Khamis, 27 September 2012

Rindu

family
dulu-dulu pagi,petang,siang,malam duapuluhempatjam sehari,tujuh hari seminggu nampak depan mata muka family sendiri.tak sempat nak rasa rindu.kadang-kadang rasa sakit hati,geram,bosan dengan adik-adik yang bising macam apa.sekarang sebulan sekali pun susah nak jumpa.tunggu cuti sem baru dapat jumpa dia orang ni.sekarang baru tahu rindu.sekarang baru tahu rasa susahnya hidup jauh dengan family,sekarang baru rasa sayang dia orang sangat-sangat,sekarang baru rasa sedih sebab duduk jauh,sekarang baru hari-hari telefon family,mesej dia orang.dulu bila pergi rombongan sekolah je pandai telefon mak ayah,adik-adik dengan nenek.tak pun sebab nak kirim barang dengan family baru telefon or mesej dia orang.sebelum tu tak terfikir pun nak call mak ayah masa dia orang rehat time bekerja,nak tanya dia orang dah makan ke belum.sekarang baru nak buat semua tu.waktu takkan boleh berputar semula.kalau boleh rasa nak gunakan waktu dengan betul untuk spend time dengan family.lepas habis belajar mesti kerja kan.belum tentu dapat kerja yang dekat dengan family.masa ni pula adik-adik dah sambung belajar.dah takkan sama masa masing-masing still belajar duduk dekat rumah lagi.time tu nanti confirm susah nak berkumpul sekeluarga.tapi itu la hidup,hidup akan terus ke hadapan bukan ke belakang.
sahabat
dulu satu sekolah,ke mana-mana sentiasa bersama,dulu selalu lepak-lepak gosip-gosip.dulu pakai baju  kuning tu sama-sama and selalu cakap bila kita ni nak habis stpm.dulu juga selalu membebel kalau tak puas hati dengan cikgu-cikgu.dulu juga selalu bergaduh dengan kawan-kawan sekelas kalau ada isu yang tak puas hati tu,dulu juga dok gelak sakan bila berkumpul ramai-ramai.dulu juga duk share apa nak beli bila nak buat aktiviti luar sekolah,tapi sekarang masing-masing jauh,dah tak ada dekat depan mata.ada yang dah kahwin,semua takkan sama macam dulu lagi.sekarang baru pandai rindu,dulu tak rasa pun.sekarang baru pandai nak mesej tanya khabar.dulu kalau tak ada benda penting susah nak mesej-mesej ni.sebab hari-hari jumpa.sekarang masing-masing mesti dah ada kawan baru dekat tempat baru,tapi kita takkan lupa kawan-kawan kita yang ni.maybe kita bukan je kawan tapi siblings.rindu nak macam dulu.rindu nak jadi budak sekolah lagi.rindu sangat..but hidup bukan kebelakang tapi ke depan.simpan sebagai kenangan. ):

Tiada ulasan: