Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan

Khamis, 15 Mei 2014

ANYS SYUHADA BOUTIQUE

Assalammualaikum and Hai.


Mesti pening engko semua nengok aku, dia ni berniaga beauty and health ke berniaga baju. agagaga. Ini entry berbayo yob. Alhamdullilah rezeki. Kalau rasa nak aku review tu boleh pm fb sana ya. hehehe promote siap-siap. Bab bayaran, aku ok je nak bagi apa pun, sebab blog aku bukan ranking tinggi pun. Ni suruh review pun aku pening dah, berbaloi ke review dengan aku. gituu.



Siapa duduk Tanjung Malim ? geng2 UPSI boleh lah usha-usha baju dekat Anys Syuhada Boutique ni, macam-macam hado. Tops, Skirts, Palazzo, Long Dress. Sangat cantik, cantik gila kot, design semua best je aku tengok. Jelaous la iolss ni. Apa kretif sangat orang sekarang ni, buat benda semua nak cantik je. harga tip top, sangat berpatutan harga dia. Mampu milik gituu kan. Best lah orang tanjung malim. iolss KL ni jauh lah nak ke sana. wuu wuu nangis. 











Dah tengok ? Cantik kemain lagi semuanya, termasuk model sekali cantik kan. Model haruslah cantik syira. adehh. Kalau beli dekat boutique boleh try and error, bab baju memang aku selalu beli depan-depan, bukan apa takut tak muat. iolss dah lah kecik sangat. ahaha muntoh. Boutique ni pun unik, bukan jual pakain je ya, ada jual produk kecantikan, cookies, shawl, accessories katanya macam-macam hado kann. Tak payah kau exersice kaki nak pergi satu-satu kedai. Anys Syuhada Boutique cukup, semua ada.



Orang-orang tanjung malim wajib lah singgah tengok-tengok. Rugi lah dah ada depan mata tak menjenguk. Ala tengok-tengok tak kena bayar pun.

Lokasi : Tanjung Malim
Landmark : Berhadapan SMK KHIR JIHARI. bersebelahan Al-IKHSAN, atas kedai KEK KIA ABDUL.
Daily Open From : 11-8pm 



FACEBOOK PAGE : ANYS SYHADA BOUTIQUE
BLOG : ANYS SYUHADA INSTA : @by_anyssyuhada WHATSAPP : 013-4867221

Isnin, 31 Mac 2014

NURSING WEAR FOR MOMMIES

Assalammualaikum and selamat sejahtera.


Kau jangan pelik tetiba aku update pasal nursing wear for mommie pulak. haha Aku tak pregnat ya, kahwin pun belum. Ada akak minta tolong aku update entry pasal nursing wear ni kann. Jadi aku tolong lah. Aku pun confius sebenarnya, blog aku tak femes macam blog yuyu ke, emas putih ke, cik epal ke, tetiba ada request minta tolong up entry. alhamdullilah rezeki lah kann.




Nursing wear ni lebih pada mommies atau bakal mommies. Jenama Nursing Wear ni ' Feedmilk', Feedmilk ni jenama baju, bukan jenama susu. hehe Feedmilk ni jenama baju menyusu pertama di Malaysia ya, hebat kan. Sebelum ni tak ada jenama khusus untuk baju menyusu kann. 

Biasanya dekat pasaran tu, 93.9% baju menyusu tak lawa. nampak hodoh je. Jadi kesian lah dekat mommies kan sebab tak boleh nak bergaya sangat. Tapi sekarang tak payah risau Feedmilk kan ada. Ibu menyusu tak payah pening-pening lagi, nak pakai baju apa yang sesuai kan. Nak bergaya pun boleh, sebab baju dia semua cantik-cantik. Serius tak tipu.




Nampak cantikkan. Jadi lepas ni tak ada alasan tak nak menyusu kan baby kita kan. Nah tengok sekali macam bukan Nursing Wear tau. Warna dah lah comel sangat. Lepas ni kalau ingat baju menyusu ingat Feedmilk tau. Dekat mana nak dapat baju gojess macam ni ? Boleh layari laman web Feedmilk kat bawah ni.

Laman Web : http://www.feedmilk.com/
Facebook : https://www.facebook.com/feedmilk
Instagram : @Feedmilk.



Sabtu, 15 Mac 2014

Review Buku : Titisan Mahabah by Diana Amir & Ibnu Rijal.

Assalammulaikum and Hai.

Selamat tengah hari sabtu. Hari ke 8 untuk #MH370. Masih mencari, macam-macam andaian keluar. baik dan buruk Allah je tahu. Ok tak nak cerita pasal MH370 pun. Nak review buku. Insyaallah ada masa ada waktu, setiap bulan akn review satu buku. Buku ni beli pun sebab dapat baucher PM bagi. Jadi aku dengan semangat jitu gagah duduk dalam MPH selama 1 jam lebih untuk habiskan RM100 baucer buku tu. gituu kann. Ada lagi balance 150. Biarlah untuk adik-adik aku pulak, sebab aku dah tak ada apa nak beli. Kali ni puas hati lah sebab banyak beli buku yang ada manfaat sikit, dari yang lepas beli novel ntah apa-apa tu kann. 

Titisan Mahabbah ditulis oleh Diana Amir dan Ibnu Rijal. Masyallah buku ni best gila wa cakap lu. Ayat senang faham, bukan ayat tingkat tinggi punya. gituu kann. Banyak ilmu boleh dapat dalam buku ni. Gambar ambil google je ni. Dalam buku ni Diana Amir himpunkan cerita dan pengalaman yang bermanfaat untuk kita baca dan nilai. Pengalaman tu tak lah banyak, mungkin ada banyak lagi yang tak cerita kan, tapi yang sikit tu kalau baca dengan hati insyaallah bermakna sangat.


Setiap cerita diletak dalam bab-bab gituu. Bab dipanggil bicara. Ada 19 Bicara semuanya. Semua best, antara bicara tu :


  • Bicara 1 : Mimpi yang realiti.
  • Bicara 2 : Semangat Jabal Musa.
  • Bicara 3 : Doa daripada Bonda.
  • Bicara 4 : Negara islam Jepun ..?
  • Bicara 5 : Gaza : "Saya tidak akn berehat selagi belum ke Syurga!"
  • Bicara 6 : Ribut yang lembut.
  • Bicara 7 : Hikmak seutas dakwah.
  • Bicara 8 : Puasa tergadai, rezeki kata bye-bye..
  • Bicara 9 : Segelas Bir di Kafe Bismillah.
  • Bicara 10 : Dompet hilang diri saya yang baru.
  • Bicara 11 : Umrah pertamaku, Kepada Allah SWT jangan diragu.
  • Bicara 12 : Dalam sujud ku ragu.
  • Bicara 13 : Telekung putih di Abu Dhabi.
  • Bicara 14 : Makcik JPJ vs Petugas Airport.
  • Bicara 15 : Tudung : Maruah atau Fesyen.
  • Bicara 16 : Andai Kerana Allah SWT.
  • Bicara 17 : Jubah dan Jihad.
  • Bicara 18 : Apabila Cina bercakap tentang berkat...
  • Bicara 19 : Ummati..Ummati
Dalam banyak-banyak isi buku tu kan, last sekali ada Puisi tau, dalam bait puisi tu aku paling terkesan dengan ayat ini :

          '' Pernah kau tangisi solatmu yang tidak kau fahami ?
            Pernah kau rindukan Rasulallah sehingga
            Wafatnya menyebut ummati..ummati..

Rasa macam kena tampar dekat muka sendiri. Banyaknya dosa, bumi dah nak berehat untuk selama-lamanya. Kalau tak bumi pun mati entah-entah esok. kann. Alahai, bila aku nak sedar. mungkin sikit-sikit kena berubah dah kann. Insyaallah. doakan. 



credit gambar : OHBULAN!

Satu perkara baru yang aku belajar dari buku ni, setiap yang terjadi dalam hidup kita bukan kebetulan tapi telah diatur oleh Allah. Macam aku beli buku ni lah, bukan kebetulan sebab dapat baucer je, tapi sebab Allah dah atur supaya aku beli, dan baca supaya manfaat dari apa yang aku baca, aku praktikan sebaik mungkin. Mungkin kalau tak dapat baucer pun aku beli kot. Sekian lah reviwe dari aku. gituu kann. Korang rasa nak dapat ilmu sila beli, kalau tak nak sila abaikan. Wasalam.