Rabu, 5 November 2014

Luahan Rasa

Assalammualaikum, Hai

Aku ni sekarang rasa marah sangat kat diri sendiri. Cita-cita besar, nak ada butik sendiri, nak travel, nak ada saving RM 1M before 25, tapi.......usaha ? celah gigi je, tak serius, tak betul-betul. 

Semangat ni macam minyak kadang full tank, kadang kosong terus. Ni sebelum kosong baik isi. Cara aku bila rasa down bisnes, macam-macam buat tak jadi, aku baca cerita-cerita orang yang dah berjaya. Orang yang dulu susah sekarang senang sebab usaha. Lepas tu doa lah. Mungkin ada silap kat mana-mana ni.

Doakan aku berjaya ya. Aku merayu.



Ahad, 2 November 2014

Selamat Maju Jaya SPM & STPM 2014.

Assalammualaikum, Hai


SPM 2014 akan bermula esok 3.November kalau tak silap. STPM aku tak pasti. Apa pun selamat maju jaya akak ucapkan kepada adik-adik yang menghadapinya. Dah usaha, sekrang masa untuk keluarkan ilmu saja. Lepas ni jangan lupa doa dan tawakal. Good Luck :D


Khamis, 30 Oktober 2014

PART 2 KUNMING : YUNNAN UNIVERSITY

Assalammmualaikum, Hai.



Kita sambung semula cerita kunming. Kalau yang belum baca part boleh rujuk di sini PART 1 KUNMING : TERBANG KE KUNMING, CHINA. Masa entry yang part 1 tu ada yang tanya apa tempat best di Kunming. Salah satu tempat aku suggest korang pergi Yunnan University. Salah satu tarikan dia sebab universiti ni ibarat dalam taman. Kalau kau masuk rasa syorga sangat. Universiti ni open semua orang boleh masuk, bukan macam UM aku, kena roboh pagar baru boleh masuk. ehh. hehe sepanjang sebulan ada empat ke lima kali aku ke sini. Sebab aku rasa best. Aku cadangkan korang nak pergi masa bulan oktober ni. Musim luruh cantik sangat ! 

Yunnan University ni dia dekat tengah-tengah bandar Kunming. Sekitar bandar ni ada tiga universiti. Salah satunya tempat aku exchange lah Yunnan Nasionalities University. Ada beza dengan Yunnan University. Entry ni banyak gambar. Kalau berat maap lah ya.






lompat yang tak menjadi, ada je yang jadi tapi ghupa aku tak senonoh sangat. tak nak up lah. hehe

deme lompat jadi, siapa ambil ea gambar ni. haha









pagi tu belajar taichi petang jejalan terus buat taichi, terpegun rakyat china tengok aku lagi pandai dari mereka. tehee

ini satu-satunya gambar lompat paling senonoh sikit.

heaven tak pepetang study dalam tempat macam ni ?

sebenarnya nak tunjuk bunga tu, bau dia ya ampun wangi sangat.










local chinese yang nak ambil gambar dengan kami

separuh dari jantung sayang, separuh lagi duk bilik tidoq, separuh lagi ada kat m'syia masa ni. tehee






gambar ni hari lain







baru nak mula musim luruh, cantik.





ok, penat dah. lama terdraft sebab tunggu wifi laju baru boleh upload gambar bebanyak. lepas ni nak aku update apa pulak ? hehe 

Sabtu, 18 Oktober 2014

PART 1 KUNMING : Terbang ke Kunming China.


Assalammualaikum, Hai.

Jangan buat-buat terkejut lah aku baru nak up entry Kunming. hehe aku kan pemalas, alasan paling baik gambar ada tak copy lagi. padahal.... haha cerita dah sebulan lepas baru nak up. Nasib baik aku ada niat nak up jugak tau. haha ! Aku pergi Kunming tak lama sebulan je. Sebulan tu lama ea ? aku exchange student dekat Yunnan. Kunming tu bandar besar, bandar kecil dia Yunnan lah. Kalau aku bandar besar Johor bandar kecik Batu Pahat gitu, kira Yunnan ni daerah. Tapi besar dia dua kali Batu Pahat, sibuk dia macam KL. Yunnan ni cantik, masa aku pergi antara summer dan spring gitu. Tapi cuaca Yunnan sejuk antara 25 ke 18 ke 12 degree celcius gituu. Dalam kelas, ke bilik memang tak ada kipas. Jimat elektrik nak bayar. Tapi malam ke siang aku tidur dengan baju sejuk, tambah toto tebal lagi. Sejuk kau. Pakai stokin siap. 

Masa spring diorang cantik, aku tengok gambar-gambar yang kawan-kawan china aku bagi lah. Masa musim bunga pun cantik, ada sakura uolss. Salji pun cantik tapi sejuk yang gila sejuk lah. Yunnan macam atas bukit gitu. Ada rezeki aku datang balik sana. Kalau boleh masa spring dengan salji. hoii banyak duit kau. hehe Aku bertolak dari KL 4.Ogos, aku balik 31. Ogos. Naik air asia, ok lah not bad. Masa nak pergi MH17 baru je kena. Takut tu ada, tapi teruja tu lebih, jadi tawakal saja. Alhamdulilah selamat lah sampai sana nye. Nak sampai tu macam takut sebab kami-kami saja ya, tak ada pensyarah pengiring. Macam fikir jugak nanti sampai nak ke mana ? dah lah first travel kan. 

Tapi ok je, sampai-sampai tu semua kawan-kawan china ni sambut kita orang kat airport. Honestly, sebulan aku kat china diorang layan macam raja, tip top. layanan high class punya . Ni diorang dah datang fak aku untuk setahun exchange, aku ni serba salah takut tak terlayan. Setahun wey, kalau aku ikut diorang ke mana-mana budget i tak ada u. hehe

Aku sebulan kat sini, kalau nak cerita dari hari pertama memang hazabedah wey. hehe kita cerita by part lah ea. Nanti aku cerit tempat best, makanan dia semua. Ni kau layan je gambar masa nak pergi hari tu. Nak baca panjang-panjang pun kau malas kann ? hahaha





































Aku malas nak caption satu-satu kat gambar tu. hehe korang buat caption sedniri. Muka memang tak boleh blah, lagi muka aku. Penat wey, sebelum pergi China, aku tak tidur buat kertas projek untuk short sem. Lepas tu esok nak pergi hari ni baru packing barang. Lepas tu malam sebelum nak pergi tak boleh tido. Lepas tu first time flight jauh, penat lain macam. Lepas tu padan muka kau tak manage masa dengan baik. haha Cukup lah kot ni. Nanti sambung part lain. Korang nak aku cerita apa ? makanan ? tempat best ? ke nak  upload semua muka aku je. muihihihihi ok bye. +