Isnin, 26 Disember 2011

No title.

wah musim cuti memang tersangattt membosankan.lagi-lagi aku yang baru habis stpm ni.bosan sangat la.dekat rumah siap je kemas-kemas rumah,masak segala nya.....psttttt budak rajin ni.ah perasan la. mula la aku on line.dah bosan dengan facebook aku blogwalking dekat mana-mana blog yang aku jumpa.jalan-jalan jumpa la blog dena ni..done follow.siapa dia ni aku pun kurang pasti sbb baru first time sampai dekat blog dia.tapi apa yang buat aku tertarik sangat ialah cerita pertunangan dia yang aku rasa boleh dijadikan contoh yang sangat baik.walaupun baru berusia 19 tahun..eh samalah kita 19.cerita pertunangan dia agak menarik,bukan hot ke apa.nak tahu korang pergi la blog dia.and jangan lupa tengok video I'm Proposed tu.sangat terharu aku yang tengok ni.jodoh yang diatur oleh ibu bapa ni kadang-kadang tak la buruk sangat.and yang paling penting cerita dia boleh jadi panduan dan motivasi dekat remaja di luar sbb dia pun masih remaja lagi.termasuklah panduan untuk aku sendiri.jodoh yang terbaik datangnya dari allah bukan dari nafsu manusia yang hanya ingin memiliki kesempurnaan sahaja.semoga jodoh dena akan kekal hingga ke janah.semoga aku juga dikurniakan lelaki yang boleh membimbing aku dunia dan akhirat.aminn.

Tiada ulasan: