Rabu, 26 Jun 2013

Adat dan Ibadat. masalah..?

Assalammulaikum yoo.

apa khabar. jerebu dekat tempat korang ok dah..? kl more better. i have two paper before i merdeka for this sem. wish me luck guys. bapak la skema ayat. phuii sikit. mungkin entry aku kali ni agak sensitif sikit. mungkin. tapi kau kena percaya, tolong percaya ia ikhlas datang dari lubuk hati gua yang paling dalam.paling dalam. hiperbola. and what i want to say it just my opinion ok, my own opinion. kita sebagai orang melayu memang berpegang kuat dengan adat right. biar mati anak jangan mati adat. dulu cikgu dekat sekolah aku bilang, pepatah ni dah cukup bagi tahu, betapa besar kuasa adat dalam masyarakat orang melayu. dan aku sangat setuju pasal benda ni.

masalahnya hari ini ialah, adat ini kadang-kadang mengatasi agama. percaya..? mari aku buktikan. aku pun tak tahu adakah salah adat itu, atau sifat manusia sendiri. aku ambil satu contoh, perkahwinan. dalam islam, perkahwinan itu cukup sekadar nikah sahaja. dah sah dah jadi husband, wife. dah boleh swett-sweett dah boleh post gambar sweet dah boleh makan sweet sampai kencing sweet. dah boleh dah semua tu. but guess what. dalam adat perkahwinan bukan sahaja bernikah tapi mesti bersanding, mesti. kalau mampu, tak ada masalah besar pun, tak ada. kau boleh bersanding sampai 7hari 7malam. boleh. tapi apa akan jadi kalau tak mampu.

bergolok bergadai, sebab nak sanding. eh aku rasa ni bukan salah adat, tapi manusia tu sendiri. kalau tak mampu jangan dibuat, tak ada masalah pun. sah kau kahwin kalau tak ada adat bersanding tu. tapi orang sekarang, kalau tak sanding macam tak lengkap, ya memang tak lengkap. pelamin, mak andam, bla..bla..bla.. kau ingat  limaratus cukup..? aku tak rasa cukup. buat la sekadar mampu. belum cerita hantaran. kalau kerja biasa-biasa lepa tu mak ayah mertua mintak sepuluhghibu. pengsan la kau. tak ada sepulhghibu kau tak boleh kawin. tak boleh. bukan ke islam cakap, perkahwinan yang berkat adalah perkahwinan yang rendah maharnya. mungkin kau lupa, sebab kau dah terikut dengan adat. eh bukan adat, tapi nafsu, ya nafsu. disebabkan tak boleh kumpul duit hantaran, jadi pulak masalah lain. mereka dengan sendiri meghalalkan hubungan mereka tanpa nikah. yang nanti keluar pula anak-anak kecil cute miut yang tak ada dosa tu. masa tu tahu pula malu. aku memang tak faham dengan benda cenggini.

kau takut orang sekeliling keji kau, pandang rendah sebab hantaran rendah. chill beb. kau takkan boleh hidup kalau dengar cakap tak berfaedah orang sekeliling kau. percaya dan yakin la dengan diri kau sendiri. pensyarah aku pernah bilang, kahwin cukup la dengan nikah, buat kenduri kecil-kecil, nak sanding letak dua kerusi meja makan dan sanding lah kau. apa yang penting adalah hidup lepas kahwin bukan. lepas kahwin nak bina keluarga perlu duit juga. kahwin bukan setakat hari nikah, sanding. tak. kadang-kadang aku kesian dengan orang-orang lelaki yang perlu kerja mati-mati semata nak bagi hantaran berpuluhghibu dekat bakal bini dia. ustaz azhar pernah kata, kalau isteri tu solehah berbaloi la beghibu tu. 

kalau kau mampu, tiada satu masalah pun untuk kau. bersanding lah. buat lah majlis sebesar mana kau nak takkan ada yang halang. sebab kau mampu. ukur baju dibadan sendiri. yang wajib dahulukan. jangan terlalu nak ikut adat nafsu kau tu. nanti kau juga yang parah. adat tak pernah salah, dan adat tak pernah mewajibkan pun, semua letak pada manusia tu sendiri. apa aku tulis adalah pendapat aku sendiri, melalui pembacaan aku, tak ada kaitan dengan siapa pun. esok exam doakan aku. tido dulu. bye-bye.


2 ulasan:

Unknown berkata...

Aah, sebenarnya seseorang tu sendiri yang patut ukur baju di badan sendiri. Kalau tak mampu jangan buat. Tak pasal-pasal lepas kahwin terus jadi papa kedana pulak kang.


Anyway, di sini ada jual Al-Quran Pelangi : http://nadyabubble.blogspot.com/2013/07/rainbow-al-quran-al-quran-pelangi.html

Unknown berkata...

Nadya : hidup selepas kahwin tu lagi penting kann :)