Khamis, 1 Mei 2014

Beucure - #Krim Muka No 1 Asia

Assalammualaikum and Hai.


Selalu muka orang tengok dulu, orang jumpa kau dia tak ada tiba-tiba nak tengok perut kau dulu. tak ada. Jadi jaga muka molek2, biar kau yakin je. Pernah tak kau rasa nak cari krim muka yang bau wangi, teksture best je, lepas tu boleh hilangkan masalah kulit kusam, berparut, jerawat, jeragat, berminyak, dan semua masalah kulit yang comman tu lah kann. Pernah tak ? aku memang tercari-cari krim muka yang bukan setakat nak putih je, tapi semua boleh. Lepas jumpa Beucure ni terus aku jatuh cinta. Eh sebelum cerita lebih  kita kenal dulu dengan owner produk. Siapa yang selalu baca blog aku mesti tahu. Aku kalau nak jual apa2 beauty product ke, apa pun aku mesti kena tahu siapa owner produk, kalau tak tahu aku tak yakin. Sebab melalui owner juga kita boleh tahu kualiti produk tu kan. ye dak.





*Kak Yuyu, Abg Mejah kalau keberakan letak gambar sini PM syira :D

Suami isteri yang sangat cool.  Maybe ada yang kenal laki dia Hamzah Ian, blogger jugak, seangkatan dengan Nisa kay. Blog terbang tinggi-tinggi. Ok cerita produk pulak ya. Kak yuyu pun blogger.


Kenapa Krim Muka Beucure ni special sangat ?

✔Semestinya HALAL JAKIM & LULUS KKM

✔ Mengecutkan dan mencegah jerawat dari datang lagi

✔ Memperbaiki penampilan kulit yang pucat dan kusam

✔ Menjadikan kulit halus, lembut, putih dan bersih ,sekatakan tona kulit

✔Menghaluskan kulit ,hilangkan sel mati,anjalkan kulit,hapuskan jeragat.

✔ Melembapkan dan membantu merawat masalah kulit kering 

✔ Mengunakan ''SWISS TECH''

✔ Mengandungi argan oil,almond oil,apple stem cell yang khas utk rawat kulit

✔ Kaya sekayanya dengan PURE VIT C(10 kali ganda lebih bagus dari collagen)

Kandungan :


HARGA : RM110.

TAPI. Special Price aku bagi untuk korang bloger2 atau bukan bloger pun boleh. Mesej aku di FACEBOOK dan bagi tahu "saya nak nak Beucure. Saya dari blog awak syira"

Special Price ni akan buat korang rasa terharu punya. haha sampai korang akan cakap. woi syira kau tak nak untung ke hapa ? haha ingat keywords tau. 

Rabu, 30 April 2014

Kuala Lumpur

Assalammualaikum and Hai.

Sebelum aku cerita mohon tonton video ni KLIK. Kalau korang nak tahu, aku memang cita-cita dari dulu lagi nak duduk KL, sejak bila cita-cita ni jadi aku pun tak tahu. Maybe sebab aku selalu sangat cakap aku nak duduk KL, 40 kali kot aku sebut, tu makbul tu. haha Belum la duduk secara tetap, tapi aku study kat sini kan, jadi 3 tahun ni hidup aku banyak habis kat KL. KL memang familiar dengan aku, sejak kecil bape puluh kali aku pergi KL, tapi biasanya pergi tak lama, paling lama seminggu. Sebab aku ramai sedara mara kat sini.

Untuk aku KL ni best, sebab semua kemudahan ada depan mata, nak pergi mana-mana tak ada kereta tak ada motosikal, tak ada masalah apa pun. Public transport banyak sangat. LRT, Komuter, Monorail, Teksi, Rapid Bas. Dalam banyak-banyak ni aku selesa naik LRT la, lajuu je. haha Lepas tengok video dekat atas tu rasa terharu sebab aku duduk Kl, sikit tak banyak aku dah familiar dengan semua tempat yang dekat KL. 

Tapi macam orang kata Hujan Emas biarlah dekat negeri sendiri. Rumah dekat kampung tu la paling best aku rasa. KL ni kadang-kadang kau akan rasa sakit duduk sini, ye lah kebanyakan benda mahal, mat-mat nyah pun boleh tahan, jem petang-petang tu lagi. kalau shoping, Yes Kl best, banyak yang murah dari tempat aku sendiri. Antara banyak-banyak tempat aku dah pergi ada some places yang aku teringin nak pergi but posible dapat pergi atau tak tu tak tahu lah aku. hehe Antaranya


Rumah Biru Kampung Baru. Kalau korang perasan dalam drama-drama Malaysia, Filem-filem, banyak scene dekat rumah ni. Rumah ni biasa je, tapi view dia cantik sangat. Dan aku rasa owner rumah ni kaya sebab rumah kerap masuk tv, sekali masuk entah berapa dibayar kann. haha Aku selalu Kampung Baru makan je lah. Tu pun suh member aku tapau kan. Bubur jagung kampung baru sedapnyaaa.


Bukit Ampang. Nak tengok view KL Bukit Ampang lah paling best. Nampak keseluruhan KL, aku memang nak sangat pergi dekat sini. Kalau boleh nak pergi waktu siang dengan waktu malam. Haihh bestnyaa.


Menara TM. Dari Universiti Malaya ni nak ke menara TM jalan kaki pun boleh rasanya. Tapi nak masuk menara ni mana boleh suka-suka. Aku nak naik tingkat atas sekali. Woii mesti best. Kenapa aku nak sangat naik menara ni ? sebab aku geram selalu aku boleh tengok je dia. haha Yelah bangun tido keluar bilik, aku nampak dia dulu, nak pergi kelas nampak dia, kalau balik kampung nak mai UM semula, nampak dia dulu. Selalu kan aku nak balik kampung aku cakap macam ni " Bye2 KL, Bye2 Menara TM lagi dua minggu kita jumpa" haha bajet menara tu rindu ke aku lah kann.

Aku tak tahu nanti aku dapat kerja mana. Kalau dapat KL pun aku suka, yela tempat jatuh lagi dikenang kann. Aku harap lah sebelum aku keluar dari KL dapat pergi tempat2 ni. Tak nak Mid Valley, tak nak Masjid India, tak nak Times Square, tak nak Sungai Wang. Tak nak sebab biasa pergi. Nak pergi tiga atas tu. huu. Salam 1 Rejab, Jumpa Lagi.

Sabtu, 26 April 2014

Diet Atkins

Assalammualaikum and Hai.



Aku stress sekarang ni. Aku ada handle satu event dekat fakulti, lagi seminggu je event tu. Selagi tak lepas majlis tu, selagi tu aku stress. Haihh cepat lah habis. motip nak cerita kat korang ? 

Eh hari ni nak cerita pasal apa. Sekarang kan, bukan sekarang lah sejak dari dulu lagi semua orang nak diet, nak badan kurus molek cantik. Siapa tak nak. Dekat wall aku, dekat page penuh dengan info pasal Diet Atkins. Apa kebenda diet ni ?
sumber : google

Atkins ni satu corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr Robert C. Atkins M.D untuk tolong orang untuk turunkan berat badan menggunakan konsep pembakaran kabohidrats. Maksudnya secara ringkas aku nak cakap kat sini, Atkins ni dia ambil makanan yang tinggi dengan protein dan kurangkan kabohidrat. Setahu aku atkins tak boleh makan nasi, mee, atau kabohidrat lain. Means bukan tak boleh makan terus, tapi sehari atlest ambil 20carbs je utuk karbo tu. ( kalau salah betulkan ). 

Tapi ikutkan satu pinggan nasi penuh tu sama dengan 88 gram carbs, kalau 1/2 pinggan tu 22 gram carbs. Jadi memang kena avoid nasi lah. Mula-mula aku macam. Ish tak makan nasi ? Jadi apa kau kann. haha tapi aku tengok orang lain boleh je.

Atkins ni mula-mula aku google, ramai kata tak ok. Sebab yelah dia lest cabrs dan ambil banyak protein. Tapi pada aku, apa cara kita nak kurus mesti ada ilmu, nak amalkan Diet Atkins ke, diet Kehvin Zahri ke. Boleh saja, yang penting tahu dan  kaji dulu pasal diet tu.


Masuk paper lagi. Akak yang tudung pink tu aku kenal, Kak mariana. Memang kau tengok dia kau ajaib sekejap. Beza dulu dengan sekarang. Kalau kita diet ni banyak benefit sebenarnya, badan sihat, nak cari baju senang, nak bergerak senang. Kalau kita gemuk ni mcam -macam penyakit boleh datang. Tapi janganlah hina orang-orang gemuk ya, diorang tak minta pun jadi gemuk. Aku rasa diorang pun mesti nak kurus, tapi tak tahu macam mana. Maybe boleh try diet atkins ni. Siapa tahu boleh ubah ?

Aku ada terjumpa e-book pasal diet ni KLIK = Diet Atkins harga tak mahal pun RM40 je. Ok lah kan ilmu tu boleh pakai sampai bila-bila. Kalau pil kurus, beli ratus2 hari ni belum tentu kuruss. Duit habis lagi adalah.


Credit Pic Last tu dari group : Kelab Diet Atkins. Muka kena tutup, sbb iolss tak minta izin nih. hehe Kalau abam ni tertengok nak gambar didelete, pm saya. Tak ada niat lain nak bagi contoh yang diet atkins memang berjaya. !! Dia ni lepas kuruih hensem. haha 

see u. bye - bye.

Selasa, 22 April 2014

Jangan Bagi Dia Publisiti

Assalammualaikum and Hai.

Air tak ada. Air Tak Ada. hahaha tetiba je kau kann. Aku nak cerita aku kena angkut air dari grounf floor sampai tingkat 4. adoii aku rasa aku tak perlu dah berjogging untuk seminggu. podahh macam selama ni kau jogging sangat. Terus mesej abah mengadu dekat dia. gedik benor tu pun nak cerita kat abah.
Nak cerita apa sebenarnya ni. ??

Satu Malaysia tahu kan pasal YB Karpal Singh tu. Aku tak ada lah nak cerita pasal dia. aku nak cerita pasal tok bomoh boyaa yang pergi jampi jalan raya tempat karpal singh tu excident. Alahaii tok bomoh. Nak popular sangat ke ? Masuk lah raja lawak ke, school of lawak ke. aku boleh jugak terima.

First and last ini entry pasal dia. I olss nak sampaikan apa lecture i olss cakap je. Lec aku cakap, dia ni minta populariti je, jadi kita jangan kasi dia popular. paham ? jangan sebarkan apa sahaja kegiatan yang dia buat. kalau dia buat pun kita buat bodoh je, jangan war-warkan. Kalau lah betul kita nak banteras, kita bukan push tok bomoh tu, tapi push pihak yang berwajib. JAKIM ke acctualy. 

Lec aku cakap tok bomoh ni dia kalau ikhlas nak tolong dia tak akan hebahkan. Dulu masa kat KLIA tu whatthefish buat depan public tu, nak masuk paper lah kan. Nak famous dekat dunia lah kann. Tahu dak betapa malunya aku dengan kawan2 foreigner gue. Macam jalan seret muka kat lantai derr. This is Malaysia ? This is Islam ? deppp.

Yang latest aku tertengok. IYA TERTENGOK sbb ada orang share, perasaan nak tahu tu tinggi betul jadi aku tekan. Dia nak minta kerjasama pihak tertentu nak naik heli dari Johor ke Perlis nak rembas jalan kat Malaysia biar tak ada lagi excident. Wahthefish lah tokk. 

So ingat jangan bagi dia publisiti, jangan bagi dia popular, jangan sebarkan video dia. Sambil tu berdoa, supaya dia kembali ke jalan yang benar. Jangan mengutk lelebih sebab islam tak ajar kita mengutuk, hentam sampai lumut sesorang tu. Islam ajar tegas, berprinsip. Sory to say, Malaysia undang2 memang slow sikit, undang2 agama pun memang slow sikit. Maybe kena kaji mulaa dehh. Kak syira uolss nak pergi tadah air. Esok pepagi nak mandi malas dah nak tadah air. bye. salam sayang.

Only a Joke.