Khamis, 2 Januari 2014

Handphone GiveAway by Syuhada1981.com

Assalammualaikum.

Lama tak join giveaway, sebab aku join lah macam-macam giveaway tapi tak pernah menang. sikit tak banyak kecewa lah kan. hahaha dasar orang tak bersyukur macam aku memang macam ni..itu semua rezeki ok, tak dapat hari ni mana tahu kali ni sangkut ke kann.

Tengok hadiah.. pengsan, bangun, pengsan, bangun. tak percaya LV handphone tu. siapa tak nak. freeeeeeee kot. haha mari la kita join secara berjemaah. klik SINI untuk join :D


Semoga berjaya :D

Rabu, 1 Januari 2014

Throwback 2013

Assalammulaikum.

Selamat datang 2014, update setelah masuk 10 minit 2014. nak jugak update kan, mudah terpengaruh dengan orang sungguh aku ni. tak tahu kenapa aku rasa takut pulak masuk tahun baru, tak pernah rasa macam ni sebelum ni. aku fikir cepat sangat masa tu jalan, kejap sangat 2013 sekarang dah 2014, Allah makin cepat. umur semakin meningkat, berubah tidak jugak. mati, kiamat bila-bila masa je ni. Allah, lalai sungguh. 

Azam baru ya, aku cuba didik hati untuk tidak berlebihan sambut tahun baru, islam kan, sepatutnya tahun baru islam lah sambut kan. mesti engko orang yang membaca cakap, hoi apasal dia ni, apasal. ampun lah, aku kan memang macam ni, kadang-kadang tak tahu pun apa aku tulis. sekejap tak di dengar bunyi bunga api, hoii banyak pula duit nak membakar duit kann. baik bagi dekat syria, palestine, tak pun dekat malaysia banyak je orang susah. hahaha protes ni protes. Tidak mengapalah, secara jujurnya kita ni suara kecil, nak memberontak lebih-lebih nanti entahlah. doa banyak-banyak supaya pemimpin yang zalim tu tumbang.

Ok tak di nak cerita apa sebenarnya, suka merapu dulu baru nak cerita kan. Selagi aku bergelar student tahun baru disambut dengan buku-buku sebab setiap awal bulan satu adalah bulan exam. aku memang benci exam. hahaha ok merapu lagi. bila nak cerita ni. 2013 macam-macam jadi, dan yang paling besar dalam hidup aku, atuk meninggal on september. Allah tuhan je lah tahu, sedih macam mana, memang atuk sakit, tapi aku selalu posutif atuk akan sihat, macam dulu. tapi aku lupa ajal maut Allah atur, bukan aku. finally dia pergi, aku redha. walaupun aku tak tengok muka dia untuk kali terakhir, aku tengok dia seminggu sebelum dia meninggal, sebelum aku masuk uni balik. aku tak puas jaga dia, tak puas. tak ada dah teman aku berbual bila aku masak kat dapur, teman aku cerita itu ini, tempat aku mengadu bagai, suara dia membebel dekat adik-adik, tak ada orang aku nak peluk masa tidur, bertahun aku duduk dengan dia, paling rapat dengan dia. aku tak pernah hilang orang aku sayang, ini pertama kali. kadang-kadang bila ingat menangis jugak, tapi selalu pujuk hati cara aku ni tak betul, kesian dia nanti. rindu sangat sebenarnya. tapi kadang-kadang rasa syukur, dia sakit tak lama kejap je, lepas tu dia tak tengok kakak sepupu aku kahwin, kalau tak mesti dia sedih, cucu yang dia jaga dari kecil buat macam tu, macam apa itu peribadi sangat. apa pun mati itu benar. Al fatihah untuk atuk.


Azam 2014, tak banyak pun yang ada dua. banyak-banyak kalau tak tercapai macam mana kan.

1. Nak dapat income atleast RM1000 sebulan dengan bisnes online.
2. Nak tutup aurat dengan sempurna . in sya Allah.

apa sahaja azam yang kamu buat, aku doakan berjaya laksanakan ya. untuk azam yang baik-baik je lah. untuk azam kurang baik, ya Allah sila gagalkan. hahaha selamat 2014, didik diri jadi lebih baik. assalammulaikum :D

Sabtu, 28 Disember 2013

Vitamin C & E + Whitening by Dian'z Health and Beauty Care



Assalammulaikum dan selamat sejahtera.



Vitamin C & E + Whitening  

Vitamin C & E ni ada 60 biji kapsul dalam satu botol. Boleh bertahan selama satu bulan. Mudah dimakan, senang dibawa ke mana-mana terutama time travel, letak dalam handbag dah settle, tak perlu pening-pening nak bancuh ke apa. Boleh dimakan seawal usia 16 tahun lagi, lelaki perempuan, tua muda boleh makan. Ibu megandung, ibu menyusu boleh makan. Ibu dalam pantang tidak digalakkan makan, sebab masa pantang banyak ambil herba kan, bercampur-campur jadi apa pulak nanti.

Kandungan Vitamin C + E :

Pure Collogen - collagen dari ikan talapia, alergic seafood pun boleh makan, kecuali hang ada alergic dekat ikan talapia tak boleh makan.
Vitamin  C & E.
Glluthatione- Satu dunia tahu kebaikan gluthatione ni kan.
Maquiberry - Memang buah yang bagus, jadi bila makan rasa perisa berry lah.

Kebaikan Vitamin C + E.
* Memutihkan kulit wajah dan badan.
* Merawat jerawat kronik.
* Mengurangkan maslah resdung.
* Memberi kesihatan dan kecantikan dari dalam.
* Mengecilkan pori pada wajah.
* Vitamin lengkap untuk tubuh anda.
* Sesuai untuk Lelaki dan Wanita

Ini Nurul Diana owner Dian'z Vitamin. Nak jual apa2 owner harus lah mencuba dulu, baru orang lain percaya kann. Dian dah makan Vitamin ni 1 tahun lebih. Tengok hasil dia, sure aku tak tipu ya. Memang tanpa apps camera apa pun ni.

Ini pulak Fara kawan stokis aku. Bride to be. Fara dah makan Dian'z Vitamin dekat setahun jugak. Fara mula-mula kulit dia sensitif, bila makan suppliment bukan2 akan naik jerawat. Tapi lepas makan Dian'z Vitamin, kulit dia alhamdullilah ok sangat.


Testimoni aku sendiri :
Aku baru makan sebulan. Awal2 aku makan tu dia naik jerawat lah kan. Aku buat relax je. Sebab aku memang tahu mula2 akan naik jerawat punya. Yela jerawat naik sebab dia buang toksin dekat badan kita. Air masak aku minum banyak jugak. Tapi kekadang je. haha kekadang 1 botol pun tak habis. mihmih. Apa aku rasa kulit aku jadi lembut dan anjal, gituuu. Nak kata kulit putih tu belum lagi, take time lah kan. Kulit dah kurang berminyak. Aku selalu berminyak bahagian tepi2 hidung tu. Tak selesa aku rasa. Aku memang dah jatuh hati lah dengan Vitamin ni. Sebab aku rasa selamat nak makan. Ada KKM kan, plus aku tahu siapa owner dia tu. Nak gambar aku sebelum dan selepas nanti aku upload yoo. Tunggu aku makan dua bulan nanti. 



Lagi Testimoni ====> TEKAN

Question and Answer :

Q : macam mana nak makan ?
A : Ambil 1 biji sebelum sarapan, dan 1 biji sebelum makan malam. Ada gastrik ambil selepas makan sarapan and selepas makan malam.

Q : Berapa lama boleh tengok kesan.
A : Ikut kepada tahap metabolisme badan kita, ada yang satu hari makan dah nampak kesan, ada yang 3 bulan makan baru nampak kesan, jangan give up kalau baru satu atau tiga bulan makan belum nampak kesan. Metabolisme badan kita berbeza setiap orang.

Q : Ibu mengandung dan menyusu boleh makan ke ?
A : Boleh, tiada masalah, sebab dia vitamin. Kalau masih ragu-ragu boleh bawa Vitamin ni dan semak dengan Doktor anda.

Q : Halal ke ? Ada KKM tak ?
A : Dikilangkan bertaraf GMP, disahkan HALAL oleh JAKIM, keluaran bumiputera dan ada KKM.

Q : Ada effect kalau stop makan.
A : Ada, kulit yang cerah and cantik masa makan ni, mungkin akan kusam balik sebab dah tak ada vitamin dalam tubuh, kalau serasi bagus kenapa stop ? vitamin ni akan cair dan  mengalir ikut darah dalam tubuh, kalau kita tak ambil tiada vitamin dalam badan kita, tak ada vitamin macam mana kulit nak cantik ?

Q : Harga mahal tak ?
A : Sangat berpatutan RM 80 ( not include postage ) postage RM6 semenajung RM9 sabah srwak.



SMS ke : 0177492503.

Untuk kawan-kawan blog, aku kasi diskaun RM5 ya. PM aku kat facebook dan cakap, saya baca Vitamin dari Blog, ha dah dapat diskaun RM5.




Selasa, 10 Disember 2013

Kawan

Assalammulaikum.

Staright to the point. kawan, manusia kan, bukan hantu. kalau dah manusia perangai usah kata, macam-macam. kadang-kadang boleh terima akal, kadang-kadang tak boleh. tapi nasihat untuk diri aku sendiri, jadi manusia jangan fikir kau paling bagus, pandang atas ramai lagi bagus, jangan fikir diri kau saja. jangan. bahaya. kawan tak semestinya luar baik dalam pun baik. tapi kau yang matang cuba terima, mungkin ada silap dalam diri kau jugak. aku lagi faham, yang solat cukup belum tentu dia boleh jadi kawan yang baik, faham jiwa, maksud aku perangai dia, belum tentu baik, yang free hair belum tentu dia jahat, abaikan kau. aku ada dua, satu bab solat memang jaga, taat, aku yang dulu lompang-lompang solat alhamdullilah terpengaruh ikut cukup. bagus lah kan. tapi manusia mesti ada lemah, mesti. sebab memang allah cipta kita bukan sempurna. tak perlu sebut buruk dia, tapi aku pun manusia tak sempurna, kadang-kadang terasa, sakit hati, tapi konsep aku mudah, sabar, sabar, sabar. tak rugi apa pun, biarkan dia buat kita, jangan kita buat dia, kita ada kawan jangan tahu minta tolong, minta teman ke mana-mana. tapi bila kawan minta tolong kadang-kadang kita bagi beribu alasan, minta teman sentiasa tak sempat. jangan kesian kawan. masa susah kita dia ada, masa susah dia kita ? tapi aku tak pernah berkira, jujur aku cuba buang semua rasa yang tak betul, sebab syaitan suka kalau kita bergaduh sentap. aku cuma ingat baiknnya kau pada aku, walau kadang-kadang banyak yang aku makan dalam hati. sebab aku nekad kau kawan dunia akhirat.

yang dua, mungkin persekitaraan buat dia jadi macam tu, bukan jahat, bukan. tapi bab agama mungkin kurang dari yang satu. tapi aku respect bab kawan, dia tak pernah berkira, kawan susah dia ada, aku tahu dia orang yang sangat menghargai kawan, aku tahu itu. mata coklat aku boleh tengok, boleh baca. terima kasih ada waktu susah senang, teman ke mana saja. selalu kau bilang, kau skalau rasa malas, kau ingat masa susah kau, kawan kau tolong. sesungguhnya lepas tiga tahun ini aku sumpah, rindu dengan kalian.

bergaduh biasa. tahu mungkin gurau aku melampau, tapi tolong lah fikir kadang-kadang kau bikin kawan makan hati sampai menangis dalam hati kawan. jangan jadi jadi orang terlalu berkepentingan. jangan.