Sabtu, 28 April 2012

What happen to me..?

what happen to me..? nothing la,title je yang merapu bagi korang tertanya-tanya..lama tak hupdate blog sayang aku ni..i get a new life since a few months,kadang-kadang aku rasa aku tak ada life tau.nak tahu kenapa.rumah pada aku hanya tempat tidur and berehat bila malam.seawal jam 6 pagi dah bagun,solat,mandi siap-siap pergi kerja.lepas tu pukul 7 petang baru balik,sometimes sampai lapan malam baru balik.penat sangat aku tertunggu-tunggu bila semua ni nak habis.harap-harap aku dapat panggilan untuk masuk u nanti.tolong doakan aku,aku takut sangat kalau tak dapat.tolong ya.blog aku dah berubah wajah,simple and paling penting nampak la kematangan sikit,sikit je..agaga.oh ya sabtu lepas aku pergi sekolah sebab terpilih untuk ambil anugerah antara pelajar yang cemerlang untuk stpm 2011.walaupun aku tak la berpuas hati dengan result aku tapi atlest aku jadi antara yang terbaik.alhamdulilah syukur sangat.congrat to noi,bella,yun,and ika.nampaknya ika kau aku selalu ajar kau bila exam kau lebih dari aku,suka nya aku kau tau ika,rasa berbaloi kadang-kadang tu marah kau :P sebab lama tak menghupdate so entry ni agak panjang ya..hihihi.jom cuci mata.



muka cover depan dato'.nurveous kot.



cikgu pun dah macam student je.



dia sorang calon lelaki yang dapat anugerah tu.



nampak sangat pinjam.pegang pun salah.

bila masing-masing dah jumpa ni macam-macam cerita keluar sebab dah ada life masing2 kan.tapi ni belum cukup geng kot.aku rindu kat korang.rindu zaman sekolah,rindu nak pakai baju kuning tu.rindu sangat.the best moment ever.lepas ni masing-masing ada haluan sendiri.tapi tak pe,fon ada,facebook ada kita masih boleh contact.

miss u guys. T_T






Jumaat, 6 April 2012

umrah

apa khabar semua.umrah di makkah.siapa yang tak teringin ke sana kan.aku sangat la teringin.insyallah suatu hari bila sihat tubuh badan,murah rezeki nak ke sana.sekarang baba(aku panggil nenek sebelah ayah baba) aku sedang menuaikan umrah bersama kaum keluarga terdekat di makkah.harap selamat menjalankan ibadah di sana dengan tenang.selamat pergi selamat pulang.insyallah.




credit to ami syamsoul gambar ni ambil dri fb dia.

Rabu, 4 April 2012

Takdir

takdir..? setiap manusia ada takdir hidup mereka sendiri yang telah ditetapkan oleh allah.termasuklah aku sendiri.1.4.2012 orang kata hari ni april fool,tapi sebagai seorang muslim tidak boleh menyambutnya.hari isnin kan tarikh ni.pagi-pagi aku bangun tidur siap-siap pergi kerja macam biasa.balik kerja pukul tujuh,macam tu la.bila nak balik dapat call dari abah.abah telefon mak sebab aku satu tempat kerja dengan mak.tempat kerja ada bagi locker,untuk letak barang so phone pun tak boleh bawa masuk.bila dapat call muka mak terus cemas.

 me : kenapa ma.
mak : cepat k.long,cepat rumah mak long terbakar.
me : april fool ke mak ni.
mak : betul-betul la.


dengan lutut terketar-ketar aku bawak motor laju tak ingat.yang ada dalam kepala nak cepat sampai rumah m.long.dia ni akak mama yang sulong.aku tak percaya sebenarnya dengar mak aku cakap rumah tu terbakar.aku agak mungkin terbakar sikit je.bila sampai lebih kurang 5 minit dari tempat aku kerja.aku tengok yang tinggal cuma tangga,dan bilik air.aku terdiam tak terkata,bila nampak muka cousin air mata dah tak tertahan.aku memang rapat dengan semua mak cik2 aku lagi2 yang sebelah mak.bayangkan rumah yang dah lebih 60tahun umur dia,lenyap dalam tempoh 30minit.punca litar pintas.dah takdir allah kita manusia cuba cari hikmah disebalik kejadian tu,dan sabar.tapi yang aku respect tak sampai beberapa jam kurang dari sejam,segala bantuan awal,macam pakaian,makanan semua dah sampai dari jabatan kebajikan masyarakat.jiran-jiran pun banyak bagi sumbangan.kalau la dia orang baca blog aku ni,aku nak nak ucapkan beribu terima kasih.


gambar ni masa baru lepas terbakar dalam pukul 4.30petang macam tu la.tak ada apa yang tinggal.hanya tangga sebgai kenangan.asap pun masih ada.masih terasa bahang panas api.

pondok sementara,sebelum dapat bantuan rumah.bila siang panas,bila malam sejuk.so kita yang tinggal selesa ni,bersyukur la ya.

tinggal kenangan.masa ni wedding akak sepupu anak m.long bulan satu hari tu aku ada update entry pasal wedding tu.
sedih memang sedih,walaupun aku tak la menetap dekat situ,tapi banyak kenangan yang aku ada dekat situ.dari kecil selalu datang situ,sampai la ke besar ni pun rajin ke rumah ni.sekarang yang tinggal hanya tangga sebagai kenangan.tak apa la mungkin ada hikmah yang kita belum nampak,yang penting family m.long semua selamat.

till then guys,thanks reading.

wassalam.