Rabu, 4 April 2012

Takdir

takdir..? setiap manusia ada takdir hidup mereka sendiri yang telah ditetapkan oleh allah.termasuklah aku sendiri.1.4.2012 orang kata hari ni april fool,tapi sebagai seorang muslim tidak boleh menyambutnya.hari isnin kan tarikh ni.pagi-pagi aku bangun tidur siap-siap pergi kerja macam biasa.balik kerja pukul tujuh,macam tu la.bila nak balik dapat call dari abah.abah telefon mak sebab aku satu tempat kerja dengan mak.tempat kerja ada bagi locker,untuk letak barang so phone pun tak boleh bawa masuk.bila dapat call muka mak terus cemas.

 me : kenapa ma.
mak : cepat k.long,cepat rumah mak long terbakar.
me : april fool ke mak ni.
mak : betul-betul la.


dengan lutut terketar-ketar aku bawak motor laju tak ingat.yang ada dalam kepala nak cepat sampai rumah m.long.dia ni akak mama yang sulong.aku tak percaya sebenarnya dengar mak aku cakap rumah tu terbakar.aku agak mungkin terbakar sikit je.bila sampai lebih kurang 5 minit dari tempat aku kerja.aku tengok yang tinggal cuma tangga,dan bilik air.aku terdiam tak terkata,bila nampak muka cousin air mata dah tak tertahan.aku memang rapat dengan semua mak cik2 aku lagi2 yang sebelah mak.bayangkan rumah yang dah lebih 60tahun umur dia,lenyap dalam tempoh 30minit.punca litar pintas.dah takdir allah kita manusia cuba cari hikmah disebalik kejadian tu,dan sabar.tapi yang aku respect tak sampai beberapa jam kurang dari sejam,segala bantuan awal,macam pakaian,makanan semua dah sampai dari jabatan kebajikan masyarakat.jiran-jiran pun banyak bagi sumbangan.kalau la dia orang baca blog aku ni,aku nak nak ucapkan beribu terima kasih.


gambar ni masa baru lepas terbakar dalam pukul 4.30petang macam tu la.tak ada apa yang tinggal.hanya tangga sebgai kenangan.asap pun masih ada.masih terasa bahang panas api.

pondok sementara,sebelum dapat bantuan rumah.bila siang panas,bila malam sejuk.so kita yang tinggal selesa ni,bersyukur la ya.

tinggal kenangan.masa ni wedding akak sepupu anak m.long bulan satu hari tu aku ada update entry pasal wedding tu.
sedih memang sedih,walaupun aku tak la menetap dekat situ,tapi banyak kenangan yang aku ada dekat situ.dari kecil selalu datang situ,sampai la ke besar ni pun rajin ke rumah ni.sekarang yang tinggal hanya tangga sebagai kenangan.tak apa la mungkin ada hikmah yang kita belum nampak,yang penting family m.long semua selamat.

till then guys,thanks reading.

wassalam.




Tiada ulasan: