Sabtu, 11 Oktober 2014

3000 Followers Giveaway by Nadratul Syazwana

Assalammualaikum uolss.

Adik comel kita buat giveaway, sebagai kakak yang suport adik dia harus lah join. Kekdahnya suport, join pun dah hari ke berapa. Tahniah Nad ! followers dah cecah 3000. Hebak ! Kalau nak kira umur blog dia dengan aku lebih kurang sama. Tapi kalau nak tengok achievement blog dia lagi superb. Nak buat macam mana kakak kau ni malas. Dulu niat ada blog nak seronok je. Sekarang baru pikir nak buat duit. Kekdah membebel kan ? 

Jomlah join GA ni korang. Syarat simple je. Tak minta korang terjun bagunan pun. Hadiah best. Menang ke tak lantok, janji gembira. gituu.




Syarat korang boleh rujuk sini :


Hadiah :

Shawl/Tudung (9 pemenang)
Baju tshirt (1 pemenang)
Cash RM30 (1 pemenang)
Body Shop product (1 pemenang)
Fabric Brooch (5 pemenang)
Novel (1 pemenang)
Topup RM5 (4 pemenang)
Mask (7 pemenang)
Handmade Craft (2 pemenang)
Banner/Fansign (2 pemenang)



Nad kak syira ada twiter tapi lama sangat tak buka. Terlalu lama, jadi pasword tak hinggat dah. hehe Instagram juga tak ada. Jadinya kak syira follow mana ada saja. :D Untuk Nad semoga awak terus berjaya, dalam blog, dalam whatever you do, terima kasih jadi kawan kak syira. Juga kak syira doakan awak dan Hafiz ( nama betul ke ? ingat2 lupa) can stay together until the date both of u being husband and wife, and after that happy until Jannah in syaa Allah. aww terharu tak baca. 






Sabtu, 6 September 2014

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 

Rabu, 3 September 2014

Mengenang MH17 & MH370

Assalammualaikum and hai.


Entry China nanti update ea, banyak gambar lawa-lawa tak ada dalam camera aku, tak vogue ar bagi tunjuk muka tak sememeh aku tu. hee Macam semua orang tahu, tahun ni tahun sedih Malaysia. Aku tahu aku macam dah lambat update je, on 22 hari tu aku tak boleh update sebab i'm not in Malaysia on that day. Sana susah sikit nak dapat maklumat, ke aku yang tak pandai ? hehe no fb, no youtube. Semua information hanya dari instagram sahaja. Tapi kita orang hari tu tak ada class, malam buat bacaan yassin untuk MH17 dan MH370, kami juga berkabung masa tu. Ramai kata kalau ada kat Malaysia masa tu, rasa sayu je, sedih je.  Aku rasa tragedi kapal terbang paling teruk pun dulu lama dah kes tanjung kupang kalau tak silap, tapi macam silap nama je. hehe Nanti korang pergi cek sendiri nama tempat tu.


Pada aku tragedi MH17 benda kejam. Tersalah tembak, alasan bodoh. Mata tak tengok ke ? teknologi canggih tak boleh beza mana satu kau nak tembak ? Kalau tak kena MH17 kena kapal komersial lain pun kesian juga. MH370 hilang tanpa berita pun. Tanpa serpihan, tanpa tanda walau sikit pun. Aku rasa hikmah dia bukan family je kena ambil, semua terutama kita yang islam. Allah nak tunjuk tau, manusia ni hebat mana cipta peralatan, hebat mana cipta peluru yang konon tepat, tapi kuasa Allah lagi hebat. Bila dia kata hilang dan tak jumpa, sungguh kita tak jumpa, bila dia kata tersalah tembak, sungguh tersalah tembak, walhal peluru dah canggih, peralatan kesan kapal terbang hilang pun canggih dah. Tapi apa pun terjadi jangan putus harap dengan Allah. Dia jadikan semua dugaan besar ni mesti ada sebab. Macam ustazah tak ? hee eh tapi sungguh aku maksudkan apa aku cakap tu. Aku bukan family yang terlibat, aku tak tahu perasaan macam mana. Sedih aku yang tengok ni, lagi sedih diorang hadapi semua ni. Untuk semua family terlibat bertabahlah, bersyukurlah Allah pilih anda semua untuk dugaan besar ni.




Hari tu ke China pun rasa berdebar je naik flight tu. Aku ni jenis membayang. Macam mana tengah best2 tidur tetiba kapal kau naik tu jatuh ke bawah acam tu je. Kau tak sempat nak cakap apa-apa. Kapal mesti riuh dengan orang menjerit. Jatuh dari atas tempat yang tinggi. Ok tak patut tulis gini, kesian family kalau terbaca entry aku ni. Maaf. Masa hari tu flight dari KL ke Kunming tu, dah nak sampai Kunming cuaca tak elok, bila langgar awan kapal tu bergegar wey, menjerit aku. Rasa nak tercabut jantung. Bukan sekali berkali-kali. Tapi steward diorang cool je, haha yelah dah kalau diorang takut, aku lagi takut. Bila sampai China, aku tanya kawan2 China takut tak naik MAS lepas ni, diorang cakap tak takut, sebab macam mana pun servis MAS paling tip top gitu. Aku tak pernah flight dengan MAS lagi, ritu Air Asia, not bad servis pun ok je. Nanti lah cite lagi ya. Untuk semua rew, penumpang dan anak kapal Islam MH17 dan MH370 Al-Fatihah. Untuk yang bukan Islam, takziah saya ucapkan. Bertabahlah, Allah sayang kalian :)

Isnin, 1 September 2014

Alhamdullilah Saya Boleh Tulis Semula.

Assalammualaikum, Hai..

Apa khabar wey, sihat ? Alhamdullilah saya dah balik. Over nak arwah balik pun nak tulis kat blog. Biarlah blog aku, balik je benda pertama kejar fb lah kan, China tak ada fb, tapi best juga tak serabut pasal fb, lupa kejap bisnes. hehe Tapi duit dah habis banyak sila menginsafi sila mula bekerja semula ya senah. Terima kasih yang prihatin.. ecewahh.. tak sangka ada 15 coment waiting, untuk yang ramai followers setakat 15 comment awaiting apa lah sangat, tapi untuk aku yang tak pamous ni, rasa awkward je. hahaha Entry China akan update slow-wlow, sebulan duk sana kalau nak buat day 1, day 2 and so on pengsan lah kau. Nanti kita tengok macam mana ya. Belanja gambar 1 dulu, yang lain tak transfer lagi, bagi aku bernapas sikit ya.