Jumaat, 21 Disember 2012

21.12.2012...azam di umur 20 tahun..and baby.

assalammualaikum semua..
semoga sentiasa dalam rahmat allah (:

Hari ini 21.12.2012,alhamdullilah masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk menumpang di dunia ini.Jika korang masih ingat kan dulu kan ada satu teori daripada kaum apa dah lupa nama dia.Pada pandangan aku la kan,ini mungkin salah satu lagi startegi orang-orang tertentu untuk rosakkan akidah orang islam.Jadi kita sebagai umat islam jangan,dan jangan mudah percaya dengan apa yang depa dok cakap tu..tapi hari kiamat itu pasti akan terjadi,kena percaya dan beriman dengan hari kiamat,tapi bila tarikh dia tidak ada siapa tahu,walaupun malaikat sendiri.itu rahsia allah.cuba kita selidik setiap apa berita yang kita terima tu,lebih baik selidik dalam al-quran lagi bagus kan.sebab sekarang ada je hadis palsu.baca dekat SINI untuk ilmu yang lebih bermanfaat..sekadar perkongsian..wallahualam.


and the one more thing,aku nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat parents aku sebab kalian orang pertama wish my birthday hari tu..hari tu ya 16.12 bukan hari ni.cerita dah basi ni.. terima kasih juga untuk adik-adik yang wish dekat kak long,rinduu korang sangat-sangat.Terima kasih juga untuk kawan-kawan fb,kawan-kawan sekolah dulu-dulu sampai sekarang.dan kawan-kawan UM, terima kasih juga untuk BFF,saya sangat menghargai ucapan dan dua' kalian..moga Allah perkenankan setiap dua' kalian untuk saya,dan semoga Allah memberkati kalian.. In syaa allah..untuk atika and nisa terima kasih untuk lagu hari jadi tepat jam 12 malam..sangatt terharu korang tahu tak..(:


 for first year  apm student 2012/2013 thank you so much for your cooperation in this sem, our memories together i will never forget until the end. (:

 on haluansiswa..muka baik-baik lagi.. (:

candid..in our last PMBI class for this week.

azam di umur 20 tahun,ingin menjadi muslimah yang lebih baik dari sebelum ini.ingin lebih dekat denganNya..in syaa allah.Ow btw, i want to wish congrat to my bestfriend,Mak Jah.my only one Mak Jah in the world.you will be a mother soon,really excited for u,i hope you and you baby will be fine,with a barakah from Allah swt.you be the first will be come a mom among the others,can't wait to see you and hear your story.in syaa allah always dua' for you dear.last but not least,please dua' for me,for my final exam,i will do the best for Allah firstly,my self and my parents...


in syaa allah we will meet again.bye assalammualaikum. (:

Khamis, 13 Disember 2012

Menuntut Ilmu Itu Ibadah =)


Dalam hadis RasulAllah s.a.w bersabda :

" Barang siapa keluar untuk menuntut ilmu,maka ia termasuk dalam golongan yang berjuang pada jalan Allah,sehinggalah ia kembali "


Jumaat, 7 Disember 2012

xoxo

Assalammualaikum and selamat malm...

Lama tak update blog..Jadi seorang pelajar  universiti bukan lah semudah yang aku dok mimpi-mimpi selama ini. Minggu pembentangan dah pun lepas..hanya tinggal satu pembentanagn je lagi..aku sebagai presentor, mula-mela memang cool je..depan kawan-kawan dengan pensyarah je..tapi kawan tu dekat satu dewan juga, ramai tu. Mula-mula aku buat pembentangan subjek HE, bila kau buat penerangan aku rasa audiens aku tu macam tak ada, tiba-tiba aku dah habis cakap..macam eh cepatnnya. firts time present depan orang ramai macam tu, sebelum ni present dalam class je..tinggal satu lagi pembentangan wish me luck :) penat..? tersangat penat tapi seronok, sebab hidup dekat U tak sama macam dekat sekolah, semua benda kena buat sendiri, berdikari sungguh aku. Malas tu tak boleh wujud pun, even malas gila pun kena buat juga. Pengalaman yang best..rindu dekat rumah,rindu dengan family.

xoxo

jumpa ramai kawan dekat sini. From whole Malaysia ya..termasuk la sabah, sarawak..best..boleh belajar banyak bahasa..memang best..best..best sangat..mula-mula dulu memang rasa tak seronok,bila dah lama memang best..dapat juga berkerjasama dengan orang-orang hebat macam Hajar kawan kita..awesome.Suka dapat assngment satu group dengan dia, best sangat..

azura humaira dan fazliana dari kelate :P



Bestfriend kita, nisa dengan tika..satu KL,satu Kelantan.. :)

pesta tanglung.


setelah lama ikat perut, bila ptptn masuk pergi makan KFC,lepas tu ikat perut balik..



dulu cikgu cakap menjadi mahasisiwi adalah satu perkara yang sangat seronokk...
dan sekarang sedang mengalaminnya,memang seronok..
sdah nak exam, maknannya dah nak habis satu sem..
tinggal 5sem lagi..2tahun setengah je lagi..kejap kan..rasa baru je hanis haluansisiwa... :)







 : )
sharifahsyahirah.


Isnin, 19 November 2012

PLEASE PRAY FOR GAZA.

Jika anda tidak mampu untuk melakukan apa-apa cukuplah dengan doa anda..
Doa sebanyak yang mungkin..
Doa anda tidak memerlukan wang,tetapi anda mendapat ganjaran yang hanya allah tahu..
Berdoalah setiap masa untuk mereka..
Anda tidak mampu mengangkat senjata..
Maka tadahlah tangan untuk berdoa demi keselamatan mereka..
BERDOALAH SEBANYAK MUNGKIN UNTUK MEREKA..:'(




Bantu mereka setakat mana kemampuan anda..:'(


Ahad, 7 Oktober 2012

I WANT TO UPGRADE MYSELF

HOW I DO ANYTHING IS
HOW I DO EVERYTHING.



semalam sabtu,6hb aku join satu program untuk first year student dekat UM ni.program ni anjuran SERU um.apa tu SERU.SERU singkatan daru Student Empowerment & Research Unit.tak semua student datang pun ada masa minggu haluan siswa(MHS) lebih 500 yang mendaftar nak join tapi yang datang tak sampai separuh pun.program ni macam program motivasi tapi lebih menarik sebab cara penyampaian dia,and teknik yang digunakan memang lain dari yang lain.aku akan share apa yang aku belajar dalam program ni.motivator dia ialah abang amirul and wife dia kak elin.
apa yang aku dapat dekat sini banyak benda,bermula tujuan sebagai mahasiswi sampai ke penampilan diri.cara kita nak faham orang lain melaui love language,cara nak spend timr dengan betul and cara nak uruskan duit dengan betul.aku akan share cara nak uruskan duit dengan betul,sebab duit tu penting kan.


kak elin and abg amirul ni pun belajar benda ni daripada seorang motivator lain.jangan tanya sape sebab aku tak tahu.apa tu six jar.dalam bahasa melayu enam balang la kan.dia ajar macam ni.kita sediakan enam balang yang mana setiap balang tu kita mesti label dengan betul.tak kisah la mana dulu korang nak susun tapi mesti ada enam label.Spending,Saving,Investment,Education,Fun and Play,and Give.macam mana caranya.contoh hari ni korang dapat duit belanja RM2.ok 50% korang masukkan dalam balang Spending,yang ni korang boleh belanjakan,beli apa je korang nak.10% masukkan dalam balang seterusnya.mula-mula memang nampak macam sikit tapi bayangkan kalau benda tu dah banyak mesti korang tak percaya yang korang ada simpan duit sebanyak tu.siap boleh bersedekah sebab korang ada balang Give right.korang mesti displin tau.contoh korang nak beli make up kan.harga dalam RM20 macam tu.tapi dalambalang Fun & Play baru ada RM10.korang tak boleh ambil duit dari balang lain untuk cukupkan duit untuk beli make up tu.mesti tinggu diut dalam balang Fun & Play tu cukup baru boleh beli.menarik kan.secara tak langsung kita menyimpan kan.and satu lagi,aku dah dengar benda ni dua kali.tolong listkan setiap barang yang korang beli.

kalau nak cerita semua memang panjang tak sangat ni.korang boleh pergi dekat web diaorang.http://www.realleaders.net/ apa sahaja maklumat yang korang nak ada kat situ.nak panggil dia orang datang U korang pun boleh.untuk student um 20hb ni ada lagi seminar ni,datang rugi tak datang untuk um student byanran tetap sama RM5 sahaja.but for 1st year student je.untuk u lain aku tak tahu berapa bayaran dia.trademark abang amirul Yes or Yes!!  Yes!!

dapat sijil


How YOU do anything is
How You do everythings.



terima kasih kalau baca.

Khamis, 27 September 2012

Rindu

family
dulu-dulu pagi,petang,siang,malam duapuluhempatjam sehari,tujuh hari seminggu nampak depan mata muka family sendiri.tak sempat nak rasa rindu.kadang-kadang rasa sakit hati,geram,bosan dengan adik-adik yang bising macam apa.sekarang sebulan sekali pun susah nak jumpa.tunggu cuti sem baru dapat jumpa dia orang ni.sekarang baru tahu rindu.sekarang baru tahu rasa susahnya hidup jauh dengan family,sekarang baru rasa sayang dia orang sangat-sangat,sekarang baru rasa sedih sebab duduk jauh,sekarang baru hari-hari telefon family,mesej dia orang.dulu bila pergi rombongan sekolah je pandai telefon mak ayah,adik-adik dengan nenek.tak pun sebab nak kirim barang dengan family baru telefon or mesej dia orang.sebelum tu tak terfikir pun nak call mak ayah masa dia orang rehat time bekerja,nak tanya dia orang dah makan ke belum.sekarang baru nak buat semua tu.waktu takkan boleh berputar semula.kalau boleh rasa nak gunakan waktu dengan betul untuk spend time dengan family.lepas habis belajar mesti kerja kan.belum tentu dapat kerja yang dekat dengan family.masa ni pula adik-adik dah sambung belajar.dah takkan sama masa masing-masing still belajar duduk dekat rumah lagi.time tu nanti confirm susah nak berkumpul sekeluarga.tapi itu la hidup,hidup akan terus ke hadapan bukan ke belakang.
sahabat
dulu satu sekolah,ke mana-mana sentiasa bersama,dulu selalu lepak-lepak gosip-gosip.dulu pakai baju  kuning tu sama-sama and selalu cakap bila kita ni nak habis stpm.dulu juga selalu membebel kalau tak puas hati dengan cikgu-cikgu.dulu juga selalu bergaduh dengan kawan-kawan sekelas kalau ada isu yang tak puas hati tu,dulu juga dok gelak sakan bila berkumpul ramai-ramai.dulu juga duk share apa nak beli bila nak buat aktiviti luar sekolah,tapi sekarang masing-masing jauh,dah tak ada dekat depan mata.ada yang dah kahwin,semua takkan sama macam dulu lagi.sekarang baru pandai rindu,dulu tak rasa pun.sekarang baru pandai nak mesej tanya khabar.dulu kalau tak ada benda penting susah nak mesej-mesej ni.sebab hari-hari jumpa.sekarang masing-masing mesti dah ada kawan baru dekat tempat baru,tapi kita takkan lupa kawan-kawan kita yang ni.maybe kita bukan je kawan tapi siblings.rindu nak macam dulu.rindu nak jadi budak sekolah lagi.rindu sangat..but hidup bukan kebelakang tapi ke depan.simpan sebagai kenangan. ):

Sabtu, 22 September 2012

Satu sudah selesai.

assalamualikum.
malam ni bff aku nazreen menikah.tapi yang sadis apa aku boleh buat sekarang duduk dalam bilik ni tak dapat balik and pergi majlis dia untuk malam ni and esok.its ok,noi kata doa je yang terbaik untuk dia.satu dah kahwin,tinggal kami yang tujuh ni,sebab kita orang bertujuh rapat since form 6,but kalau aku dengan nazreen rapat since form 4,and kalau dengan anis rapat since form 1 lagi.kekok panggil nazreen,kalau antara kawan-kawan biasa panggil dia mak jah.last wekend,masa cuti hari m'syia aku balik la kampung.sempat la pergi rumah dia,tengok preparation dia.aku tanya dia apa rasa dah nak kahwin ni.jawapan dia buat aku gelak."aku ni nak kahwin tapi aku tak rasa apa-apa pun".aku tanya tak rasa excited ke apa dia kata tak.mybe sebab dia pun tak percaya dia nak kahwin muda.20 tahun,tapi tengok fizikal macam 25 dah.kalau perangai dia 15 tahun kot..sory mak jah.we are very close actualy.ketawa,menangis sesame.kalau bab menangis memang mak jah la champion.aku dah dapat bayangkan macam mana muka dia menangis lepas akad nikah nanti.dah pesan awal-awal kat dia,jangan menangis sangat nanti tak cantik.dia jawab aku tak boleh la pah,aku mesti menangis gila-gila nanti..hampeh..
future pengantin yang tinggal bape jam lagi nak jadi isteri orang.
mula-mula dia bagi tahu dia nak kahwin aku dengan anis la paling terkejut kot.and kita orang la yang hari-hari suruh dia fikir balik apa dia buat ni betul ke tak.tapi perancangan allah tak ada sape tahu,akhirnya dia kahwin juga.jodoh dia dah sampai kan.tak pe lah,just lalui je apa yang dah jadi dekat kau ni.walaupun kau dah kahwin kau boleh je nak keluar dengan kita orang,tapi aku tahu benda tu akan jadi susah sikit sebab kau kan dah ada suami.semua tak akan sama macam dulu,tapi realitinye kita semua akan lalui benda ni.live must move on.selamat pengantin baru untuk kau,KAMI doakan yang terbaik untuk kau.lepas ni siapa..??
dari : google

Isnin, 17 September 2012

another story

assalammualaikum.

yeay lama tak update blog kan.ayat biasa.sudah dua minggu aku jadi mahasiswi um.minggu pertama mestilah orientasi.sangat pack waktu masa tu.tak ada rehat,tapi seriously seronok sangat.and first time dalam hidup aku kena duduk jauh dengan family.mula-mula memang home sick la.sampai sekarang still home sick lagi,tapi tak la teruk sangat.actualy baru je sampai dari kampung.cuti tiga hari je,tapi sebab rindu punya pasal cabut lari balik kampung.nasib baik la KL ke Batu Pahat tiga jam lebih je.tu pun aku dah sakit punggung duk lama-lama dalam bas.sekarang semua baru,ada kawan baru,ada suasana baru.tak pe ini semua pengalaman kan.just enjoy.jauh-jauh ni bagus jugak,belajar berdikari.kalau tak semua nak harap mak kan.sikit-sikit mak.aku memang rapat sangat dengan family.pada aku la kan jadi mahasiswi ni bukan senang tapi tak la susah sangat.lagi aku ada dekat u yang paling tua and u nombor satu dekat malaysia.memang mula-mula takut la kan.but now ok la sikit kan.dah habis tak ada cerita dah.selamat hari malaysia :)


Ahad, 26 Ogos 2012

Terima Kasih Allah.

alhamdulilah,terima kasih allah,terima kasih mak abah,kawan-kawan and semua yang mendoakan kejayaan aku.walaupun mula-mula upu aku gagal,tapi akhirnya aku diterima masuk ke Universiti Malaya.rushing nak buat semue bende ni.lagi empat hari nak daftar masuk.tak pe buat sikit-sikit jangan sampai ada yang tertinggal.rasa hapy,takut,teruja semua ada tau.sekarang tengah survey kolej kediaman semua.ambik mood.be positive ok.allah sebaik-baik perancang untuk kita dia tahu apa yang terbaik untuk kita.jangan sedih bila gagal,tapi fikirlah akan ada yang lebih baik untuk kita selepas itu.benda baik akan datang kemudian.insyAllah. =)


program pengajian melayu(kesenian melayu).wait for me UM.

Khamis, 23 Ogos 2012

Hapy Birthday Hana Reen.

sebulan tak update entry ni,hari ni birthday my best friend hana reen.hapy birthday sayang.lambat wish ni lupa la.tak ada hadiah ye.nak hadiah tunggu kau kahwin nanti.aku dokan yang terbaik untuk kau.thank you jadi kawan aku sejak setahun lepas.thank you  always accompany me whenever i go.kau juga tempat aku kongsi macam-macam cerita.thank you so much.love you hana reen.



entry raya akan diupdate bila ada mood.SELAMAT HARI RAYA GUYS.

Jumaat, 20 Julai 2012

SALAM RAMADHAN.



puasa itu kewajiban yang dituntu oleh islam ke atas seluruh umatnya.
didik diri kamu untuk lebih menghargai apa sahaja terutama makanan sewaktu berbuka.
cuba merasai kelaparan yang dialami oleh orang miskin.
selamat berpuasa dan beribadah. =)



Selasa, 10 Julai 2012

Kawan Baru.

assalammualaikum semua.lama tak hupdate blog ni.malas la..ok malas la kau tak sudah.aku pernah cakap aku ada new life sekarang sebab dah tamat sekolah and aku decide nak kerja sementara tunggu result untuk upu keluar.result upu dah nak keluar.sangat takut ok.bila kita ada new life mesti kita ada new experiance and new friends right.pengalaman tu pada aku sangat bagus tak kira pengalaman yang kita dapat tu baik ke tak.sebab pelajaran yang paling baik adalah dari pengalaman hidup korang sendiri.ini fakta bukan auta.sila percaya..:P aku jumpa ramai orang.sebab aku kerja kilang.saya jadi minah kilang ok.eh minah kilang..?ada idea nak tulis entry baru ni..huhu biasalah sekarang susah nak jumpa kilang di malaysia yang tak gunakan pekerja asing kan.ada baik buruk malaysia guna pekerja asing ni.lain entry aku cerita pasal pekerja asing plak.sekarang nak cerita pasal local pekerja.means kawan baru aku la.


there are my new friends.baju merah tu bukan uniform,tapi kami sepakat buat untuk suka-suka and melambangkan yang kami bersatu..cewahh ayat gramatis.ada juga my auntie kat atas tu.nak tahu sila tanya aku.ada jugak bff aku a.k.a wonder womans yang aku angkut dok kerja sama-sama ngan aku.pada aku mereka unik.para wanita besi.boleh sama dan seiring dengan pekerja lelaki.mereka ada kuasa mereka sendiri kat dalam kilang tu.tapi biasala bila jumpa ramai orang mesti banyak kerenah kan.tapi tak pe yang baik aku ikut yang tak baik pun aku ikut..eh bukan,yang tak baik aku tak la ikut.dalam kilang tu hanya ada 14 orang melayu,semua pompuan tau.ada pun dua orang qc lelaki melayu.yang lain operator bangsa asing and semua bangsa asing itu lelaki.

nampak tu.sangat serasi ok.yang berbaring tu warga nepal.aku tak malu nak megaku aku kawan dengan bangsa asing.aku seronok dengar cerita pasal negara mereka,budaya dia orang,cerita pasal gunung himalaya.of course culture mereka tak sama dengan kita kan.so kesempatan hanya beberapa bulan ni la aku dapat tahu tentang negara orang lain.satu pengajaran yang aku dapat kita patut dan sangat perlu bersyukur hidup dekat malaysia sebab kita tak adalah susah sangat kan.yang miskin pun tak ada la sampai tak makan langsung.agak aku je ni kalau salah maaf.tapi dia orang dekat negara macam kemboja,nepal and jiran kita indonesia.kebanyakkan yang datang kat sini hidup mereka susah dan sangat susah.so bersyukur la dengan apa yang korang ada.

last but not least.kalau la dia orang baca blog aku kan.tapi aku tahu dia orang tak baca pun.aku nak cakap yang korang awesome sangat.suka kawan dengan korang and harap sampai bila-bila pun masih jadi kawan.love u guys so much.sambil kesat air mata bagi baru terima anugerah bloger famous.hihi


thanks come my blog and read my entry =)

Selasa, 26 Jun 2012

tak selesa jangan pakai.

gambar tiada kaitan dgn title.LOL

assalammualaikum semua.i'am come back.nak share pendapat aku pasal bila korang pakai something yang korang tak selesa korang yakin tak bila nak keluar jumpa public.mesti tak yakin kan.al kisah beberapa hari lepas disebabkan kemalasan tahap mengila,aku malas cuci baju,sebab penat kerja.sampai kan lupa nak cuci jeans aku.bukan satu semua tak cuci lagi.aku pergi kerja wearing jeans and t-shirt only.ad la satu jeans agak besar,bukan bermakna aku suka pakai jeans yang ketat ok,tapi kebesarannya agak tak selesa.disebabkan dah tak ada jeans nak pakai,aku decide pakai jeans besar tu juga.natijahnya aku jalan macam perempuan melayu terakhir yang membajet ayu tapi hancus.walhal tak ada la teruk mana kan.biasa je,tapi disebabkan tak yakin,rasa macam semua orang tengok aku lain macam gila.padahal tak ada pun mereka2 itu tengok kat aku.mula la bertanya banyak kali dekat bff aku."aku nampak pelik tak".juta kali aku rasa ada aku tanya dia.jawapa dia."mana ada biasa je aku tengok kau".dengan kejamnya aku telah memaksa dia untuk mengaku yang aku pelik..damn.nasib tak kena pelempang tahu.

berhijab dengan sempurna mesti sweett kan.

macam tu juga kalau pakai hijab yang agak singkat di bahagian dada.mula la rasa tak selesa kan.rasa semua mata pandang dada awak tu.padan muka aku,siapa suruh pakai hijab yang agak singkat.tapi sekarang tak lagi.cuba untuk pakai hijab yang tutup dada.actualy bila kita tak yakin nak pakai something tu boleh nampak dekat muka kita kan kan kan,sila angguk banyak kali..kita nampak gelisah and tak selesa.nak buat apa pun juta kali tengok tudung,ok ke tak.tengok seluar besarnya seluar aku.orang yang tengok kita cara biasa pun akan jadi pelik,silap-silap dia tahu kita tak selesa dengan apa kita pakai kan.so the moral of the stories is jagan pakai something yang korang rasa tak selesa,jangan jadi malas macam aku.tehee.(ketawa FL).if terpaksa pakai cuba buat-buat tak ada apa-apa,buat biasa je.tapi susah kan nak buat biasa je.sebab tak selesa kan.

thanks for reading.see u in next entry.bubye.=)

Khamis, 21 Jun 2012

i'm a winner.

assalammualaikum and hai semua.semlam sedang asyik menikmati biskut kering sambil cicah dengan horlicks panas aku pun join satu contents di facebook anjuran HidayahsShop.dia bagi dua soalan and aku jawab dua soalan tu,and salah satu tu aku jawab dengan betul dan tepat lagi cepat.haha hadiah dia awesome wey aku boleh pilih mana jenis tudung yang ada di jual oleh hidayahShop satu je la and akan dihantar ke rumah secara free.aku memang suka benda cap tak payah bayar ni.kak dayah thanks,memang nak bagi orang menang ea,soalan senang tu.e'eleh dah menang baru cakap senang :P.ni tengah pening kepala nak pilih yang mana satu.siap pakai cermin mata besaq bagi terang mata ni biar tak salah pilih.ala k.dayah kenapa satu je,kenapa tak semua,kenapa.?.eh kau dah bagi FREE tu kira untung,tak payah nak tamak.and aku decide nak pilih tudung ni.
ni bukan aku,tapi owner dia.

ni pulak jenis tudung lain yang ada kat hidayahShope.bawal printed.



ada juga tudng2 lain.yang aku tunjuk ni baru ciput je.ada juga jual handbag,dress and shoes.aku geram dengan flat shoes dia.comel wey.



sangat cantik tau.ni cakap betul tak tipu taw.pasal harga jangan dok pening kepala sebab harga sangat affordable untuk semua.ni kira shoping untuk semua golongan la kan.nak tahu lebih banyak lagi and nak tengok lagi banyak sila pergi ke HidayahsShop.


credit to.hidayah shope.















Selasa, 12 Jun 2012

Happy :)


tak nak banyak menaip,cuma nak bagi tahu aku sangat happy dengan hidup aku sekarang,with family, friends and   bff yang sangat aku rindu always.untuk yang singgah baca entry,komen,and yang follow juga,terima kasih banyak-banyak.aku tak akan menulis kalau tak ada orang nak baca kan.feed back yang baik dari korang buat aku lagi nak menaip benda-benda merepek,tapi tetap bagi manfaat kat korang yang baca.thanks yop.
happy sangat letueww.

Khamis, 31 Mei 2012

wanita dan diet

wanita dan diet.perempuan memang tak boleh berpisah dengan diet.betul tak.semua perempuan nak badan cantik macam aishwarya rai kan,tapi sekarang dia dah gemok la. :P.pernah tak kita fikir kenapa kita nak diet.nak cantik,nak sihat ke ada niat lain.kalau ada niat-niat yang tak elok rasanya salah kuut.sebab kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada.tapi tak la kau melantak bagai nak apa kan.makan tetap kena jaga,maintain je lagi ok.cuba kita yakin dengan diri sendiri.yakin tu penting,biar apa orang nak cakap yang penting kita maintain je.gemok tu bukan kecacatan ye.tak perlu malu.

orang kata zaman sekarang senang nak diet.tapi pada aku susah sebab mak selau masak sedap-sedap tau tak..benci tau tak.banyak produk pelangsingan badan yang ada jual kat supermarket.tapi korang yakin ke benda tu semua tak ada kesan sampingan.kalau aku sangat takut nak makan semua tu.yang penting kita mesti ada diet seimbang.tak kisah kalau kita gemuk tapi kita sihat.betul tak.korang tahu tak BMI atau body mass index,sila google kalau tak tahu..kalau berat badan korang ditahap normal mengikut perkiraan BMI kenapa perlu diet.amalkan pemakanan seimbang je.kalau gemok tak perlu malu.kita kena yakin yang gemuk juga menawan janji kita gemuk yang sihat.right.

Jumaat, 25 Mei 2012

Review Blog

suhanAllah.lama sangat tak up date blog ni.malas nak up date,tak ada apa yang menarik nak share kat sini.first blog yang nak share dekat kamu yang baca ni,blog dena.rasanya tak terlambat kot nak ucapkan tahniah untuk rakan sebaya and bloger famous dena yang dah kawin pun.tahniah dena.lambat sangat wish.tak pe kan yang penting doakan awk yang baik-baik.




tersangat la sweet.and cara perkenalan mereka juga sangat baik dan sangat berlandaskan islam.love after marriage.nak tahu pergi blog puan dena and baca sendiri ya.




second blog.cik ifa,belajar dekat adelaide,dia ni ada saja idea yang nak share dekat pembaca cite pasal makan,pasal apa je la..and yang best nya apa saja dia tulis mesti ada orang komen atleast satu komen pun.suka mix and match,and photograper.yang penting apa saja dia pakai dia akan make sure benda tu bercirikan muslimah.maksudnya tak la terdedah sini sana.tu yang best tu.sedap mata nak tengok.and sangat rajin balas setiap komen,jadi kita akan rasa sangat dihargai kan.



and another blog kak fyna.orangnya canti.mak andam mesti la cantik kan.dia baru lagi dalam make up-make up  orang ni.and kak fyna tak sombong.tanya apa saja dia akan jawab.bloger famous,lebih famous dari cik lyssa hoho ~.jangan mara ha cik lyssa.blog kak fyna lebih pada make up tutorial,hijab tuorial.about healthy and tak banyak cerita pasal private life dia.nak tahu lebih pergi rajinkan tangan tegok sendiri.

bloger lelaki yang aktif berblog.hafizi aziz.sangat la pandai bab-bab edit-edot ni.banyak tuto about blog about lapy and macam-macam lagi ada kat situ.tengoklah header dia.cantik woo.aku pun tak khatam lagi nak buat header macam tu.ada juga doodle comel kat situ boleh ambil free lagi.kalau nak suruh dia buatkan doodle pun boleh,sometimes dia bagi free je and kadang berbayar ke tidak.aku kurang pasti.so sila rajinkan tangan untuk ke situ ya.


another bloger kak puteri.blog dia sudah berwajah baru.apa yang ada kat sini.dia bukanlah bloger famous.biasa saja,dia model kuuut.dia ada banyak petua nak mencantikan lagi muka kita ni.review produk and ada banyak lagi yang dia share.pergi blog kalau nak tahu.

itu saja setakat ni sekian terima kasih :P



















Sabtu, 28 April 2012

What happen to me..?

what happen to me..? nothing la,title je yang merapu bagi korang tertanya-tanya..lama tak hupdate blog sayang aku ni..i get a new life since a few months,kadang-kadang aku rasa aku tak ada life tau.nak tahu kenapa.rumah pada aku hanya tempat tidur and berehat bila malam.seawal jam 6 pagi dah bagun,solat,mandi siap-siap pergi kerja.lepas tu pukul 7 petang baru balik,sometimes sampai lapan malam baru balik.penat sangat aku tertunggu-tunggu bila semua ni nak habis.harap-harap aku dapat panggilan untuk masuk u nanti.tolong doakan aku,aku takut sangat kalau tak dapat.tolong ya.blog aku dah berubah wajah,simple and paling penting nampak la kematangan sikit,sikit je..agaga.oh ya sabtu lepas aku pergi sekolah sebab terpilih untuk ambil anugerah antara pelajar yang cemerlang untuk stpm 2011.walaupun aku tak la berpuas hati dengan result aku tapi atlest aku jadi antara yang terbaik.alhamdulilah syukur sangat.congrat to noi,bella,yun,and ika.nampaknya ika kau aku selalu ajar kau bila exam kau lebih dari aku,suka nya aku kau tau ika,rasa berbaloi kadang-kadang tu marah kau :P sebab lama tak menghupdate so entry ni agak panjang ya..hihihi.jom cuci mata.



muka cover depan dato'.nurveous kot.



cikgu pun dah macam student je.



dia sorang calon lelaki yang dapat anugerah tu.



nampak sangat pinjam.pegang pun salah.

bila masing-masing dah jumpa ni macam-macam cerita keluar sebab dah ada life masing2 kan.tapi ni belum cukup geng kot.aku rindu kat korang.rindu zaman sekolah,rindu nak pakai baju kuning tu.rindu sangat.the best moment ever.lepas ni masing-masing ada haluan sendiri.tapi tak pe,fon ada,facebook ada kita masih boleh contact.

miss u guys. T_T