Jumaat, 27 Jun 2014

Tips Kuruskan Badan Dalam Bulan Ramadhan.

Assalammualaikum dan hai !

Alhamdulilah lagi sehari nak puasa dah ! yeayy. dulu kecik-kecik rasa macam alaa puasaa, lepas tu hari-hari kau tengok calendar bila nak puasa. Sekarang bila dah besar memang tunggu-tunggu puasa, rasa best puasa, rasa biar lah lambat-lambat nak habis bulan ramadhan. sebab kita dah faham ganjaran kita dapat masa puasa, semua extra Allah bagi. rasa sayang dengan ramadhan. Tapi aku tak nak cite pasal kerohanian ke benda, kau nak tak turun berat badan masa puasa ? gila tak nak kan, raya badan kurus molek ramping je. hehe tahun lepas raya aku badan berisi, tak tahu silap kat mana i ni. Jom kak syira kau ni bagi tips kurus masa puasa.

1. Jenis Makanan.
Ni paling penting rasanya, cuba masa puasa ni betul2 pilih makanan yang berkhasiat sikit. Tapi dalam berkhasiat tu tetap mengeyangkan. macam oat, ikan, sayuran, buah-buahan, dan susu. Sebenarnya diet yang betul ni bila kau tahu jumlah kalori dalam setiap makanan dan jumlah kalori yang perlu kau ambil. Biasanya untuk bab-bab kira kalori ni aku selalu rujuk blog ni www.kalorimakanan.com insyallah membantu sangat lah. Kalau kena gaya dengan cara kira kalori ni,kau cepat kurus tau. lagi satu cuba avoid makanan berlemak, air gas tu tak payah lah gula tinggi, makanan banyak gula, banyak garam, banyak perasa. semua tu tak elok. elakkan. Lagi bagus tak ambil nasi, contoh kau sahur dah makan nasi, buka tak payah ambil nasi. kalau ikut tips kevin zahri, nak diet makan segengam nasi je, bukan sepinggan. haha sebab nasi ni ada lebihan kanji gitu, lemak banyak. kalau nak bagus ambil beras perang tau beras yang kurang kalori tu, bagus sangat. tapi mahal sikit.

2. Kuantiti Makanan
Dah nama dia puasa, memang paham sangat lah lapar sehari kan, time nak buka tu kau kalau boleh nak minum 1 jug air, makan 1 periuk nasi. kann ? jangan gituu cuba kawal nafsu makan tu, makan sikit je dulu masa berbuka. Ambil kurma dulu 3 biji, ambil air 1 cawan dulu sebelum makan, elakkan air ada ais, tak elok untuk diet dan untuk badan. Minum lah susu ke, milo ke, teh ke. Lepas tu ambil makanan berat sikit, macam nasi segenggam ke, bubur nasi sikit ke, sup sayur, ikan rebus. Manis-manis ni elakkan. Makan dalam kuntiti sikit. rasanya tips paling elok sila stop makan sebelum korang rasa kenyang. Islam pun ajar macam ni kan. Kalau makan banyak nanti nak terawih dah tak boleh dah, senak je perut tu. Kalau lepas terawih rasa lapar, try minum susu ke, makan oat ke, ke makan biskut rendah lemak tu. 

3. Senaman.
Ada exersice yang sesuai kau boleh buat masa bulan puasa, kalau jogging, renang ke, gym ke mungkin tak larat masa siang hari tu kan. Ambil cara lain. Untuk ni nanti aku up entry lain ya.

4. Jangan stress.
Elakkan stress, cuba diet dengan cara relex, jangan bagi tekanan dekat badan korang. Buat macam biasa je, amalkan permakanan seimbang tu, bulan puasa siang dah tak makan jadi advantage untuk korang nak turunkan berat kan. Satu lagi masa bulan puasa ni kan, banyak makanan yang tak ada time bulan puasa akan muncul pada bulan puasa ? macam mana ? aku pun nak makan jugak. Ambil je lah, jangat serabut kepala, makan je apa makanan yang kau rasa nak tu. tapi jaga kuantiti dia, kalau manis sangat cukup ambil sikit je.

5. Minum air kosong dengan cukup.
Puasa bukan alasan untuk korang tak minum air putih dengan banyak. Cuba amalkan atlest 3 liter sehari, paling cikai 1.5 liter sehari, sebelum sahur ambil lah 2,3 gelas, masa berbuka ambil lagi 2,3 gelas, nanti masa terawih bawa bekal air putih pun tak pe, lepas terawih minum lagi 2,3 gelas. Yelah paham kan puasa ni, susah nak cukup 3 liter sehari, tapi make sure jugak sehari tu kau tetap minum air putih. Jangan sebulan puasa air putih tak sentuh langsung. not good !

6. Makanan Tambahan
Untuk yang ada duit sikit kau boleh ambil suppliment tambahan untuk tenaga ke, ambil jus kurma ke Vitamin, bulan puasa ni kurma banyak kan. apa kata kau amalkan makan kurma banyak-banyak, kurma walau manis, manis dia banyak sangat khasiat. Insyallah tak kencing manis punya. Makanan sunnah kan. 

Ok ni je lah kot yang aku tahu sikit-sikit. Yang pasal senaman masa puasa tu nanti aku upentry ya. Aku memang target nak kurus puasa ni, jom kita kurus sesama lah. Tapi ingat ya, kau jangan obses sangat nakkurus sampai lupa amal ibadat segala, tengok balik puasa ni ramadhan ni untuk kita, masa ni nak tpup saham akhirat bebanyak. ahad puasa oii selamat berpuasa semua ! jangan ponteng, aku ponteng tak pe. Allah bagi cuti. hahaha !


sumber kredit pada blog INI dan INI


7 ulasan:

Shark Kay berkata...

kurus sambil diie di bulan puasa.
bukan tahan lapar dan dahaga semata2.

follower baru disini :)

Cik Sweet Pea berkata...

Aah...puasa paling mudah nak kuruskan badan...harap dapatla kurangkan kilo2 badan ni....hehehe

athiqi ariff berkata...

yg penting slps berbuka dan brsahur jgn duk brehat/tidur lak,kalau x mmg makin bum bum la..hehe

Cik Kyra berkata...

Btol2.. bgus info ni,, yang penting kita cari solusi untuk turunkannya kan? :) im new follower disini..

Zuhaira Nasrin berkata...

Nice tips! Minum air putih banyak2 :)

Btw,jom join GA ni. Hadiah menarik!
http://eyranasrin.blogspot.com/2014/06/big-big-june-birthday-giveaway-by-rara.html?m=1

aswa leyla berkata...

leyla nak makan pon da kurus dah . btw dtg follow cni dari segmen review by syira . kalau sudi dtg la ke blog leyla pulak .

Maria Firdz berkata...

Nice sharing... Ni kesan smpingn berpuasa tpi jgn niat puasa sbb nk kurus je...tkut kurus phala... Hehe...

By the way... Dtg ziarah dr blog syiralokman... :-)