Jumaat, 3 Januari 2014

Keturunan.

Assalammulaikum dan hai-hai.

apa khabarkah semua, apa anda rasa dalam tiga hari tahun baru ini. milo ke orghenn (oren, pelat r), saya pasti anda masih bersemangat seperti saya untuk mencapai azam-azam pada tahun baru ini. saya berharap semangat ini dikekalkan sehingga akhir tahun. ohh sudahlah syahirah sudah jangan tulis bahasa baku lagi, rasa seolah-olah memberi ucapan di khalayak ramai. 

Pada hari ini saya akan membicarakan topik keturunan. kamu semua tahukah apa itu keturunan ? keturunan itu adalah susur galur, masih tidak mengerti, sila buka kamus dewan edisi terkini. ok kembali kepada keadaan normal. semua orang tahu aku ada "sharifah" di pangkal nama. percaya atau tidak aku ada macam-macam pengalaman dengan nama itu, ya sejujurnya aku bangga ada pangkal nama seperti itu, tetapi bangga itu ku sorok-sorok jauh di sudut hati comel ini supaya jauh dari perasaan riak. soalan comman dan terlalu biasa aku dapat 'nanti kahwin mesti dengan syed ke ?' soalan ini aku dapat sejak dari darjah satu sehingga sekarang di universiti. ok darjah satu tu tipu. mihmih jawapan aku berubah mengikut tahap kematangan aku. dulu zaman-zaman tak matang jawab 'ya, kena kahwin dengan syed', tetapi setelah berumur 22 tahun pada tahun 2014 ini tahap kematangan telah mencecah tahap yang boleh dibanggakan. jawapan aku :
jodoh itu rahsia Allah, tiada siapa tahu, aku pun tak tahu, hanya mampu berdoa aku dapat jodoh terbaik sahaja. syed atau tidak suami aku nanti aku pun tak tahu. tapi syed atau tidak dia nanti aku pasti ia bukan sebab keturunan tapi sebab Allah. syed atau tidak suami aku nanti yang penting boleh bimbing dan didik aku ke jalan Allah. macam aku cakap semua bergantung pada Allah, dari hati aku yang comel ni aku terima sahaja andai jodoh aku dari kalangan syed atau tidak.

itu semua di luar kotak. aku juga mix, abah aku syed mak aku jawa. ada kawan-kawan tanya macam mana budaya hidup dua keturunan berbeza. ya pasti ada beza. dan aku seronok hidup dalam dua keturunan berbeza. on my abah side, keluarga kami besar, dan kebanyakkan pun dah mix dengan golongan bukan dari keturunan syed atau sharifah. tapi kami hidup dalam keadaan aman dan sentosa. ada juga sepupu aku yang mak abah mereka syed dan sharifah dan rupa mereka ? ya muka total arab no mix mix macam aku.  hahaha perbezaan budaya boleh tengok dari segi panggilan kami panggil ibu saudara kami 'umi' dan bapa saudara kami 'ami'. nenek pula aku panggil 'baba' dan atok lelaki aku panggil 'jiddi'. tapi sayangnya kami tidak pandai berbahasa arab, antara faktor utama jiddi yang fasih berbahasa arab telah meninggal dunia pada usia yang muda, masa itu umur abah aku baru 15 tahun. dalam masyarakat syed dan syarifah kami ada keturunan lain seperti al-yahya, al-attas, al-idrus dan lain-lain dan aku Al-yahya. 

ada juga aku ada baca, sesetengah golongan syed dan sharifah menetapkan anak-anak mereka untuk berkahwin dengan keturunan sama. susah nak bagi pendapat tentang perkara ini sebab pandangan mereka berbeza-beza. tapi abah aku, pernah juga dia cakap kalau boleh kahwin lah dengan syed, kalau boleh. bukan apa, mungkin dengan niat menjaga keturunan. itu sahaja. golongan syed dan sharifah ini katanya berasal dari keturunan rasullallah. tetapi peringatan tegas dari aku, nanti di hari akhirat semua manusia sama di sisi allah, yang berbeza amal kita, tidak ada alasan kita dari keturunan rasullallah, keturunan raja atau keturunan perdana menteri sekalipun. tetapi pada pendapat aku sendiri jika sampai berpecah belah antara keluarga disebabkan keturunan itu, oh sungguh tindakan tidak bijak sekali. kalau dah jodoh namanya tidak kira siapa pun kita perlu terima. kalau nak cerita bab jodoh nanti i is buat entry lain pula. ada juga yang pandang serong dengan keturunan kami sebab dia pernah bercinta dengan golongan sharifah tetapi cintanya dihalang oleh orang tua si perempuan dengan alasan tidak sama taraf. ingatlah tidak semua keturunan kami begitu, ada yang sangat humble dan terima seadanya.

cukuplah sampai di sini sahaja penulisan aku yang sangat dan terlalu skema. apa yang ditulis kat atas adalah pendapat peribadi, tak ada kaitan dan dipengaruhi oleh siapa-siapa pun. esok-esok aku cuba tak tulis se skema ini supaya kalian tidak muntah pelangi membacanya. marilah kita sambung study ada lagi empat paper menanti. selamat malam semua. 

Tiada ulasan: