Jumaat, 20 Januari 2012

tak suka la


lucu muka kartun yang aku baru culik daripada mr.google ni.macam muka aku time marah,buruk habis.ish apa yang aku tak suka ni.aku paling tak suka bila jumpa someone yang suka tanya macam-macam dari A sampai Z kalau boleh semua  dia nak tahu.adoi penat oooo nak jawab.kalau orang tu bukan family terdekat atau bukan orang yang rapat dengan aku.aku akan cuba memaniskan muka dan jawab setiap soalan yang diajukan dengan cukup baik.lagi-lagi yang menanya tu orang tua,tak baik kalau nak diam je.tapi dalam hati allah je tahu..hahaha sangat la hipokrit.kalau dalam family aku adik aku yang no 3 suka buat kerja yang paling aku tak suka ni.contoh la kalau ada orang call aku mula-mula mesti dia tanya "siapa call tu" bila aku dah jawab nanti adalah beberapa soalan yang menyusul yang panjangnya boleh buat satu karangan 350 patah perkataan.bila aku dah geram aku akan tenung dia lama-lama and dengan selamba dia menjawab "kalau tak tahu mesti la nak tanya,tak kan nak diam je".wah kalau la masa belajar dalam kelas tak faham and kau tanya cikgu kau sampai kau tahu satu benda tu kan bagus.tapi aku rasa tak ada pun dia buat macam tu.kalau boleh semua benda dia nak tahu.sikap ingin tahu tu  bagus sebenarnya tapi mesti la kena pada tempatnya,sebab tak semua benda kita boleh tanya,and kita boleh tahu,right.memang dalam family mulut dia yang paling tak boleh diam ada saja dia nak tanya and nak tahu.jawapan yang biasa dia jawab bila orang marah dia sebab tanya tak kena tempat,and panjang sangat soalan dia tu cam ni la,
"kak uda ni malas nak fikir,sebab tu semua nak tanya bagi faham".adoi geramm sangat kadang-kadang tu,but sometime tu kelakar pun ada.bila aku dah geramm aku diam je bila dia tanya aku soalan panjang lebar.nanti dia membebel "penat orang cakap,akk tak jawab diam je".aku pun dengan senyuman mencecah ke telinga  pun jawab "la ingat mulut awak ni tak tahu penat,tanya bukan-bukan".moral of the stories kita perlu fikir apa yang kita nak cakap sebab takut apa yang kita cakap nanti menyusahkan orang lain,dan lebih parah menyakitkan hati orang lain.nak bertanya tu boleh tapi tengok keadaan,dan soalan yang kita nak tanya tu sesuai ke tak dengan orang nak menjawabnya nanti.ni pun peringatan untuk aku jugak..peace ^_^

Tiada ulasan: