Rabu, 26 Jun 2013

Adat dan Ibadat. masalah..?

Assalammulaikum yoo.

apa khabar. jerebu dekat tempat korang ok dah..? kl more better. i have two paper before i merdeka for this sem. wish me luck guys. bapak la skema ayat. phuii sikit. mungkin entry aku kali ni agak sensitif sikit. mungkin. tapi kau kena percaya, tolong percaya ia ikhlas datang dari lubuk hati gua yang paling dalam.paling dalam. hiperbola. and what i want to say it just my opinion ok, my own opinion. kita sebagai orang melayu memang berpegang kuat dengan adat right. biar mati anak jangan mati adat. dulu cikgu dekat sekolah aku bilang, pepatah ni dah cukup bagi tahu, betapa besar kuasa adat dalam masyarakat orang melayu. dan aku sangat setuju pasal benda ni.

masalahnya hari ini ialah, adat ini kadang-kadang mengatasi agama. percaya..? mari aku buktikan. aku pun tak tahu adakah salah adat itu, atau sifat manusia sendiri. aku ambil satu contoh, perkahwinan. dalam islam, perkahwinan itu cukup sekadar nikah sahaja. dah sah dah jadi husband, wife. dah boleh swett-sweett dah boleh post gambar sweet dah boleh makan sweet sampai kencing sweet. dah boleh dah semua tu. but guess what. dalam adat perkahwinan bukan sahaja bernikah tapi mesti bersanding, mesti. kalau mampu, tak ada masalah besar pun, tak ada. kau boleh bersanding sampai 7hari 7malam. boleh. tapi apa akan jadi kalau tak mampu.

bergolok bergadai, sebab nak sanding. eh aku rasa ni bukan salah adat, tapi manusia tu sendiri. kalau tak mampu jangan dibuat, tak ada masalah pun. sah kau kahwin kalau tak ada adat bersanding tu. tapi orang sekarang, kalau tak sanding macam tak lengkap, ya memang tak lengkap. pelamin, mak andam, bla..bla..bla.. kau ingat  limaratus cukup..? aku tak rasa cukup. buat la sekadar mampu. belum cerita hantaran. kalau kerja biasa-biasa lepa tu mak ayah mertua mintak sepuluhghibu. pengsan la kau. tak ada sepulhghibu kau tak boleh kawin. tak boleh. bukan ke islam cakap, perkahwinan yang berkat adalah perkahwinan yang rendah maharnya. mungkin kau lupa, sebab kau dah terikut dengan adat. eh bukan adat, tapi nafsu, ya nafsu. disebabkan tak boleh kumpul duit hantaran, jadi pulak masalah lain. mereka dengan sendiri meghalalkan hubungan mereka tanpa nikah. yang nanti keluar pula anak-anak kecil cute miut yang tak ada dosa tu. masa tu tahu pula malu. aku memang tak faham dengan benda cenggini.

kau takut orang sekeliling keji kau, pandang rendah sebab hantaran rendah. chill beb. kau takkan boleh hidup kalau dengar cakap tak berfaedah orang sekeliling kau. percaya dan yakin la dengan diri kau sendiri. pensyarah aku pernah bilang, kahwin cukup la dengan nikah, buat kenduri kecil-kecil, nak sanding letak dua kerusi meja makan dan sanding lah kau. apa yang penting adalah hidup lepas kahwin bukan. lepas kahwin nak bina keluarga perlu duit juga. kahwin bukan setakat hari nikah, sanding. tak. kadang-kadang aku kesian dengan orang-orang lelaki yang perlu kerja mati-mati semata nak bagi hantaran berpuluhghibu dekat bakal bini dia. ustaz azhar pernah kata, kalau isteri tu solehah berbaloi la beghibu tu. 

kalau kau mampu, tiada satu masalah pun untuk kau. bersanding lah. buat lah majlis sebesar mana kau nak takkan ada yang halang. sebab kau mampu. ukur baju dibadan sendiri. yang wajib dahulukan. jangan terlalu nak ikut adat nafsu kau tu. nanti kau juga yang parah. adat tak pernah salah, dan adat tak pernah mewajibkan pun, semua letak pada manusia tu sendiri. apa aku tulis adalah pendapat aku sendiri, melalui pembacaan aku, tak ada kaitan dengan siapa pun. esok exam doakan aku. tido dulu. bye-bye.


Ahad, 23 Jun 2013

Cara Nak Dapat Like yang Banyak di Fan Page

Assalammualaikum

Rajin pula nak update blog dengan kerap. Bosan tahap apa entah, exam tak habis lagi. Sem ni sakit sikit sebab exam habis lambat. Orang lain dah sibuk tarik beg roda masing-masing balik rumah kita dapat tengok je lah, sambil lambai-lambai. Penyiksaan jiwa yang sangat kronik. Yes, si penulis, menulis kembali. hiperbola. kau ada fb page, tak kira la, fan page ke, online bisnes page ke. Susah nak dapat like yang banyak..? yela aku faham bukan senang nak suruh orang like page kita kan. Aku pun mengalaminya, gituu. 

kau nak tak kalau aku bagi kau rahsia macam mana nak dapat like yang banyak untuk fan page kau, online bisnes kau. Nak..? mestila kau nak kan. Ini bukan autolike, yang lebih banyak buruk daripada baik. Orang masuk laman fb kau ke, blog kau ke, dia kena like dulu, so yang like ni orang la kan, bukan robot, bukan sama sekali. Untuk online bisnes, kau jangan tak guna benda ni. kau rugi la jawabnya. Kau taknak ke dapat like beribu-ribu dalam masa 1 jam. Ulang sekali lagi, 1 jam sahaja untuk dapat like beribu-ribu tu. bila like banyak, peluang kau dapat customer lagi cerah daripada lampu suluh. cakap banyak pun tak guna, ye dopp. KLIK SINI untuk daftar. KLIK SINI TAU.

Sabtu, 22 Jun 2013

Handbag Gucci Inspired

Assalammuaalikum.

apa khabar. sihat. alhamdullilah aku masih lagi diberi nikmat sihat walaupun jerebu sedang melanda Malaysia. Guest what, aku terasa hidup dibawah tempurung bila lambat benau tahu pasal jerebu. bila mak telefon bagi tahu, baru kau terkejut. berlagak macam duduk nun jauh kat USA je. hahaha. Ok aku tak nak banyak berbicara, cehhh. aku ada jual handbag gucci inspired, jangan risau harga sangat affordable. yang aku tunjuk ni separuh je lah kan. nak tengok lagi pergi sini, jangan lupa like tau. House of Beauty









Ada banyak lagi. Hari raya nanti pakai la beg baru. Tak rugi pun beli. Harga murah, mampu milik lah. like sekali ya adik-adik. House of Beauty. ok ni saja untuk hari ni. pm di fb ya kalau nak. rugi kau tak ambik satu wey. hehe terima kasih, jumpa lagi yaaaa!! (:

Ahad, 16 Jun 2013

I Have A Reason Why I Read Them.

Assalammualaikum.

yayy . i dont know why semangat sangat nak hupdate blog, biasannya sebulan sekali, seminggu sekali pun kadang macam payah. macam la. dalam mood exam pulak tu, sempat saja update blog. Kau tengok la senah kemainn panjang lagi tajuk entry dia, kalau boleh memang nak letak panjang lagi, takut pulak ada yang lari nanti. mihmih aku start blogging tahun 2011, kalau tak silap la. masa tu aku form 6, buat blog sebab reason yang aku pun tak tahu. tapi sekarang mula faham, dan mula tahu why i have a blog. sepanjang dua tahun aku jumpa macam-macam jenis blogger, and apa yang manis bila dapat kawan baru. Aku ada la juga blog-blog kecintaan aku, yang aku suka baca, suka stalk. Dekat bawah ni, antara blog yang aku mesti baca bila aku blogwalking, tak pun bila online mesti baca.


aisyah huamira, blogger muslimah yang sweeet sangat, sangat. Muka dia kan baby face, kami sebaya. Dia belajar dekat USIM, Nilai. Kalau kau baca blog dia, fan page dia kau dapat motivate, macam aku lah. Aku akan termotivate nak jadi macam dia, berserah hidup sepenuhnya pada Allah. Dah kahwin, dia sangat tekankan dakwah bercinta selepas nikah, dia jadikan diri dia sendiri sebagai contoh, sebab dia bercinta selepas nikah. Sangat baik, tak sombong, kalau kau inbox dia dekat fanpage, dia balas. Kalau aku cerita banyak tak guna, tengok sendiri la. 



Nurul Badiah. she really special for me. Hidup penuh dengan prinsip, dia tak kisah apa orang nak cakap pasal dia, yang penting di tahu, dia ada orang-orang yang sayang dia. Blog dia best , apa dia tulis, is come from heart. Dah lama aku kenal dia, sejak mula-mula ada blog lagi. Seorang yang sangat kuat pada aku, hidup dia pakai motif, faham. Nak lagi faham baca la sendiri ya.


Kak Fyna. as a perempuan mesti kau minat benda yang cantik-cantik, nak pakai tudung cantik. Kalau bab tutorial semua, aku suka la tengok blog k.fyna, untuk beautiful stuff memang ke blog dia saja lah. Aku dah lama kenal dia, sebelum ada blog lagi dah kenal dia. Sangat peramah, tak sombong. serius. Aku jenis, yang kalau aku nak tanya aku tanya, aku inbox dia untuk tanya apa je, dia akan balas, pergi dekat fanpage dia, nak tanya apa pun in syaa allah dia balas, sekarang dia jadi mak adam, aku kenal dia before dia jadi mak andam orang kahwin lagi. 

Ifa athirah, lama dah tak connect dengan awak ifa, sebab dia agak lama juga tak update blog. Seorang yang simple, cool, semua lah. Suka buat fesyen dia sendiri, cantik sangat lah. start kenal dia bila dia comment one of my entry masa mula-mula blogging dulu. sejak tu terus jadi kawan, add dia di fb. aku lah yang minta fb dia. bahahaha. belajar dekat adelaide. sporting and suka photograpy .



The beautiful shazwani othman, kekasih hati Lee Dong Wook yang sekarang dah curang dengan Song Seung Hun. Seorang yang sangat freindly dan cool wa cakap lu, kau jangan terpengaruh dengan ayat serious heart dia, sebab dia bukan lah seorang yang serius duapulohempatjam ya. Aku tak ingat macam mana boleh kenal dia, dia selalu datang ke blog aku, aku selalu pergi blog dia. We have a good connection, gituuu. So cik serious you have a facebook, can i add you as a friend. bhahaha. kau nampak tak, tulis pasal dia je, punya la friendly. haha. 


selain kak maria, kak patingg, kak yuyu yang famous, yang memang aku baca blog dia orang, orang-orang di atas, adalah antara orang rapat dengan jiwa aku as a blogger. aku rasa macam tak rugi kenal dia orang, i have learn something from them, aku takkan jadi suka dekat suatu blog tu, kalau dia tak tulis something yang menarik perhatian aku sendiri, yang mana boleh jadi bermanfaat pada semua orang. hokeyy dah panjang dah entry ni. nak study. wish me luck on my final exam. bubye. 

Selasa, 11 Jun 2013

Pure Marine Collogen.

Assalammualaikum.

Apa khabar..? sihat..? mood update blog on. bila on ni la cepat-cepat update kalau tak. hampehh berbulan, berminggu belum tentu update lagi. pure marine collogen, penah dengar. jakun lah kau tak pernah dengar. bhahaha pure marine ni rumpai laut. ala yang duduk dalam laut, yang cantik tu, yang warna dia putih ada hitam ada.. alaa susah la cite, bagi gambar bulehh. 


cenggitu la rupa dia. Kalau kau susah nak telan dia, boleh campur dengan sunquick, ke dengan air apa pun yang kau suka. Kalau nak juga boleh sapu saja dekat muka. Rumpai laut ni kau bukan terus makan macam dalam gambau tu, tercekik pula kau nanti, aku tak tanggung la an.. an.. an.. kena masak dulu. ala tak susah pun lah. senang je. kau tengok, abang dengan kakak ni minum cantik dah kulit.



cantik an.. an.. an.. kau nak cantik kau kena lah beli. kat mana nak dapat. kau pergi House of Beauty, beli dekat situ. Rumpai laut ni bukan untuk kulit cantik semata, boleh juga bagi kesihatan dalam dan luar. cehh macam pakar kecantikan. kau nak tahu lebih baca sini aku malas lah nak cakap banyak. ada orang kata rumpai laut tak berkhasiat. aku percaya setiap benda allah cipta ada manfaat sendiri. tahu. kau kalau taksub makan tak baca bismillah pun tak boleh. kau nak makan ni, kena juga doa. kau ingat makan collogen cenggini tak kena doa, minta disembuhkan penyakit dengan allah ea. kau lupa ea, kita boleh usaha, pengharapan kita tetap pada allah. kau lupa ea. ok nak order boleh pergi page tak di tu ya. bye-bye.

Isnin, 10 Jun 2013

Hidup.

Assalammualaikum readers.

sihat..? hope sihat lah ye. mencuri-curi masa mengupdate blog yang usang banyak habuk. hiperbola terlebih. you know what aku tengok blog aku ni tak cantik, aku memang tak pandai sangat la nak edit-edit bagi cantik. boleh tolong suggest macam mana nak bagi blog nampak kemas lagi..? edit blog murah ke..? ho yeahh minggu ini adalah minggu peperangan bersama-sama pen dan kertas. wish me luck guys. mihmihmih. nak minta toloeng bulehh tak. like sikit page ini. do like and do buy. bulehh.? update pendekk di kala boring study. mihmih macam kartun pulop. nak sambung study. do leave your comments. :)