Selasa, 23 April 2013

USAHA.

Assalammualaikum bebeh.. ho yeahh.

ok sengal tahap apa entah. apa khabar (senyum) strawberry, oren ,coklat ke guano :P kita nak cerita apa hari ni uollssssss *jerit sikit ea* lol. usaha, apa kahh itu, adakah ia kerepek pisang yang masin-masin sedap dimakan begitu saja urmmm, atau dia strawbery yang dicicah pula dengan coklat. apa kau merepek mokcik !! ok lets go. usaha adalah sesuatu kerja luar biasa yang anda kerjakan untuk mendapatkan sesuatu. kamus dewan edisi ke 200. *hokey kita tipu* tak adalah pandangan sendiri je tu. sepanjang hidup kau berapa banyak usaha dah kau lakukan. ok tak nak cerita korang tapi cerita aku la.


sepanjang hidup aku, berapa banyak dah usaha aku buat, lets talk usaha dalam part belajar la ea. upsr, usaha jugak, tapi aku tahu usaha tak kuat mana, pmr, sampai ke spm pun usaha jugak tapi tak sekuat mana. ala kadar je. sampai la ke stpm, konon-konon usaha lebih la tapi sebenarnnya usaha yang aku buat tak cukup. serius tak cukup. maybe sebab doa abah, mak doa aku juga dan doa orang sekeliling dapat la masuk uni ni. tapi aku puas, puas bila stpm, aku dapat buat apa yang tak dapat buat masa form 1 sampai form 5. bila sampai uni baru aku tahu apa itu USAHA . betul tak tipu dekat uni tanpa usaha awok akan tinggal jauh, jauh dan sangat jauh ke belakang. usaha dekat uni sangat la penting. semua orang akan berebut-rebut nak jadi yang paling berjaya. adik-adik kalau awak bijak dekat sekolah dulu, jangan ingat dekat uni awak akan bijak juga, sebab awak akan bersaing dengan lebih beribu orang bijak. yang nak masuk uni sila la bersedia fizikal mental ya.



Sedangkan dalam hidup mesti ada usaha, hidup dan usaha mana boleh pisah, bak aur dan tebing, bak motosikal dan jalan raya, bak durian crepe dan pavlova. ok hiperbola melampau nih !! nak hidup sesuap nasi sehari pun mesti ada usaha kan. kena cari duit. macam aku sekarang. aku rasa sampai masa aku mesti usaha untuk cari side income. belajar bukan halangan. sekarang tengah cuba bisnes downline. berminat..? pm aku please. please. please. ok mintak tampar ni. tapi ingat as a muslim usaha sahaja tak cukup, lepas usaha, doa , lepas tu tawakal. doa jangan pernah putus. walaupun lambat in syaaAllah yakin dengan allah dia akan bagi yang terbaik untuk kita. usaha jangan sekerat jalan. usaha sampai berjaya. in syaaAllah sem depan nak start berniaga online . tengah buat research and cari modal sekarang. nak cari idea juga nak jual apa. any idea please..? nak berjaya bukan senang tapi tak susah. usaha ya, lain la mama, papa. awok datuk, datin, tan sri, boleh tumpang dua-dua kaki ye dak. masing-masing ada impian kan, nak capai impian kena usaha. usaha. usaha dan usaha. mari lah maju untuk negara. cewahhh kau senah tak boleh bla langsung. ok cukup la satu jam nak karang ayat cenggini tahu dak. jumpa lagi. assalammualaikum and bye.




p/s : selamat mengundi untuk yang dah boleh undi. aku lagi 5 tahun nak mengundi. sekarang tak daftar lagi.
p/s lagi : nak pilih suami pakai istikharah, nak pilih pemimpin pun istikharah lah. salah pilih nanti Allah tanya nak jawab apa?
p/sss lagi dan lagi : jom join downline. berbaloi tau. usaha jugak nak cari duit lebih :) pm aku tau. :)

Selasa, 26 Mac 2013

Random

Assalammualaikum.

apa khabar..? coklat ke oren.? jumaat lepas ke muzium negara, baik tak jalan pergi muzium bagai ni. -_- kalau tak sebab assigment memang tak la nak ke situ. malas nak taip meh tepek gambar sikit.

bajet comel la kau ni.. :P


group 4 kraftangan :)


untunglah dapat pegang burung tu. acc tak boleh ambil gambar sebab buurung tu kalau nak ambil gambar bayar 15. tapi di zaman moden ini semua itu seperti tidak logik. orang dah ada dslr, smart phone..bla..bla..blaa


sarawakian. selamat datang ke..


gangster kampung nangka..candid yang smart


with linglin international student from china.


gambar tuan belog harus ada. jangan tanya kenapa aku berisi.

model abad ini. roselind, sarawak, gambar paling aku suka. mencii shirley 
tak ambil gambar kita cenggini. :(

dahlah sudah lewat malam. mari kita tidur secara berjemaah. selamat malam semua. assalammualaikum :)

Jumaat, 22 Mac 2013

Get Ready


Assalammualaikum ukhti..


Cakap arab . hee. apa rasa hari awak hari ni. coklat ke oren. hee kalau coklat baguss, kalau oren belajar untuk redha. ehh tak ada kaitan. penat. penat. penat. tak payah la nak over penat sangat. sepatutnya aku ni sedang menaip satu lagi blog ilmiah yang lecture suruh, tapi disebabkan idea macam nak bergaduh dengan aku so aku decide update blog sayang ni yang semakin di biar usang. nampak tak macam budak sastera  lol. spm dan stpm telah di umumkan. kenapa ayat aku skema sangat. tahniah kepada yang berjaya. yang gagal jangan putus asa rezeki ada di mana-mana . allah kan ada. :D untuk level stpm, kalau spm aku tak ada pengalaman matrik ke, segala bagai. sebab aku dulu stpm. so nak cite pasal stpm la ni. 


takut tak tengok. cakap takut kalau tak siap korang . ready for what ? stpm bukan berakhirnya pengajian anda tapi sebenarnya pemulaan anda . ada macam cikgu tak . ok serius . fuhhhh *hembus nafas :D untuk kalian yang dapat result ok . means 2.5pngk dan ke atas, siapkan diri anda untuk masuk alam universiti . hidup di universiti memang best, tapi tak best. pening tak . tolong lempang saya . tskk . siapkan mental , fizikal , duit , apa saja yang ada kaitan . persiapan paling penting fizikal and mental kot . selain duit la . dekat uni everything you do by yourself . serius tak tipu . kalau zaman stpm paling-paling nota pun cikgu bagi . tapi uni semua tu dah tak ada . memang lec ada bagi bahan tapi tak cukup . tolong rajin-rajin ke library . cehh cakap bajet dekan je aku . tapi serius betul . masuk uni je automatik semua tu bergerak sendiri, i means cara belajar korang akan sendirinya berubah . berbeza sungguh . penat . memang cukup penat . kalau duduk kolej kediaman , akan tambah penat, dengan aktiviti dekat kolej . belajar uni bukan setakat pergi kelas balik kelas . no. kalau boleh join aktiviti sebab baik untuk kita. eh padahal aku pun tak aktif kat kolej . apa lagi ea. belajar berdikari . jangan takut pergi library sorang, makan sorang and bla bla bla. sebab kadang-kadang kawan kita tak akan selalu boleh teman kita. bergerak sendiri. cukup la ni kan panjang-panjang tak ada orang baca pon. selamat menempuh alam universiti pada adik-adik stpm. dari kakak cute..buwekk . muntah kuning sekarang . entry akan di sambung nanti . jumpa lagi . tata.

Ahad, 17 Mac 2013

What I have Learn Today.

Assalammualaikum.

I want to share with you something interesting. I am really touch after watch this video. It might be lesson to me and for you to. enjoy.




the word that make me realise something. syurga itu mahal.