Isnin, 19 November 2012

PLEASE PRAY FOR GAZA.

Jika anda tidak mampu untuk melakukan apa-apa cukuplah dengan doa anda..
Doa sebanyak yang mungkin..
Doa anda tidak memerlukan wang,tetapi anda mendapat ganjaran yang hanya allah tahu..
Berdoalah setiap masa untuk mereka..
Anda tidak mampu mengangkat senjata..
Maka tadahlah tangan untuk berdoa demi keselamatan mereka..
BERDOALAH SEBANYAK MUNGKIN UNTUK MEREKA..:'(




Bantu mereka setakat mana kemampuan anda..:'(


Ahad, 7 Oktober 2012

I WANT TO UPGRADE MYSELF

HOW I DO ANYTHING IS
HOW I DO EVERYTHING.



semalam sabtu,6hb aku join satu program untuk first year student dekat UM ni.program ni anjuran SERU um.apa tu SERU.SERU singkatan daru Student Empowerment & Research Unit.tak semua student datang pun ada masa minggu haluan siswa(MHS) lebih 500 yang mendaftar nak join tapi yang datang tak sampai separuh pun.program ni macam program motivasi tapi lebih menarik sebab cara penyampaian dia,and teknik yang digunakan memang lain dari yang lain.aku akan share apa yang aku belajar dalam program ni.motivator dia ialah abang amirul and wife dia kak elin.
apa yang aku dapat dekat sini banyak benda,bermula tujuan sebagai mahasiswi sampai ke penampilan diri.cara kita nak faham orang lain melaui love language,cara nak spend timr dengan betul and cara nak uruskan duit dengan betul.aku akan share cara nak uruskan duit dengan betul,sebab duit tu penting kan.


kak elin and abg amirul ni pun belajar benda ni daripada seorang motivator lain.jangan tanya sape sebab aku tak tahu.apa tu six jar.dalam bahasa melayu enam balang la kan.dia ajar macam ni.kita sediakan enam balang yang mana setiap balang tu kita mesti label dengan betul.tak kisah la mana dulu korang nak susun tapi mesti ada enam label.Spending,Saving,Investment,Education,Fun and Play,and Give.macam mana caranya.contoh hari ni korang dapat duit belanja RM2.ok 50% korang masukkan dalam balang Spending,yang ni korang boleh belanjakan,beli apa je korang nak.10% masukkan dalam balang seterusnya.mula-mula memang nampak macam sikit tapi bayangkan kalau benda tu dah banyak mesti korang tak percaya yang korang ada simpan duit sebanyak tu.siap boleh bersedekah sebab korang ada balang Give right.korang mesti displin tau.contoh korang nak beli make up kan.harga dalam RM20 macam tu.tapi dalambalang Fun & Play baru ada RM10.korang tak boleh ambil duit dari balang lain untuk cukupkan duit untuk beli make up tu.mesti tinggu diut dalam balang Fun & Play tu cukup baru boleh beli.menarik kan.secara tak langsung kita menyimpan kan.and satu lagi,aku dah dengar benda ni dua kali.tolong listkan setiap barang yang korang beli.

kalau nak cerita semua memang panjang tak sangat ni.korang boleh pergi dekat web diaorang.http://www.realleaders.net/ apa sahaja maklumat yang korang nak ada kat situ.nak panggil dia orang datang U korang pun boleh.untuk student um 20hb ni ada lagi seminar ni,datang rugi tak datang untuk um student byanran tetap sama RM5 sahaja.but for 1st year student je.untuk u lain aku tak tahu berapa bayaran dia.trademark abang amirul Yes or Yes!!  Yes!!

dapat sijil


How YOU do anything is
How You do everythings.



terima kasih kalau baca.

Khamis, 27 September 2012

Rindu

family
dulu-dulu pagi,petang,siang,malam duapuluhempatjam sehari,tujuh hari seminggu nampak depan mata muka family sendiri.tak sempat nak rasa rindu.kadang-kadang rasa sakit hati,geram,bosan dengan adik-adik yang bising macam apa.sekarang sebulan sekali pun susah nak jumpa.tunggu cuti sem baru dapat jumpa dia orang ni.sekarang baru tahu rindu.sekarang baru tahu rasa susahnya hidup jauh dengan family,sekarang baru rasa sayang dia orang sangat-sangat,sekarang baru rasa sedih sebab duduk jauh,sekarang baru hari-hari telefon family,mesej dia orang.dulu bila pergi rombongan sekolah je pandai telefon mak ayah,adik-adik dengan nenek.tak pun sebab nak kirim barang dengan family baru telefon or mesej dia orang.sebelum tu tak terfikir pun nak call mak ayah masa dia orang rehat time bekerja,nak tanya dia orang dah makan ke belum.sekarang baru nak buat semua tu.waktu takkan boleh berputar semula.kalau boleh rasa nak gunakan waktu dengan betul untuk spend time dengan family.lepas habis belajar mesti kerja kan.belum tentu dapat kerja yang dekat dengan family.masa ni pula adik-adik dah sambung belajar.dah takkan sama masa masing-masing still belajar duduk dekat rumah lagi.time tu nanti confirm susah nak berkumpul sekeluarga.tapi itu la hidup,hidup akan terus ke hadapan bukan ke belakang.
sahabat
dulu satu sekolah,ke mana-mana sentiasa bersama,dulu selalu lepak-lepak gosip-gosip.dulu pakai baju  kuning tu sama-sama and selalu cakap bila kita ni nak habis stpm.dulu juga selalu membebel kalau tak puas hati dengan cikgu-cikgu.dulu juga selalu bergaduh dengan kawan-kawan sekelas kalau ada isu yang tak puas hati tu,dulu juga dok gelak sakan bila berkumpul ramai-ramai.dulu juga duk share apa nak beli bila nak buat aktiviti luar sekolah,tapi sekarang masing-masing jauh,dah tak ada dekat depan mata.ada yang dah kahwin,semua takkan sama macam dulu lagi.sekarang baru pandai rindu,dulu tak rasa pun.sekarang baru pandai nak mesej tanya khabar.dulu kalau tak ada benda penting susah nak mesej-mesej ni.sebab hari-hari jumpa.sekarang masing-masing mesti dah ada kawan baru dekat tempat baru,tapi kita takkan lupa kawan-kawan kita yang ni.maybe kita bukan je kawan tapi siblings.rindu nak macam dulu.rindu nak jadi budak sekolah lagi.rindu sangat..but hidup bukan kebelakang tapi ke depan.simpan sebagai kenangan. ):

Sabtu, 22 September 2012

Satu sudah selesai.

assalamualikum.
malam ni bff aku nazreen menikah.tapi yang sadis apa aku boleh buat sekarang duduk dalam bilik ni tak dapat balik and pergi majlis dia untuk malam ni and esok.its ok,noi kata doa je yang terbaik untuk dia.satu dah kahwin,tinggal kami yang tujuh ni,sebab kita orang bertujuh rapat since form 6,but kalau aku dengan nazreen rapat since form 4,and kalau dengan anis rapat since form 1 lagi.kekok panggil nazreen,kalau antara kawan-kawan biasa panggil dia mak jah.last wekend,masa cuti hari m'syia aku balik la kampung.sempat la pergi rumah dia,tengok preparation dia.aku tanya dia apa rasa dah nak kahwin ni.jawapan dia buat aku gelak."aku ni nak kahwin tapi aku tak rasa apa-apa pun".aku tanya tak rasa excited ke apa dia kata tak.mybe sebab dia pun tak percaya dia nak kahwin muda.20 tahun,tapi tengok fizikal macam 25 dah.kalau perangai dia 15 tahun kot..sory mak jah.we are very close actualy.ketawa,menangis sesame.kalau bab menangis memang mak jah la champion.aku dah dapat bayangkan macam mana muka dia menangis lepas akad nikah nanti.dah pesan awal-awal kat dia,jangan menangis sangat nanti tak cantik.dia jawab aku tak boleh la pah,aku mesti menangis gila-gila nanti..hampeh..
future pengantin yang tinggal bape jam lagi nak jadi isteri orang.
mula-mula dia bagi tahu dia nak kahwin aku dengan anis la paling terkejut kot.and kita orang la yang hari-hari suruh dia fikir balik apa dia buat ni betul ke tak.tapi perancangan allah tak ada sape tahu,akhirnya dia kahwin juga.jodoh dia dah sampai kan.tak pe lah,just lalui je apa yang dah jadi dekat kau ni.walaupun kau dah kahwin kau boleh je nak keluar dengan kita orang,tapi aku tahu benda tu akan jadi susah sikit sebab kau kan dah ada suami.semua tak akan sama macam dulu,tapi realitinye kita semua akan lalui benda ni.live must move on.selamat pengantin baru untuk kau,KAMI doakan yang terbaik untuk kau.lepas ni siapa..??
dari : google