Jumaat, 29 November 2013

Diam. Fikir. Pangkah

Assalammulaikum.

hari mengundi mahasiswa/i sini
aku sudah,
aku yakin apa aku pangkah,
aku faham apa aku pangkah,
sebab aku sudah jadi
mahasisiwi pertengahan,
sudah faham politik kampus.

aku pangkah pakai doa,
pakai otak,
pakai akal,
aku fikir,
bukan aku terpengaruh,
dengan cakap jerit-jerit,
mereka yang bertanding,

aku tak minta banyak,
yang menang, cuba
penuhi manifesto,
tak dapat semua,
separuh pun sudah,
sebab,
aku faham,
kalian juga mhasiswa,
kadang-kadang di pandang rendah
oleh mereka yang lebih tinggi.

yang kalah,
jangan rasa sudah kalah,
kalau niat benar ikhlas,
kalah bukan masalah.
kalau kalah bukan tidak boleh berjuang.
teruskan jangan berhenti.

aku suka, gembira,
aku pangkah mereka,
dan,
mereka menang.
alhamdullilah,

ingat kemenangan itu ujian,
ada amanah besar atas bahu itu,
aku hanya pemerhati senyap,
aku bukan diam tidak ambil tahu,
aku sokong kalian,
dengan cara akau sendiri,
tahniah sahabat.
moga bawa perubahan untuk kami.


#hari mengundi UM.

Tiada ulasan: