Sabtu, 18 Oktober 2014

PART 1 KUNMING : Terbang ke Kunming China.


Assalammualaikum, Hai.

Jangan buat-buat terkejut lah aku baru nak up entry Kunming. hehe aku kan pemalas, alasan paling baik gambar ada tak copy lagi. padahal.... haha cerita dah sebulan lepas baru nak up. Nasib baik aku ada niat nak up jugak tau. haha ! Aku pergi Kunming tak lama sebulan je. Sebulan tu lama ea ? aku exchange student dekat Yunnan. Kunming tu bandar besar, bandar kecil dia Yunnan lah. Kalau aku bandar besar Johor bandar kecik Batu Pahat gitu, kira Yunnan ni daerah. Tapi besar dia dua kali Batu Pahat, sibuk dia macam KL. Yunnan ni cantik, masa aku pergi antara summer dan spring gitu. Tapi cuaca Yunnan sejuk antara 25 ke 18 ke 12 degree celcius gituu. Dalam kelas, ke bilik memang tak ada kipas. Jimat elektrik nak bayar. Tapi malam ke siang aku tidur dengan baju sejuk, tambah toto tebal lagi. Sejuk kau. Pakai stokin siap. 

Masa spring diorang cantik, aku tengok gambar-gambar yang kawan-kawan china aku bagi lah. Masa musim bunga pun cantik, ada sakura uolss. Salji pun cantik tapi sejuk yang gila sejuk lah. Yunnan macam atas bukit gitu. Ada rezeki aku datang balik sana. Kalau boleh masa spring dengan salji. hoii banyak duit kau. hehe Aku bertolak dari KL 4.Ogos, aku balik 31. Ogos. Naik air asia, ok lah not bad. Masa nak pergi MH17 baru je kena. Takut tu ada, tapi teruja tu lebih, jadi tawakal saja. Alhamdulilah selamat lah sampai sana nye. Nak sampai tu macam takut sebab kami-kami saja ya, tak ada pensyarah pengiring. Macam fikir jugak nanti sampai nak ke mana ? dah lah first travel kan. 

Tapi ok je, sampai-sampai tu semua kawan-kawan china ni sambut kita orang kat airport. Honestly, sebulan aku kat china diorang layan macam raja, tip top. layanan high class punya . Ni diorang dah datang fak aku untuk setahun exchange, aku ni serba salah takut tak terlayan. Setahun wey, kalau aku ikut diorang ke mana-mana budget i tak ada u. hehe

Aku sebulan kat sini, kalau nak cerita dari hari pertama memang hazabedah wey. hehe kita cerita by part lah ea. Nanti aku cerit tempat best, makanan dia semua. Ni kau layan je gambar masa nak pergi hari tu. Nak baca panjang-panjang pun kau malas kann ? hahaha





































Aku malas nak caption satu-satu kat gambar tu. hehe korang buat caption sedniri. Muka memang tak boleh blah, lagi muka aku. Penat wey, sebelum pergi China, aku tak tidur buat kertas projek untuk short sem. Lepas tu esok nak pergi hari ni baru packing barang. Lepas tu malam sebelum nak pergi tak boleh tido. Lepas tu first time flight jauh, penat lain macam. Lepas tu padan muka kau tak manage masa dengan baik. haha Cukup lah kot ni. Nanti sambung part lain. Korang nak aku cerita apa ? makanan ? tempat best ? ke nak  upload semua muka aku je. muihihihihi ok bye. +

4 ulasan:

yayaaa ismail berkata...

wauuu pergi cinaaaa . best nyaaa !

Izzati Amira berkata...

teringin jugak nak cuti cuti mcm ni. inshaa Allah suatu hari nanti. ekeke

Sally Samsaiman berkata...

seronok berjalan...? apa je yg best lg kat Kunming..? ingat nak g Nanjing laa :D

Unknown berkata...

lIeya yaya : alhamdullilah rezeki saya :)
Izzati Amira : in syaa allah. ni bukan cuti, cuti sambil belajar.

Sally : Nanjing ya, wahh mcm best. nanti syira update apa yang best.