Isnin, 31 Mac 2014

NURSING WEAR FOR MOMMIES

Assalammualaikum and selamat sejahtera.


Kau jangan pelik tetiba aku update pasal nursing wear for mommie pulak. haha Aku tak pregnat ya, kahwin pun belum. Ada akak minta tolong aku update entry pasal nursing wear ni kann. Jadi aku tolong lah. Aku pun confius sebenarnya, blog aku tak femes macam blog yuyu ke, emas putih ke, cik epal ke, tetiba ada request minta tolong up entry. alhamdullilah rezeki lah kann.




Nursing wear ni lebih pada mommies atau bakal mommies. Jenama Nursing Wear ni ' Feedmilk', Feedmilk ni jenama baju, bukan jenama susu. hehe Feedmilk ni jenama baju menyusu pertama di Malaysia ya, hebat kan. Sebelum ni tak ada jenama khusus untuk baju menyusu kann. 

Biasanya dekat pasaran tu, 93.9% baju menyusu tak lawa. nampak hodoh je. Jadi kesian lah dekat mommies kan sebab tak boleh nak bergaya sangat. Tapi sekarang tak payah risau Feedmilk kan ada. Ibu menyusu tak payah pening-pening lagi, nak pakai baju apa yang sesuai kan. Nak bergaya pun boleh, sebab baju dia semua cantik-cantik. Serius tak tipu.




Nampak cantikkan. Jadi lepas ni tak ada alasan tak nak menyusu kan baby kita kan. Nah tengok sekali macam bukan Nursing Wear tau. Warna dah lah comel sangat. Lepas ni kalau ingat baju menyusu ingat Feedmilk tau. Dekat mana nak dapat baju gojess macam ni ? Boleh layari laman web Feedmilk kat bawah ni.

Laman Web : http://www.feedmilk.com/
Facebook : https://www.facebook.com/feedmilk
Instagram : @Feedmilk.



Selasa, 18 Mac 2014

Alhamdullilah Selangkah Lagi......

Assalammualaikum and Hai.

Nak buat entry pendek je ni. haha boleh percaya ke, tengok-tengok panjang leret-leret. Alhamdullilah, maju setapak lagi, dulu dropship je sekarang dah jadi stokis. Syukur lah Allah bagi nikmat ni. 






Dian'z Vitamin C & E sumber rezeki utama sekarang ni, ada jugak jual Belvya perfect shape, tapi aku lebih fokus pada vitamin ni. Kata sifu aku, kalau nak berjaya kena fokus fikir apa yang kita nak buat baru dapat hasil.

Sempena aku jadi stokis ni kan, aku nak buka harga diskaun untuk semua rakan-rakan blogger. Sila mesej aku di Facebook aku dan bagi tahu aku korang blogger, aku bagi harga diskaun untuk korang try. Aku juga buka peluang untuk korang blogger ke bukan blogger ke buat part time dengan jadi dropship bawah aku. Untuk permulaan aku terima 10 orang je dropship, sekarang dah ada 2 orang, lagi 8 orang lah. Bukan apa,  baru belajar kan, nanti ramai-ramai aku pening pulak.

Insyaallah, untung walau tak banyak mana, kalau korang rajin, aku jamin RM1000 dalam tangan setiap bulan. Aku akan ajar ilmu marketing semua. Ajar cara nak buat sale semua. Insyaallah, niat nak tolong orang, macam mana orang tolong aku dulu. 

Dian'z Vita ni suppliment tau, untuk korang yang ada masalah kulit, jerawat, jeragat, nak putihkan kulit, nak cantik gebu gebas gituu. hehe Dia special sikit, dia putihkan satu badan bukan muka je. Insyaallah harga murah kualiti menjamin.

Eh tak di cakap nak update pendek je. haha biasalah aku kannn. ampun. Doakan kejayaan aku, doakan aku murah rezeki, doakan aku dapat bantu mak abah, dan orang-orang yang perlukan bantuan. 

Segala pertanyaan sila direct mesej aku di : Facebook : Sharifah Syahirah II.
Terima kasih yang mendoakan, semoga allah murahkan rezeki korang. hikss selamat malam, assalammualaikum.

Sabtu, 15 Mac 2014

Review Buku : Titisan Mahabah by Diana Amir & Ibnu Rijal.

Assalammulaikum and Hai.

Selamat tengah hari sabtu. Hari ke 8 untuk #MH370. Masih mencari, macam-macam andaian keluar. baik dan buruk Allah je tahu. Ok tak nak cerita pasal MH370 pun. Nak review buku. Insyaallah ada masa ada waktu, setiap bulan akn review satu buku. Buku ni beli pun sebab dapat baucher PM bagi. Jadi aku dengan semangat jitu gagah duduk dalam MPH selama 1 jam lebih untuk habiskan RM100 baucer buku tu. gituu kann. Ada lagi balance 150. Biarlah untuk adik-adik aku pulak, sebab aku dah tak ada apa nak beli. Kali ni puas hati lah sebab banyak beli buku yang ada manfaat sikit, dari yang lepas beli novel ntah apa-apa tu kann. 

Titisan Mahabbah ditulis oleh Diana Amir dan Ibnu Rijal. Masyallah buku ni best gila wa cakap lu. Ayat senang faham, bukan ayat tingkat tinggi punya. gituu kann. Banyak ilmu boleh dapat dalam buku ni. Gambar ambil google je ni. Dalam buku ni Diana Amir himpunkan cerita dan pengalaman yang bermanfaat untuk kita baca dan nilai. Pengalaman tu tak lah banyak, mungkin ada banyak lagi yang tak cerita kan, tapi yang sikit tu kalau baca dengan hati insyaallah bermakna sangat.


Setiap cerita diletak dalam bab-bab gituu. Bab dipanggil bicara. Ada 19 Bicara semuanya. Semua best, antara bicara tu :


  • Bicara 1 : Mimpi yang realiti.
  • Bicara 2 : Semangat Jabal Musa.
  • Bicara 3 : Doa daripada Bonda.
  • Bicara 4 : Negara islam Jepun ..?
  • Bicara 5 : Gaza : "Saya tidak akn berehat selagi belum ke Syurga!"
  • Bicara 6 : Ribut yang lembut.
  • Bicara 7 : Hikmak seutas dakwah.
  • Bicara 8 : Puasa tergadai, rezeki kata bye-bye..
  • Bicara 9 : Segelas Bir di Kafe Bismillah.
  • Bicara 10 : Dompet hilang diri saya yang baru.
  • Bicara 11 : Umrah pertamaku, Kepada Allah SWT jangan diragu.
  • Bicara 12 : Dalam sujud ku ragu.
  • Bicara 13 : Telekung putih di Abu Dhabi.
  • Bicara 14 : Makcik JPJ vs Petugas Airport.
  • Bicara 15 : Tudung : Maruah atau Fesyen.
  • Bicara 16 : Andai Kerana Allah SWT.
  • Bicara 17 : Jubah dan Jihad.
  • Bicara 18 : Apabila Cina bercakap tentang berkat...
  • Bicara 19 : Ummati..Ummati
Dalam banyak-banyak isi buku tu kan, last sekali ada Puisi tau, dalam bait puisi tu aku paling terkesan dengan ayat ini :

          '' Pernah kau tangisi solatmu yang tidak kau fahami ?
            Pernah kau rindukan Rasulallah sehingga
            Wafatnya menyebut ummati..ummati..

Rasa macam kena tampar dekat muka sendiri. Banyaknya dosa, bumi dah nak berehat untuk selama-lamanya. Kalau tak bumi pun mati entah-entah esok. kann. Alahai, bila aku nak sedar. mungkin sikit-sikit kena berubah dah kann. Insyaallah. doakan. 



credit gambar : OHBULAN!

Satu perkara baru yang aku belajar dari buku ni, setiap yang terjadi dalam hidup kita bukan kebetulan tapi telah diatur oleh Allah. Macam aku beli buku ni lah, bukan kebetulan sebab dapat baucer je, tapi sebab Allah dah atur supaya aku beli, dan baca supaya manfaat dari apa yang aku baca, aku praktikan sebaik mungkin. Mungkin kalau tak dapat baucer pun aku beli kot. Sekian lah reviwe dari aku. gituu kann. Korang rasa nak dapat ilmu sila beli, kalau tak nak sila abaikan. Wasalam.









Sabtu, 8 Mac 2014

Pesawat MAS Hilang Dari Radar.

Ahli keluarga penumpang pesawat MAS yang hilang menanti dengan tangisan di Lapangan Terbang Beijing, China hari ini. – Gambar Reuters, 8 Mac, 2014.


Malaysia Airlines (MAS) mula menghubungi ahli keluarga terdekat dan anak kapal pesawat MH370 selepas ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara awal pagi ini.
"Hati dan doa kami bersama dengan penumpang, anak kapal dan ahli keluarga mereka," kata ketua pengurus eksekutif kumpulan MAS, Ahmad Jauhari, dalam satu kenyataan.
Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal, iaitu 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal, dan terdiri daripada 13 warganegara berbeza, kata MAS. Menurut agensi berita China, Xinhua, seramai 160 warga China menaiki pesawat tersebut.
Perhubungan radar dengan pesawat MAS MH370 yang hilang pagi ini terputus di udara yang dikawal Vietnam awal pagi ini, lapor Xinhua.
MAS dalam kenyataannya mengesahkan penumpang pesawat tersebut terdiri daripada warganegara China 152 orang termasuk seorang bayi, Malaysia 38 orang, Indonesia 12 orang, Australia 7 orang, Perancis 3 orang, Amerika Syarikat 3 orang termasuk seorang bayi, New Zealand 2 orang, Ukraine 2 orang, CKanada 2 orang, Russia 1 orang, Itali 1 orang, Taiwan 1 orang, Belanda 1 orang dan Austria 1 orang.
Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkuan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerusi akaun Twitter, menggesa ahli keluarga penumpang dan anak kapal bertenang.
"Kepada ahli keluarga penumpang dalam pesawat, bertenang dan dapatkan maklumat yang sahih. Kami akan maklumkan. Doa untuk semua," tulis beliau.
Pihak berkuasa memulakan operasi mencari dan menyelamat selepas pesawat yang menuju Beijing itu dilaporkan terputus hubungan dengan Menara Kawalan Udara Subang pada 2.40 pagi tadi.
Pesawat B777-200 itu meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.31 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi tadi.
"Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang memulakan operasi mencari dan menyelamat untuk mencari pesawat," kata syarikat penerbangan itu.
MAS berkata ia akan menyediakan laporan terkini dari semasa ke semasa. Orang ramai boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk sebarang maklumat.
Ahli keluarga penumpang dan anak kapal disarankan berkumpul di Bangunan Sokongan Kemudahan di Zon Sokongan Selatan KLIA. Untuk maklumat, hubungi 03-8787 1269.
Orang ramai juga boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk maklumat lanjut.
Beberapa nahas kapal terbang melibatkan MAS berlaku sebelum ini.
Pada 10 Oktober, 2013, dua orang terbunuh, termasuk pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96, selepas penerbangan MASwings dari Kota Kinabalu ke Kudat terhempas akibat terlepas landasan ketika mendarat.
Pada 15 September, 1995, 34 orang terbunuh dan 19 terselamat selepas pesawat MAS terhempas berhampiran Tawau. Kemalangan tersebut didapati berpunca daripada juruterbang yang tidak mematuhi prosedur piawaian operasi (SOP).
Kemalangan paling buruk dalam sejarah penerbangan Malaysia adalah di Tanjung Kupang pada 4 Disember, 1977, apabila 100 orang di dalam pesawat MAS terkorban selepas ia dirampas ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Subang.
Beberapa orang kenamaan, termasuk menteri pertanian Datuk Ali Ahmad, pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Mahfuz Khalid dan duta Cuba ke Jepun, Mario GarcĂ­a, juga berada di atas pesawat. – 8 Mac, 2014.
p/s : Setakat ini tiada lagi berita sahih diterima berkenaan dengan situasi sebenar pesawat tersebut. Sama-sama kita berdoa penumpang, krew, dan anak kapal selamat.

Zaman Dahulu Kala

Assalammualaikum w.b.t and Hai.

Tak tahu nak buat intro macam mana. heee sekarang umur dah masuk 22 tahun walaupun belum official 22 tahun lagi. serius terasa kejap je umur meningkat naik gini. rasa macam baru semalam masuk tadika, baru semalam masuk sekolah rendah, baru semalam masuk sekolah menengah. motif semua nak baru semalam ? haha sekarang dah ada kat uni. kawan-kawan dah mula kahwin sorang-sorang. alhamdullilah jodoh dia orang awal. the latest kawan baik sehidup semati masa form 5 dulu, nak kahwin bulan 5 ni. rasa sedih sebab rasa macam kan kita ni kecil lagi kenapa nak kahwin ? haha kau dah kenapa kann. Susah nak describe macam mana sebenarnya. maap kalau entry ni jiwa sikit. hehe

Rasa macam rindu semua yang dulu, balik sekolah sama-sama masing-masing. Lepak sama-sama masing-masing. Gaduh dengan orang tu, tak suka orang ni. Semua lah. Dulu semua ada depan mata, jumpa hari-hari. Tapi sekarang seriusly susah nak jumpa sama-sama. Walaupun cuti sama-sama, tapi nak cari masa sama nak jumpa tu. alahai. Sebab masing-masing ada comitment. Masing-masing belajar jauh-jauh, bila balik nak kena spend masa dengan family, dengan kawan-kawan, kalau yang ada bf ke gf nak spend masa dengan diorang jadi masa terhad sangat. Aku faham jugak, sebab aku pun belajar jauh dari family, bila balik rasa macam setiap masa tu berharga sungguh lah. Tapi alhamdullilah setakat ni tak pernah lost contact lagi. Ada yang dah kahwin pun still contact juga, cuma situasi dah lain. Kalau bff yang dah kahwin tak boleh lah nak ajak lepak sama, sebab ada anak dah, ada suami dah. Kena faham, walau kita rindu macam mana pun dia ada tanggungjawab lagi besar, kena faham. Ada je kawan-kawan yang aku tak jumpa dah setahun, dua tahun macam tu. Rindu ? gila tak rindu, dulu meroyan sama-sama, sekarang ni takkan tetiba tak rindu.

Tu baru kawan, belum family lagi. Adik-adik misalnya, kejap je dah besar, rasa baru semalam hantar diorang pergi tadika. Rasa baru semalam tolong mak tukar pampers diorang. Belum sentuh pasal arwah mak tok. Kejap je masa tu berjalan. Rasa baru semalam berbual dengan dia, tidur dengan dia, masak dengan dia, rasa dengar lagi dia membebel dekat aku dekat adik-adik sebab buat salah. Tapi hari ni dia dah tak ada. Tak ada terus dalam hidup. Pergi jauh dah. Kadang semua ni buat kita lebih hargai setiap detik masa yang allah pinjamkan sekarang. Dekat uni misalnya, aku just nikmati setiap benda yang jadi. Kawan-kawan misalnya, cuba senangkan hati diorang, sebab lepas belajar nanti susah nak jumpa. Semua dah balik negeri masing-masing. Lagi lah susah jumpa, jauh. Ada yang nun sana sabah sarawak. Nanti mesti rindu.

Hidup kan. Mana ada hidup ke belakang. Hidup ke depan. Move on ke depan. Jadi nikmati setiap inci hidup yang singkat benor ni. Nikmati macam mana ? Hargai setiap orang yang ada dekat sekeliling kita terutama mak, abah. Sebab kita tak tahu berapa lami lagi Allah nak bagi pinjam diaorang kat kita. Nikmati jugak dengan perbaiki diri tambah amal setiap masa, sebab kita pun tak tahu sampai bila Allah nak bagi pinjam nyawa ni. Sekian lah luahan jiwa jiwang tak berkarat haku. wallahualam.

p/s : Jangan lupa join GA EMAS PUTIH tau. Hadia super duper awesome gituu :)