Khamis, 17 Januari 2013

Bersangka Buruk vs Bersangka Baik.

Assalammualaikum and hai-hai.

Alhamdullilah akhirnnya final exam habis dah..oh bahagiaanye hidup..teheee.Sekarang dok kat rumah,oh heaven gila oi.apa khabaq sihat..? semoga sentiasa dalam redha Allah.aminn.yee bila aku menulis,mesti ada benda nak share ni yeay..penah dak hang jumpa orang and hang cakap.."bapak sombong orang ni senyum pun tak nak"..haa penah kan,tipu tak pernah..sebab aku pun pernah.awat hang kejam sangat,hang tak kenal dia hang habaq dia sombong.hang tahu dak dosa bila hang bersangka buruk dengan orang..erkk kenapa aku cakap loghat kedah,sebab teringin nak pergi kedah T_T.

perpatah biasa dengar kan. don't judge a book by its cover. ni nak cerita la ni, pada pandangan peribadi aku, kita ni orang malaysia,suka judge orang before kita kenal orang tu. betul tak. betul sebab aku pun kadang-kadang macam ni. korang tahu tak, orang yang korang pandang baik tu tak semestinnya baik,dan orang yang korang pandang jahat tu tak semestinnya jahat. ok kat sini aku nak cakap, kita tak boleh nak nilai seseorang melalui first impression kita..memang betul some times kita perlu nilai orang dari pandangan pertama tu, tapi sometimes kita kena kenal dulu orang tu sebelum kita judge apa-apa dekat dia. Kita kena pandai kawal diri kita,bila masa kita nak tengok orang tu daripada pandangan pertama kita, satu..contoh ea,korang nak temuduga orang kan,lepas tu orang yang datang nak bertemuduga tu pakaian dia tak senonoh,tak menunjukkan cara nak pergi temuduga.ha kat sini korang boleh pakai konsep pandangan pertama tu. sah-sah orang ni attitude dia entah apa-apa kan. dua..korang jumpa someone yang korang baru kenal, dia tak senyum kat korang even korang senyum sampai telinga.jangan judge dia sombong, sebab mungkin dia ni pemalu, tak tahu nak mulakan perbualan atau seangkatan dengannya la..macam aku kan, aku pernah je judge orang sombong before kenal dia, tapi after aku kenal dia..walauwei dia tak sombong,tapi peramah gilokk.see kenal dulu baru tahu orang tu macam mana. 




Tapi..eh ada tapi pulak.sometimes korang kena bersangka buruk dekat orang lain.lebih-lebih lagi orang tu pelik dan pelik dan pelik dan baru kenal. mana tahu orang tu penjahat ke penyangak ke entah apa-apa kan. Lebih-lebih lagi dekat tempat awam kan, sebab penjahat ada seribu satu rahsia yang kita pun kadang-kadang tak terfikir dia boleh buat macam tu. be aware ok. pernah la, satu masa tu aku teman kawan aku kan beli barang, and then dekat kedai tu ada satu wanita ni dia tak cukup duit nak beli hadiah untuk kawan dia, dia cakap nak pinjam duit dekat aku. walaupun pandangan pertama aku nampak dia baik, tapi aku fikir, mcam mana dia boleh masuk dekat kedai tu dan terfikir nak beli hadiah kalau tak ada duit, walaupun masa tu dia minta dua hengget je tapi..aku tak mahu ambil risiko, aku cakap aku tak ada duit. so aku rasa korang lebih bijak dari aku kan, boleh fikir kan.


ok, aku ada satu kepelikan dekat orang yang duapulohempatjam dok bersangka buruk dekat orang.kadang-kadang pelik dia tu perfect ke..haishh doakan je mereka berubah kalau kita jumpa orang macam ni. biasa la orang macam ni dia akan judge people ikut sukak hatik dia jak..ngee~


A : "bapak dia ni, jahat dia mesti lagi jahat "

B : "mana tau dia jahat, kau dah kenal dia ke,dah pernah bercakap dengan dia"

A : "ala tak payah kenal,mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi "

B : "ow,macam tu,erm aku rasa anak hang pun jahat,sebab suka mengumpat,suka bersangka buruk"

A : " eh,awat hang cakap anak aku jahat,hang kenal anak aku ka,dah pernah bertegur dengan dia "

B :  "Ala tak payah nak kenal,mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi."

A : "adeh,malu aku"

ha tu dia..siap buat dialog nak bagi korang faham tahu. main point dia,fikir sebelum judge orang. jangan ikut sedap hati dan rasa kita je. bila masa kita perlu bersangka buruk,dan bila masa perlu bersangka baik.anda mesti lagi bijak dari saya kan..macam biasa yang baik dari Allah, yang kurengg dari aku la.moga bermanfaat. assalammualaikum, jumpa lagi yeay!! (: 


xoxo

Tiada ulasan: