Rabu, 3 September 2014

Mengenang MH17 & MH370

Assalammualaikum and hai.


Entry China nanti update ea, banyak gambar lawa-lawa tak ada dalam camera aku, tak vogue ar bagi tunjuk muka tak sememeh aku tu. hee Macam semua orang tahu, tahun ni tahun sedih Malaysia. Aku tahu aku macam dah lambat update je, on 22 hari tu aku tak boleh update sebab i'm not in Malaysia on that day. Sana susah sikit nak dapat maklumat, ke aku yang tak pandai ? hehe no fb, no youtube. Semua information hanya dari instagram sahaja. Tapi kita orang hari tu tak ada class, malam buat bacaan yassin untuk MH17 dan MH370, kami juga berkabung masa tu. Ramai kata kalau ada kat Malaysia masa tu, rasa sayu je, sedih je.  Aku rasa tragedi kapal terbang paling teruk pun dulu lama dah kes tanjung kupang kalau tak silap, tapi macam silap nama je. hehe Nanti korang pergi cek sendiri nama tempat tu.


Pada aku tragedi MH17 benda kejam. Tersalah tembak, alasan bodoh. Mata tak tengok ke ? teknologi canggih tak boleh beza mana satu kau nak tembak ? Kalau tak kena MH17 kena kapal komersial lain pun kesian juga. MH370 hilang tanpa berita pun. Tanpa serpihan, tanpa tanda walau sikit pun. Aku rasa hikmah dia bukan family je kena ambil, semua terutama kita yang islam. Allah nak tunjuk tau, manusia ni hebat mana cipta peralatan, hebat mana cipta peluru yang konon tepat, tapi kuasa Allah lagi hebat. Bila dia kata hilang dan tak jumpa, sungguh kita tak jumpa, bila dia kata tersalah tembak, sungguh tersalah tembak, walhal peluru dah canggih, peralatan kesan kapal terbang hilang pun canggih dah. Tapi apa pun terjadi jangan putus harap dengan Allah. Dia jadikan semua dugaan besar ni mesti ada sebab. Macam ustazah tak ? hee eh tapi sungguh aku maksudkan apa aku cakap tu. Aku bukan family yang terlibat, aku tak tahu perasaan macam mana. Sedih aku yang tengok ni, lagi sedih diorang hadapi semua ni. Untuk semua family terlibat bertabahlah, bersyukurlah Allah pilih anda semua untuk dugaan besar ni.




Hari tu ke China pun rasa berdebar je naik flight tu. Aku ni jenis membayang. Macam mana tengah best2 tidur tetiba kapal kau naik tu jatuh ke bawah acam tu je. Kau tak sempat nak cakap apa-apa. Kapal mesti riuh dengan orang menjerit. Jatuh dari atas tempat yang tinggi. Ok tak patut tulis gini, kesian family kalau terbaca entry aku ni. Maaf. Masa hari tu flight dari KL ke Kunming tu, dah nak sampai Kunming cuaca tak elok, bila langgar awan kapal tu bergegar wey, menjerit aku. Rasa nak tercabut jantung. Bukan sekali berkali-kali. Tapi steward diorang cool je, haha yelah dah kalau diorang takut, aku lagi takut. Bila sampai China, aku tanya kawan2 China takut tak naik MAS lepas ni, diorang cakap tak takut, sebab macam mana pun servis MAS paling tip top gitu. Aku tak pernah flight dengan MAS lagi, ritu Air Asia, not bad servis pun ok je. Nanti lah cite lagi ya. Untuk semua rew, penumpang dan anak kapal Islam MH17 dan MH370 Al-Fatihah. Untuk yang bukan Islam, takziah saya ucapkan. Bertabahlah, Allah sayang kalian :)

4 ulasan:

Teena Tna berkata...

aritu masa tengok istiadat ketibaan mangsa mh17 kat tv, memang sayu sgt...meremang bulu roma

pergi china ea, patutla lama senyap

aiman mania berkata...

bagi saya,dua-dua tragedi nih ibarat drama yg sengaja dicipta oleh pihak2 tertentu...ya allah selamatkan malaysia !

Ana Lee berkata...

Sedih kan .. *speechless

Sharifah Syahirah berkata...

@Teena : mak cerita juga, sayu sangat. Alhamdullilah ke China kita, outbound :)

@Aiman: Insyaallah kita doa banyak2 Allah selamatkan semua negara Islam :)

@Ana : :'(