan, dulu kan femes yang produk tu haram lah, tak boleh pakai lah, itu ini. Tapi aku macam susah nak percaya sebab aku tengok sepet jual tabita tu, laku je. Testimoni and feedback customer dia pun ok. Sepet siapa ? mohon google, blog sepet nanti jumpa. Rupanya tabita tu ada yang tak original, ada yang clone. yang original owner dia dari indonesia, kalau ikut apa aku baca kat blog sepet lah kan. Lepas tu yang beli tak original tu kecoh lah kan, "saya pakai tabita muka jadi hodoh", nak salah siapa ni ? pengguna tu ? dia tak salah, sebab dia dah beli, dia berhak nak bagi feedback, cuma kalau iq tinggi sikit, sebelum bagi feedback mohon baca dan research dulu. Ni salah pengeluar produk tiruan tu lah. sebab dia yang ori pun kena tempias.

6.Jangan terpengaruh dengan harga murah.
Typical Malaysian suka yang murah lagi suka kalau benda tu free. Aku pun suka benda murah ke free kan. Tapi kalau kita tengok sesuatu produk tu terlalu murah dari harga pasaran tolong curiga, sebab berkemungkinan itu produk tiruan, sebab kebanyakkan produk tiruan memang dijual lebih murah ya. Tapi kalau penjual tengah buat promosi korang curiga sebab takut produk tiruan, aku tumbok nanti. hehe kalau promosi lain cerita. Nanti tiba-tiba aku buat promosi korang taknak beli sebab aku jual produk tiruan katanya. hehe  

Itu saja untuk hari ini ya. Macam cikgu gituu. hehe last, korang yang nak cantik kan. Jadi korang kena ada sikit kesedaran sendiri nak semak apa yang korang makan, yang korang beli. Tak semua kedai online jual benda mengarut, benda tipu, benda haram. Tak semua ya. Setiap apa yang korang dengar sila buat double research. Kalau dah 10 kali orang cakap tiruan tak selamat memang tak selamat lah tu. Kat blog ni dia ada senaraikan produk-produk yang ditarik balik sijil HALAL ke KKM gituu aku pun tak faham. bacalah. SINI. Semua di atas adalah pendapat aku sendiri tak ada kaitan dengan siapa-siapa. Wallahualam.


8 ulasan:

Normi Nieza berkata...

thanks for sharing..

Norain Yusoff berkata...

wow! tips yg bagus dear.. skang banyak dah produk kecantikan yg merbahaya.. kessan tak smpai seminggu muka flawless.. kene hati2.. huhu..

Sharifah Syahirah berkata...

@Normi Nieza : Saya cuma share apa yg tahu.
@Norain Yusoff : Kann. Kena hati-hati selalu :)

Abdul Rahman berkata...

Ni kena take note bagi would-be wife ni haha. Good info here. Thanks!

Farra Kikibum berkata...

good tips ni..lebih lg skrg bnyk gila produk kcantikan..

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

thx tips ni dear
sekarang makan berlambak supplement
dan momoy pun jenis yg mudah terpengaruh
btw
jom check skincare kita sekarang ada termasuk dalam 10 senarai bahan kimia merbahaya atau tidak.
jom semua . cepat bertindak


http://momoy-blogirl.blogspot.com/2014/02/jom-check-skincare-kosmetik-kita-ada.html

Sharifah Syahirah berkata...

@Abdul Rahman : Silakannn tak note. hehe
@Farra Kikibum : Yup, banyak produk kecantikan, kita kena bijak memilih.
@Momoy : Nice sharing momoy :)

Alynn Azman berkata...

gud tips..hee.. tq :)