Isnin, 25 Februari 2013

Hargai Orang Lain.

Assalammualaikum and hai guys,

di doakan semoga awak sentiasa di dalam rahmat Allah.. ? 
yeayyy apa topik malam ni..hargai orang lain..lets talk... (: nak hargai siapa..? orang sekeliling kita semestinnya. terutama mereka yang kecil-kecil. siapa mereka..? mak cik tukang cuci tandas dekat kolej kau, kakak kantin dekat sekolah adik-adik, mak cik mop lantai dekat mid valley, pak cik bawa bas um dan bla..bla..bla..kenapa nak hargai dia orang. penting ke dia orang tu. kita selalunnya mengecil-gecilkan mereka. kann. bukan kita, tapi sesetengah orang. menggangap kerja mereka tak mulia, menggangap mereka tak setaraf dengan kita yang ada degree.. yooo baru degree yooo. kenapakah ada fikiran macam tu..? manusia semakin hari kan semakin pelik..tahu tak kau mereka penting, kalau tak ada mak cik cuci tandas, kau sanggup nak cuci tandas tu, kalau tak ada mak cik mop lantai, kau tak rasa ke tempat tu akan jadi berhabuk, tak bersih, kalau tak ada pak cik tukang kutip sampah, kau tak rasa akan berbau busuk ke tempat tinggal kau, kalau tak ada akak yang kerja kilang tu, kau nak pergi kerja kat situ. kau kan ada degree nak ke kerja macam tu.. -_-

macam mana kita nak hargai mereka. cukuplah dengan tunjukkan rasa hormat kita pada mereka, kalau kita boleh ucapkan terima kasih lagi elok. mak cik tukang bersihkan tandas kat kolej kediaman bila aku cakap terima kaish dia senyum je. see dia suka kan bila kita hargai mereka. rezeki mereka in sya Allah halal. siapa kita nak membeza-bezakan mereka kann. kalau rasa berat nak ucap terima kasih, atleast senyum la sikit dekat mak cik mop lantai dekat mana-mana je la. lagi satu jangan hina akak kerja kilang tu. aku tahu ada lagi orang kita yang remeh-remehkan kerja macam tu. alahai minah kilang.. ? sedar tak anda kalau tak ada dia orang siapa yang akan melancarkan proses pengeluaran barang ke makanan ke..siapa..? barang ke, makanan ke, siapa yang guna kalau bukan anda. pernah tak terfikir kalau pakcik tukang bawa lori sampah, tukang kutip sampah buat mogok, siapa yang nak kutip sampah tu, siapa..? hargai la mereka, jangan hina jangan pandang rendah. allah itu adil, dia membahagikan pekerjaan dengan baik, hidup akan jadi lancar dengan adannya makcik tukang sapu sampah sampailah dokter dekat hospital. akan jadi seimbang, kalau semua orang ni jadi dokter siapa pula nak jadi tukang kutip sampah, maka berbau busuk la satu dunia ni. fikirkan. yang baik dari allah, yang buruk dari aku.. selamat malam, jumpa lagi..


2 ulasan:

Shazwani Othman berkata...

betul tu.sekarang ni susah nak tengok orang yang ucapkan 'terima kasih' pade orang lain..

Sharifah Syahirah berkata...

cik serious : dua perkataan je 'terima kasih', thank you tu punn susah.