Sabtu, 19 Oktober 2013

La Tahzan

Assalammulaikum and hai.

lama tak update blog, rasa lain. dua bulan macam-macam boleh jadi. hari ini 19hb genap sebulan nenek aku meninggal dunia. sejujurnnya aku tidak pernah bersedia menghadapi kematian ini. aku lagha, leka sehingga lupa hidup pasti mati. nenek sangat rapat dengan aku. terlalu rapat. sesungguhnnya aku sangat merindui dia. sangat. alhamdullilah allah beri aku kekuatan untuk redha, redha dengan kematian ini. walaupun perit, pahit, sakit. janji allah pasti. hidup lawan dia mati. aku entah bila, esok, lusa, atau mungkin malam ini. bersediakah aku ? aku dan allah sahaja tahu. al-fatihah untuk nenek.

alhamdullilah semester baru bermula sudah. mungkin selepas ini aku akan aktif berblog semula. mungkin. blog mengajar aku menjadi manusia, untuk kenal kawan dan lawan. oh ya, blog ini sudah berubah kah ? nak drop link tak boleh short cut dah. tahu macam mana ? kalau tahu bantu aku.

untuk giveaway itu, aku mohon maaf, penyertaan hanya tiga orang, jadi aku putuskan untuk batalkan giveaway itu. in syaa Allah ada rezeki aku akan buat lagi lain kali. sudah sampai sini saja, nanti aku tulis lagi. asslammulaikum.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila pemenang GA like and invite akn diumumkan?

aishah berkata...

Salam. Saya siggah sini :)
Btw nak mintak tolong klik link di bawah ni dan press button LIKE :)

https://www.facebook.com/aishah.fafa/posts/550188008409273

Terima kasih sudi tolong ^o^