Rabu, 26 Februari 2014

Membaca Amalan Mulia

Assalammualaikum w.b.t and Hai.

Tajuk entry dah bosan kann. Macam cikgu-cikgu je kau kan. Kita ni semua memang tahu baca kan tapi kadang-kadang malas nak membaca. jangan cakap baca buku lah, baca apa-apa pun malas. kita termasuk aku sekali. mihmih Aku kan niaga online, jadi aku memang terang-terang nampak ramai orang tak suka membaca ni tau. Bukan aku je ramai peniaga online mengalami nasib sama. hehe tapi tak boleh lah nak merungut sebab rezeki tu kan. tapi kalau order sikit macam aku kira ok, boleh layan lagi, tapi kalau order yang sehari ribu-riban, tak sentap ke. tak serabut ke. korang pening ea, apa kaitan amalan membaca dengan bisnes online. kaitan dia dekat sangat. gituu. contoh dalam arahan CTA ( call to action ). 

     "sekiranya anda berminat dengan vitamin ini sila sms ke nombor                     012123457 atau inbox kami, sebab page tidak boleh inbox"

kat atas tu kira arahan CTA lah kan. tak kira lah dekat fb personal peniaga tu ke, dekat page dia ke dia tulis macam ni, biasa lepas setiap keterangan produk ada tulis gini kan. Tapi part mana yang aku cakap tiada amalan membaca tu, bila kau tengok respond pembeli. Arahan dah jelas suruh buat macam mana untuk order tapi ada je yang comment "PM", "PM" hehehe sayang sangat korang dengan 'PM' ya, tahu la dia bagi BR1M. hehe kalau dekat personal FB boleh terima lagi sebab personal FB kita boleh mesej kan jugak yang suruh PM tapi privite kotak mesej dia, ataupun masuk inbox others. Tapi ada kalau dekat page sakit sikit lah, kena balas satu-satu balik cara nak order macam mana. Kalau customer ok kira ok lah, ni ada pula yang marah-marah cakap kita tak nak berniaga tak layan PM dia, padahal dah terang lagi pakai spotlight gituu bagi tahu nak order macam mana kann. Kadang kan orang yang PM ni dia tak serius nak beli. kenapa aku cakap gini, sebab aku pernah try orang komen PM aku buat dek..haha diva sangat kau nak buat dek, padahal bisnes baru setahun jagung kan. sebab aku nak tengok dia ni serius ke tak. kalau dia betul-betul berminat mesti dia PM kita kann. hehe tapi teori ni jangan pakai. nanti kau rugi. hehe sebab kadang-kadang customer terlupa ke hapa kann. Tapi tak semua customer macam ni, aku dapat ramai je customer berkhemah and sporting lagi. sayang korang lebih. hehe

Aku ni selalu je fikir terlebih-lebih. Kalau malas baca gituu makan ubat macam mana ya. nanti doktor suruh telan 1 biji dia telan 2 biji. hehe sebab tak baca arahan doktor kan bahaya gituu. Jasi moral of this entry, paksa lah diri membaca dan faham arahan, supaya anda boleh memudahkan orang lain dan diri anda sendiri. sekian dari cikgu..gituuu. Nak sambung tengok projek memikat suami. Jumpa nanti. wallahualam.

4 ulasan:

Tengkubutang berkata...

hehehe.. kena rajin.. kalau tak main telan je ubat2 tu

Unknown berkata...

@tenku butang : hikss terharu bloger femes datang blog titew t_t.

@MyCherita : salam ukhuwah, thnks dear :)

Unknown berkata...

@tenku butang : hikss terharu bloger femes datang blog titew t_t.

@MyCherita : salam ukhuwah, thnks dear :)

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.