Ahad, 1 Disember 2013

My Own Story- M.O.S

Assalammulaikum and hai. selamat hari minggu.apa khabar..aku tak tahu nak start macam mana lah. ishh.ishh. gedik kau ni. menyampah. aku kan suka kan dengar lagu. alah engko orang pun suka kan dengar lagu kan. tapi jangan sampai lagha ya adik-adik. tak boleh. hari tu jalan-jalan dekat youtube. boleh ea jalan-jalan. lepas tu kan. berapa banyak nak guna kann.kann ni. tengah hits lagu sandiwara cinta sekarang ni, aku suka dengar cover lagu-lagu ni daripada the real lagu, sebab kadang-kadang cover lagi sedap dari the real lagu. mihmihmih aku jumpa cover sandiwara cinta cover by M.O.S ni. hoii aku cakap dengan kau best lagi dari penyanyi asal dia tahu. hahaha jahat aku. video yang cantik, menyanyi tepi pantai. oh my cair iolss. mihmih lagha ni lagha. nah tengok sikit.



band ni popular jugak rasannya. tapi aku je baru tahu kot. kot lah. M.O.S standing for my own story. tiga orang ahli own,remy and kim. hoii siap tahu nama ahli dia. nampak sangat stalker terhebat aku. mihmih tak adalah dah dia orang bagi discription iolss baca lah kan. tapi tak tahu lah dekat telinga engko orang best ke tidak sebab telinga lain-lain kenss. cukup lah. ni pun rasa dah panjang menulis ni.



macam mana nak contact dia orang :
fb page : M.O.S
twitter : M.O.S
youtube : M.O.S

terima kasih sudi baca ;)

Jumaat, 29 November 2013

Diam. Fikir. Pangkah

Assalammulaikum.

hari mengundi mahasiswa/i sini
aku sudah,
aku yakin apa aku pangkah,
aku faham apa aku pangkah,
sebab aku sudah jadi
mahasisiwi pertengahan,
sudah faham politik kampus.

aku pangkah pakai doa,
pakai otak,
pakai akal,
aku fikir,
bukan aku terpengaruh,
dengan cakap jerit-jerit,
mereka yang bertanding,

aku tak minta banyak,
yang menang, cuba
penuhi manifesto,
tak dapat semua,
separuh pun sudah,
sebab,
aku faham,
kalian juga mhasiswa,
kadang-kadang di pandang rendah
oleh mereka yang lebih tinggi.

yang kalah,
jangan rasa sudah kalah,
kalau niat benar ikhlas,
kalah bukan masalah.
kalau kalah bukan tidak boleh berjuang.
teruskan jangan berhenti.

aku suka, gembira,
aku pangkah mereka,
dan,
mereka menang.
alhamdullilah,

ingat kemenangan itu ujian,
ada amanah besar atas bahu itu,
aku hanya pemerhati senyap,
aku bukan diam tidak ambil tahu,
aku sokong kalian,
dengan cara akau sendiri,
tahniah sahabat.
moga bawa perubahan untuk kami.


#hari mengundi UM.

Ahad, 27 Oktober 2013

#Semester 2 Part 1

Assalammulaikum. Hai.

Ehe orang dah masuk semster 3 dah ni, dah nak cuti mid sem dah ni. kau baru nak update pasal semester 2. kau tahu aku malas nak menaip, minggu depan dah midsem untuk sem 3 ni. dah sem 3 aku, lagi 3 sem grad. kejap sangat rasa. lepas grad buat apa ya ? mihmihmih kenapa kau gigih sangat nak update citer kau kat uni nih ? kau tahu lah aku rasa hidup kat uni best, macam2 benda baru kau boleh explore, kau rajin dengan tak je. kalau ada rezeki sambung master ke apa, feelig lain tak sama macam fisrt degree nih. sebab tu gigih nak taip, esok2 sampai ke anak, cucu cicit aku boleh baca. semeter 2 dia macam pendek sikit, lepas tu aku banyak ambik subjek praktikal kan. lepas tu macam busy sikit, tak sikit tapi banyak jugak lah. ada dua projek besar, haha besar la sangat, aku join. satu minggu ilham seni, satu lagi kembara seni. ni semua program fakulti,dekat kolej kediaman aku memenag ta aktif ea, masuk bilik untuk aku tidoq je. muhehehe entry ni banyak gambar.


ni semua masa pameran seni. aku kena buat tiga projek and aku totally terlibat 100% dengan pameran nih. aku kena buat topeng, anyaman, tembikar dan batik. amek kauu. penat tok sah citer, serabut dia tok sah citerr. aku kan jenis tak percaya tau, tak percaya macam mana ea, macam masa stress2 nak buat semua binatang ni aku macam, wat lex, wat cool je. tapi bila siap dah semua, aku macam tak percaya, eh aku siap semua benda2 nih. eh wat lex, wat cool aku pun siap semua nih. hahaha kau adik-adik jangan amalkan sangat wat lex, wat cool gini, nanti kalau siap tak pe, kalau tak siap, kau nak repeat paper, takkan. pameran ni berlangsung seminggu, tapi preparation dia dalam sebulan lebih jugak aku tak ingat. dah lah sem ni pendek, kena buat gini, waduh sebab tu aku tak percaya aku boleh siap gini. dalam sebulan tu aku kena buat topeng tu, kena buat batik lagi, kena buat tikar anyaman lagi, kena buat tembikar lagi lepas tu untuk seni persembahan kena berlakon lagi. memang betul2 hambik kauu. dalam seminggu start ahad ada dinner kolej, dalam tempoh tu jugak ada pameran, ada lakonan. dah la berlakon praktis tiap2 malam. penat tok sah cite, sebab partner aku sorang best friend aku nisa, sorang lagi student dari china. faham2 je lah, nak ajar dia cakap melayu lagi. huehehe aku macam dah malas taip je. sambung nanti boleh. sambung bab lakonan, kembara seni, dengan dinner kolej. eh aku tak percaya aku boleh taip panjang gini. eh. eh. eh

Sabtu, 19 Oktober 2013

La Tahzan

Assalammulaikum and hai.

lama tak update blog, rasa lain. dua bulan macam-macam boleh jadi. hari ini 19hb genap sebulan nenek aku meninggal dunia. sejujurnnya aku tidak pernah bersedia menghadapi kematian ini. aku lagha, leka sehingga lupa hidup pasti mati. nenek sangat rapat dengan aku. terlalu rapat. sesungguhnnya aku sangat merindui dia. sangat. alhamdullilah allah beri aku kekuatan untuk redha, redha dengan kematian ini. walaupun perit, pahit, sakit. janji allah pasti. hidup lawan dia mati. aku entah bila, esok, lusa, atau mungkin malam ini. bersediakah aku ? aku dan allah sahaja tahu. al-fatihah untuk nenek.

alhamdullilah semester baru bermula sudah. mungkin selepas ini aku akan aktif berblog semula. mungkin. blog mengajar aku menjadi manusia, untuk kenal kawan dan lawan. oh ya, blog ini sudah berubah kah ? nak drop link tak boleh short cut dah. tahu macam mana ? kalau tahu bantu aku.

untuk giveaway itu, aku mohon maaf, penyertaan hanya tiga orang, jadi aku putuskan untuk batalkan giveaway itu. in syaa Allah ada rezeki aku akan buat lagi lain kali. sudah sampai sini saja, nanti aku tulis lagi. asslammulaikum.