Memaparkan catatan dengan label Tips Cantik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Cantik. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Julai 2014

Senaman Ramadhan.

Assalammualaikum dan selamat berpuasa !



Alhamdulilah dah seminggu dah kita puasa. Kejap je dah seminggu kenss. Dalam entry lepas kan ada janji nak up entry pasal senaman masa bulan puasa ni kann. Kalau dah janji kena buat, semua information dalam entry ni aku rujuk page Kevin Zahri jadinya insya Allah information semua betul belakaa.

Untuk senaman maybe korang boleh cuba macam dalam gambar bawah ni. Kalau ikut dalam page tu, boleh buat masa 30 minit sebelum terawih, tapi kalau takut masa terawih penat, boleh je kau nak buat sebelum tido ke, selepas sahur ke. Pepandai kau lah nak adjust waktu tu kann.





Nampak kan, kalau betul-betul buat memang berpeluh punya. Kalau nak lagi banyak circuit senaman macam ni boleh download daripada ebook ramadhan by Kevin Zahri dekat kevinzahri.com 

Selain benda ni, Kevin ada share juga pasal tips diet mudah untuk sahur. Boleh rujuk balik gambar bawah ni ya.





Kalau korang nak lagi detail sila ke page Kevin Zahri selama ni pun aku banyak rujuk kat sinun je. Yelah aku bukan pakar, kejap lagi aku main tulis je, kau pun ikut je, tetiba tak kuruss, jadi bertambah berat pulak. terus marah aku kann, terus aku menangisi. sobs sobs gituuu.

Nak diet tu boleh, tapi jangan lah lari dari niat puasa yang sebenar-benarnya. Seimbangkan diet dan ibadat. Insya Allah, kurus dapat, pahala pun dapat. gituu lah.


Facebook  : Sharifah Syahirah II
Official Bisnes Fan Page : House of Beauty


IKLAN : Promosi Dian'z Vitamin C & E RM76 tu still available sampai 9hb tau. Kau tak order jangan menginsafi ya, sebab harga murah nak mamp... tak dapek kat mana-mana. Esok up entry testimoni, sebab ada je testimoni baru tapi tak up-up. Nak order boleh PM facebook ya. bye dulu lah nak tido seminit.







Jumaat, 27 Jun 2014

Tips Kuruskan Badan Dalam Bulan Ramadhan.

Assalammualaikum dan hai !

Alhamdulilah lagi sehari nak puasa dah ! yeayy. dulu kecik-kecik rasa macam alaa puasaa, lepas tu hari-hari kau tengok calendar bila nak puasa. Sekarang bila dah besar memang tunggu-tunggu puasa, rasa best puasa, rasa biar lah lambat-lambat nak habis bulan ramadhan. sebab kita dah faham ganjaran kita dapat masa puasa, semua extra Allah bagi. rasa sayang dengan ramadhan. Tapi aku tak nak cite pasal kerohanian ke benda, kau nak tak turun berat badan masa puasa ? gila tak nak kan, raya badan kurus molek ramping je. hehe tahun lepas raya aku badan berisi, tak tahu silap kat mana i ni. Jom kak syira kau ni bagi tips kurus masa puasa.

1. Jenis Makanan.
Ni paling penting rasanya, cuba masa puasa ni betul2 pilih makanan yang berkhasiat sikit. Tapi dalam berkhasiat tu tetap mengeyangkan. macam oat, ikan, sayuran, buah-buahan, dan susu. Sebenarnya diet yang betul ni bila kau tahu jumlah kalori dalam setiap makanan dan jumlah kalori yang perlu kau ambil. Biasanya untuk bab-bab kira kalori ni aku selalu rujuk blog ni www.kalorimakanan.com insyallah membantu sangat lah. Kalau kena gaya dengan cara kira kalori ni,kau cepat kurus tau. lagi satu cuba avoid makanan berlemak, air gas tu tak payah lah gula tinggi, makanan banyak gula, banyak garam, banyak perasa. semua tu tak elok. elakkan. Lagi bagus tak ambil nasi, contoh kau sahur dah makan nasi, buka tak payah ambil nasi. kalau ikut tips kevin zahri, nak diet makan segengam nasi je, bukan sepinggan. haha sebab nasi ni ada lebihan kanji gitu, lemak banyak. kalau nak bagus ambil beras perang tau beras yang kurang kalori tu, bagus sangat. tapi mahal sikit.

2. Kuantiti Makanan
Dah nama dia puasa, memang paham sangat lah lapar sehari kan, time nak buka tu kau kalau boleh nak minum 1 jug air, makan 1 periuk nasi. kann ? jangan gituu cuba kawal nafsu makan tu, makan sikit je dulu masa berbuka. Ambil kurma dulu 3 biji, ambil air 1 cawan dulu sebelum makan, elakkan air ada ais, tak elok untuk diet dan untuk badan. Minum lah susu ke, milo ke, teh ke. Lepas tu ambil makanan berat sikit, macam nasi segenggam ke, bubur nasi sikit ke, sup sayur, ikan rebus. Manis-manis ni elakkan. Makan dalam kuntiti sikit. rasanya tips paling elok sila stop makan sebelum korang rasa kenyang. Islam pun ajar macam ni kan. Kalau makan banyak nanti nak terawih dah tak boleh dah, senak je perut tu. Kalau lepas terawih rasa lapar, try minum susu ke, makan oat ke, ke makan biskut rendah lemak tu. 

3. Senaman.
Ada exersice yang sesuai kau boleh buat masa bulan puasa, kalau jogging, renang ke, gym ke mungkin tak larat masa siang hari tu kan. Ambil cara lain. Untuk ni nanti aku up entry lain ya.

4. Jangan stress.
Elakkan stress, cuba diet dengan cara relex, jangan bagi tekanan dekat badan korang. Buat macam biasa je, amalkan permakanan seimbang tu, bulan puasa siang dah tak makan jadi advantage untuk korang nak turunkan berat kan. Satu lagi masa bulan puasa ni kan, banyak makanan yang tak ada time bulan puasa akan muncul pada bulan puasa ? macam mana ? aku pun nak makan jugak. Ambil je lah, jangat serabut kepala, makan je apa makanan yang kau rasa nak tu. tapi jaga kuantiti dia, kalau manis sangat cukup ambil sikit je.

5. Minum air kosong dengan cukup.
Puasa bukan alasan untuk korang tak minum air putih dengan banyak. Cuba amalkan atlest 3 liter sehari, paling cikai 1.5 liter sehari, sebelum sahur ambil lah 2,3 gelas, masa berbuka ambil lagi 2,3 gelas, nanti masa terawih bawa bekal air putih pun tak pe, lepas terawih minum lagi 2,3 gelas. Yelah paham kan puasa ni, susah nak cukup 3 liter sehari, tapi make sure jugak sehari tu kau tetap minum air putih. Jangan sebulan puasa air putih tak sentuh langsung. not good !

6. Makanan Tambahan
Untuk yang ada duit sikit kau boleh ambil suppliment tambahan untuk tenaga ke, ambil jus kurma ke Vitamin, bulan puasa ni kurma banyak kan. apa kata kau amalkan makan kurma banyak-banyak, kurma walau manis, manis dia banyak sangat khasiat. Insyallah tak kencing manis punya. Makanan sunnah kan. 

Ok ni je lah kot yang aku tahu sikit-sikit. Yang pasal senaman masa puasa tu nanti aku upentry ya. Aku memang target nak kurus puasa ni, jom kita kurus sesama lah. Tapi ingat ya, kau jangan obses sangat nakkurus sampai lupa amal ibadat segala, tengok balik puasa ni ramadhan ni untuk kita, masa ni nak tpup saham akhirat bebanyak. ahad puasa oii selamat berpuasa semua ! jangan ponteng, aku ponteng tak pe. Allah bagi cuti. hahaha !


sumber kredit pada blog INI dan INI


Rabu, 19 Februari 2014

Tips Pilih Suppliment and Skincare.

Assalammulaikum w.b.t and Hai.

Sekarang kan semua orang nak cantik, semua orang nak kulit flawless gituu. semua orang nak cun macam neelopa. Tapi sekarang kan kecoh dekat FB,Twiteer dan segala mak nenek media sosial ni, ada  produk kosmetik buat muka pengguna jadi bertambah hodoh. Macam aku baca kat sini .Jerawat tumbuh bagai nak rak. Produk haram ? Tiruan ? Macam-macam lah. dan yang paling sadis sekali ada aku tengok yang comment, jangan beli online, produk online memang tak bagus. Hamboii sedap je cakap kann. hehe produk haram je salahkan kedai online ya. Memang pun korang beli online kan, tapi takkan sebab satu kedai yang jual tak berkualiti nak label kedai-kedai lain haram jugak ? Korang as pengguna pun kena ada kesedaran. Nanti ada pulak yang cakap kat aku, eleh dia jual produk kosmetik juga mesti dia nak backup produk dia. Ehem aku masih ada iman ya, aku nak jual apa-apa barang pon aku research banyak-banyak, bukan asal nak untung je, sebab tak berkat rezeki aku tipu orang. Aku share tips mana yang aku tahu, lepas ni korang nak beli apa-apa maybe boleh jadikan panduan.

1. Kenal siapa pemilik produk tersebut.
Nampak macam leceh tapi pada aku penting. Sebab aku as penjual pun nak jual, kalau aku tak kenal siapa owner dia aku fikir banyak kali baru decide nak jual. Sebab apa kena kenal owner dia dulu ? Sebab keperibadian dia melambangkan apa yang dia jual. Kalau kita kenal owner dia, kita akan lebih yakin nak beli, sebab kita tahu macam mana peribadi dia semua. Macam mana nak kenal ? stalk dia, follow dia. Contoh macam produk Fellina, owner Fellina kan ada FB,ig, semua lah. Kau follow lah dia, tengok cara dia macam mana, kalau nak tanya, kau tanya apa yang patut dah yakin baru beli produk dia. Berdasarkan pengalaman aku produk-produk besar macam Aurawhite, Fer'White, Dian Pixy, Nurassya, dan lain-lain, owner dia jelas. Kita tahu siapa pengasas produk tu. Jadi tak perlu ragu, insyaAllah. Sory to say, kebanyakkan produk dilabel haram ni, owner dia memang tak jelas. 

2. Tahu kandungan produk.
Ini lagi lah penting. Sebelum beli tanya dulu apa kandungan dalam produk tu. Buat sikit research tentang kandungan produk tu. Contoh kalau produk tu ada mercury, bahaya ke tak ? melalui apa yang aku baca, jawapan dia BAHAYA. nak tahu lagi baca sini. Kebiasaan mana-mana penjual online dia dah sedia siap-siap note tentang kandungan produk dia supaya senang customer nak refer. Nak cantik kan ? rajin-rajin lah membaca please.

3. Lihat testimoni.
Sebelum beli tanya ada tak lagi testimoni-testimoni lain ? lagi bagus tanya pengasas guna tak produk ni ? tengok testimoni pengasas boleh ? sebab kalau pengasas sendiri buat produk tu and then dia tak guna. tidak ke sesuatu sangat tu ? dia dah buat kenapa tak nak pakai kan. Kalau agent tak pakai tak pe. mihmihmih Lagi bagus kalau korang boleh contact pengguna sebelum ni tanya pendapat dia. Tapi ni susah sikit lah. Tapi testimoni terbaik adalah dari pengasas sendiri. 

4. Tahu pantang larang produk.
Biasa masa dah deal nak beli, penjual akan bagi tahu apa pantang larang produk. Kalau tak bagi tahu kau tanya ? jangan excited nak makan tak tanya, makan ikut suka kau je. Tanya nak makan macam mana ? semua dan sebagainya lah. Kadang - kadang ada produk tak boleh minum minuman yang ada kaffein. Ni satu lagi, kalau kau minum ke makan apa-apa produk mohon banyak minum air kosong. Sebab biasanya bila kita makan apa-apa produk, produk tu akan buang toksin sekali dalam badan, jadi kena minum air kosong banyak untuk bantu toksin tu dibuang. Dalam tempoh ni juga mungkin akan tumbuh jerawat-jerawat halus dekat muka, sebab masa ni proses toksin dibuang kan. Insyaallah dalam beberapa minggu lepas tu kulit kau akan flawless cantik macam neelopa. 

5. Ambil tahu produk tu ada yang tiruan ke tak ?
Mula-mula tanya penjual, produk ni ada produk tiruan tak ? macam mana nak beza yang tiruan dengan asli. Dan better kau research sendiri, mana tahu kau dapat penjual yang tak dak tanggungjawab, dia suka hati je kata produk dia bukan tiruan padahal tiruan. Macam tabita skincare kan, dulu kan femes yang produk tu haram lah, tak boleh pakai lah, itu ini. Tapi aku macam susah nak percaya sebab aku tengok sepet jual tabita tu, laku je. Testimoni and feedback customer dia pun ok. Sepet siapa ? mohon google, blog sepet nanti jumpa. Rupanya tabita tu ada yang tak original, ada yang clone. yang original owner dia dari indonesia, kalau ikut apa aku baca kat blog sepet lah kan. Lepas tu yang beli tak original tu kecoh lah kan, "saya pakai tabita muka jadi hodoh", nak salah siapa ni ? pengguna tu ? dia tak salah, sebab dia dah beli, dia berhak nak bagi feedback, cuma kalau iq tinggi sikit, sebelum bagi feedback mohon baca dan research dulu. Ni salah pengeluar produk tiruan tu lah. sebab dia yang ori pun kena tempias.

6.Jangan terpengaruh dengan harga murah.
Typical Malaysian suka yang murah lagi suka kalau benda tu free. Aku pun suka benda murah ke free kan. Tapi kalau kita tengok sesuatu produk tu terlalu murah dari harga pasaran tolong curiga, sebab berkemungkinan itu produk tiruan, sebab kebanyakkan produk tiruan memang dijual lebih murah ya. Tapi kalau penjual tengah buat promosi korang curiga sebab takut produk tiruan, aku tumbok nanti. hehe kalau promosi lain cerita. Nanti tiba-tiba aku buat promosi korang taknak beli sebab aku jual produk tiruan katanya. hehe  

Itu saja untuk hari ini ya. Macam cikgu gituu. hehe last, korang yang nak cantik kan. Jadi korang kena ada sikit kesedaran sendiri nak semak apa yang korang makan, yang korang beli. Tak semua kedai online jual benda mengarut, benda tipu, benda haram. Tak semua ya. Setiap apa yang korang dengar sila buat double research. Kalau dah 10 kali orang cakap tiruan tak selamat memang tak selamat lah tu. Kat blog ni dia ada senaraikan produk-produk yang ditarik balik sijil HALAL ke KKM gituu aku pun tak faham. bacalah. SINI. Semua di atas adalah pendapat aku sendiri tak ada kaitan dengan siapa-siapa. Wallahualam.