Rabu, 1 Januari 2014

Throwback 2013

Assalammulaikum.

Selamat datang 2014, update setelah masuk 10 minit 2014. nak jugak update kan, mudah terpengaruh dengan orang sungguh aku ni. tak tahu kenapa aku rasa takut pulak masuk tahun baru, tak pernah rasa macam ni sebelum ni. aku fikir cepat sangat masa tu jalan, kejap sangat 2013 sekarang dah 2014, Allah makin cepat. umur semakin meningkat, berubah tidak jugak. mati, kiamat bila-bila masa je ni. Allah, lalai sungguh. 

Azam baru ya, aku cuba didik hati untuk tidak berlebihan sambut tahun baru, islam kan, sepatutnya tahun baru islam lah sambut kan. mesti engko orang yang membaca cakap, hoi apasal dia ni, apasal. ampun lah, aku kan memang macam ni, kadang-kadang tak tahu pun apa aku tulis. sekejap tak di dengar bunyi bunga api, hoii banyak pula duit nak membakar duit kann. baik bagi dekat syria, palestine, tak pun dekat malaysia banyak je orang susah. hahaha protes ni protes. Tidak mengapalah, secara jujurnya kita ni suara kecil, nak memberontak lebih-lebih nanti entahlah. doa banyak-banyak supaya pemimpin yang zalim tu tumbang.

Ok tak di nak cerita apa sebenarnya, suka merapu dulu baru nak cerita kan. Selagi aku bergelar student tahun baru disambut dengan buku-buku sebab setiap awal bulan satu adalah bulan exam. aku memang benci exam. hahaha ok merapu lagi. bila nak cerita ni. 2013 macam-macam jadi, dan yang paling besar dalam hidup aku, atuk meninggal on september. Allah tuhan je lah tahu, sedih macam mana, memang atuk sakit, tapi aku selalu posutif atuk akan sihat, macam dulu. tapi aku lupa ajal maut Allah atur, bukan aku. finally dia pergi, aku redha. walaupun aku tak tengok muka dia untuk kali terakhir, aku tengok dia seminggu sebelum dia meninggal, sebelum aku masuk uni balik. aku tak puas jaga dia, tak puas. tak ada dah teman aku berbual bila aku masak kat dapur, teman aku cerita itu ini, tempat aku mengadu bagai, suara dia membebel dekat adik-adik, tak ada orang aku nak peluk masa tidur, bertahun aku duduk dengan dia, paling rapat dengan dia. aku tak pernah hilang orang aku sayang, ini pertama kali. kadang-kadang bila ingat menangis jugak, tapi selalu pujuk hati cara aku ni tak betul, kesian dia nanti. rindu sangat sebenarnya. tapi kadang-kadang rasa syukur, dia sakit tak lama kejap je, lepas tu dia tak tengok kakak sepupu aku kahwin, kalau tak mesti dia sedih, cucu yang dia jaga dari kecil buat macam tu, macam apa itu peribadi sangat. apa pun mati itu benar. Al fatihah untuk atuk.


Azam 2014, tak banyak pun yang ada dua. banyak-banyak kalau tak tercapai macam mana kan.

1. Nak dapat income atleast RM1000 sebulan dengan bisnes online.
2. Nak tutup aurat dengan sempurna . in sya Allah.

apa sahaja azam yang kamu buat, aku doakan berjaya laksanakan ya. untuk azam yang baik-baik je lah. untuk azam kurang baik, ya Allah sila gagalkan. hahaha selamat 2014, didik diri jadi lebih baik. assalammulaikum :D

Tiada ulasan: