Khamis, 30 Oktober 2014

PART 2 KUNMING : YUNNAN UNIVERSITY

Assalammmualaikum, Hai.



Kita sambung semula cerita kunming. Kalau yang belum baca part boleh rujuk di sini PART 1 KUNMING : TERBANG KE KUNMING, CHINA. Masa entry yang part 1 tu ada yang tanya apa tempat best di Kunming. Salah satu tempat aku suggest korang pergi Yunnan University. Salah satu tarikan dia sebab universiti ni ibarat dalam taman. Kalau kau masuk rasa syorga sangat. Universiti ni open semua orang boleh masuk, bukan macam UM aku, kena roboh pagar baru boleh masuk. ehh. hehe sepanjang sebulan ada empat ke lima kali aku ke sini. Sebab aku rasa best. Aku cadangkan korang nak pergi masa bulan oktober ni. Musim luruh cantik sangat ! 

Yunnan University ni dia dekat tengah-tengah bandar Kunming. Sekitar bandar ni ada tiga universiti. Salah satunya tempat aku exchange lah Yunnan Nasionalities University. Ada beza dengan Yunnan University. Entry ni banyak gambar. Kalau berat maap lah ya.






lompat yang tak menjadi, ada je yang jadi tapi ghupa aku tak senonoh sangat. tak nak up lah. hehe

deme lompat jadi, siapa ambil ea gambar ni. haha









pagi tu belajar taichi petang jejalan terus buat taichi, terpegun rakyat china tengok aku lagi pandai dari mereka. tehee

ini satu-satunya gambar lompat paling senonoh sikit.

heaven tak pepetang study dalam tempat macam ni ?

sebenarnya nak tunjuk bunga tu, bau dia ya ampun wangi sangat.










local chinese yang nak ambil gambar dengan kami

separuh dari jantung sayang, separuh lagi duk bilik tidoq, separuh lagi ada kat m'syia masa ni. tehee






gambar ni hari lain







baru nak mula musim luruh, cantik.





ok, penat dah. lama terdraft sebab tunggu wifi laju baru boleh upload gambar bebanyak. lepas ni nak aku update apa pulak ? hehe 

1 ulasan:

Aina Akmal berkata...

Sakannya bergambar. :)