Ahad, 27 Oktober 2013

#Semester 2 Part 1

Assalammulaikum. Hai.

Ehe orang dah masuk semster 3 dah ni, dah nak cuti mid sem dah ni. kau baru nak update pasal semester 2. kau tahu aku malas nak menaip, minggu depan dah midsem untuk sem 3 ni. dah sem 3 aku, lagi 3 sem grad. kejap sangat rasa. lepas grad buat apa ya ? mihmihmih kenapa kau gigih sangat nak update citer kau kat uni nih ? kau tahu lah aku rasa hidup kat uni best, macam2 benda baru kau boleh explore, kau rajin dengan tak je. kalau ada rezeki sambung master ke apa, feelig lain tak sama macam fisrt degree nih. sebab tu gigih nak taip, esok2 sampai ke anak, cucu cicit aku boleh baca. semeter 2 dia macam pendek sikit, lepas tu aku banyak ambik subjek praktikal kan. lepas tu macam busy sikit, tak sikit tapi banyak jugak lah. ada dua projek besar, haha besar la sangat, aku join. satu minggu ilham seni, satu lagi kembara seni. ni semua program fakulti,dekat kolej kediaman aku memenag ta aktif ea, masuk bilik untuk aku tidoq je. muhehehe entry ni banyak gambar.


ni semua masa pameran seni. aku kena buat tiga projek and aku totally terlibat 100% dengan pameran nih. aku kena buat topeng, anyaman, tembikar dan batik. amek kauu. penat tok sah citer, serabut dia tok sah citerr. aku kan jenis tak percaya tau, tak percaya macam mana ea, macam masa stress2 nak buat semua binatang ni aku macam, wat lex, wat cool je. tapi bila siap dah semua, aku macam tak percaya, eh aku siap semua benda2 nih. eh wat lex, wat cool aku pun siap semua nih. hahaha kau adik-adik jangan amalkan sangat wat lex, wat cool gini, nanti kalau siap tak pe, kalau tak siap, kau nak repeat paper, takkan. pameran ni berlangsung seminggu, tapi preparation dia dalam sebulan lebih jugak aku tak ingat. dah lah sem ni pendek, kena buat gini, waduh sebab tu aku tak percaya aku boleh siap gini. dalam sebulan tu aku kena buat topeng tu, kena buat batik lagi, kena buat tikar anyaman lagi, kena buat tembikar lagi lepas tu untuk seni persembahan kena berlakon lagi. memang betul2 hambik kauu. dalam seminggu start ahad ada dinner kolej, dalam tempoh tu jugak ada pameran, ada lakonan. dah la berlakon praktis tiap2 malam. penat tok sah cite, sebab partner aku sorang best friend aku nisa, sorang lagi student dari china. faham2 je lah, nak ajar dia cakap melayu lagi. huehehe aku macam dah malas taip je. sambung nanti boleh. sambung bab lakonan, kembara seni, dengan dinner kolej. eh aku tak percaya aku boleh taip panjang gini. eh. eh. eh

3 ulasan:

Aisha Fauzi berkata...

Salam. Saya blogwalking sini dan follow awak :)

Awak suka join contest / giveaway / segmen di blog atau facebook tak ? Kalau ya, jom singgah blog saya sambil usha banyak giveaway menarik dengan tawaran hadiah yang sangat awesome !

Jangan lepaskan peluang anda untuk memenangi barang mahal secara free xD banyak hadiah menarik seperti tudung, shawl, dress, jubah, cash money, teddy bear dan macam-2 lagi ^^

Selalu-selalulah jenguk blog saya untuk tengok update giveaway yang terbaru dan HOT. Kalau taknak terlepas mana-2 giveaway baru yg diupdate, jemput follow blog / bloglist blog saya sekali. Tiada paksaan :)

King Of Contest - http://twinkleeestar.blogspot.com/

Cik Mun berkata...

hehehe..orang seni ni..kreatip2..

Sharifah Syahirah berkata...

Cik Mun : kreatip lah sangat. hehehe