Rabu, 29 Februari 2012

Special For You.

Hari ni hari apa.hari ni 29.2 kan.tahun lompat yang datang hanya empat tahun sekali.aku antara mereka yang dilahirkan pada tahun lompat ni.so ada la bestfriend aku yang birthday dia jatuh pada 29.2.dia hanya sambut birthday empat tahun sekali.wow special nye.orangnya pun special dan lain dari yang lain..



happy birthday salihah.rindu dengan kau.rindu nak gaduh dengan kau.rindu nak kacau kau.rindu nak buat kau marah..salihah sory sangat selama ni aku selalu membuli kau.asyik tak puas hati je dengan kau.kau antara kawan aku yang paling unik.pantas,tangkas dan efisyen gitu..huahaha selalu berkaliber,bertanggungjawab atas setiap kerja yang kau buat.sampai aku pun naik gila bila kena berkerjasama dengan kau masa buat buletin.kau terlalu pantas salihah,penat nak ikut rentak kau.kau disanyangi dan dikagumi oleh cikgu-cikgu  sebab sikap kau.thumbs up for u salihah.semoga kau murah rezeki,cepat dapat jodoh..huhaha,semoga kau sihat selalu.aku sayngggggg kau sangat-sangat.

untuk cousin,kawan-kawan yang dah bertunang,selamat bertunang.kak nisa,tak sangka awak dah tunang,kawan aku tu pun uitt tak percaya kau dah tunang sayangg.tahniah...tahniah.


blog aku berwajah baru.header je belum tukar.try comments sikit.

till then wasalam.


thanks untuk bloger terkenal apit sebab sudi follow blog buruk ni.


Rabu, 22 Februari 2012

Khas Untuk KITA.

apa khabar korang.terima kasih sudi masuk blog ni dan baca entry ni.entry ni khas untuk ex student STPM smks batu pahat.tak di buka  faceboq aku,and aku tengok alif kawan aku masukkan video ni.




alif aku sangat terharu tengok video ni.thanks sangat untuk kau dengan shahrul yang selalu rakam setiap moment kita semua.bila tengok balik,semua rasa ada,sedih,happy and lucu.rindu nak balik sekolah.aku dapat tengok muka aku yang buruk bila menangis.thnks..thnks and thnks.rindu sangat kat korang.rindu..rindu..rindu.eh yun,kelakar la kau ni.video ni semua masa dah dekat nak exam.and masa last day exam.nampak tak muka happy gila bila exam dah habis.haha.terlepas dari beban ohhh.satu lagi video ni.




ni masa malam diner,atau jamuan perpisahan dekat port dickson.aku ada review pasal jamuan ni dolu-dolu nak tengok SINI.memang best pun.tak rugi and tak sia-sia aku masuk form 6,banyak benefit aku dapat : p.



leha aku pun rindu kau..klik untuk tumbesaran.

for all my friends especially form 6 student 2010/2011 our moment i will keep carefully in my heart until i die.thanks to all of you because make me smile,cry and laugh together.i love u you all more and more.i hope our relationship will remain until jannah.insyallah.



Selasa, 21 Februari 2012

belajar ke kerja..??


sob ~ sob ~.menangis sebab penat sangat kot.memang tersangat la penat.kenapa penat..? sebab dah kerja,sementara tunggu kemasukan ke U bulan 9 ni.doakan aku dapat masuk U,insyallah.belajar ke kerja lagi best..? kalau tanya aku,harus aku jawab macam ni " belajar 1000 kali lebih seronok daripada bekerja".memang kerja dapat duit,tapi kerja  sangat la penat.aku dapat rasakan bagaimana peritnya minah-minah kilang kat luar tu.kerja bertungkus lumus,tapi gaji ouchh tahap biasa-biasa je,paling tinggi pun berapa saja boleh dapat kan.tapi mereka-mereka yang berjawatan lebih tinggi,kerja sikit-sikit je tapi bab gaji mereka lebih tinggi.kenapa ya..? sebab mereka ada ilmu,kelulusan tinggi dan kepakaran.huh penting ilmu untuk mengangkat taraf sesorang.sebab tu macam mana cara pun,aku nak sambung belajar balik,dan dapatkan kelulusan tertinggi.insyallah.lagi pun mencari ilmu kan wajib.kalau belajar paling tak pun baca buku and exam.walaupun aku benci exam tapi rasanya lebih mudah daripada bekerja.tekanan belajar lebih ringan daripada bekerja.kot la..daripada pengalaman sendiri yang ciput.another one,aku tak boleh terlalu diarah buat ni,buat tu,dengan cara kasar..memang aku panas,silap-silap aku lawan balik orang tu.hehe tapi kalau yang bagi arahan my mom,aku tak terkata untuk melawan.kerja kat kilang ni,errr superviser sombong sangat,sikit menjerit itu,ini..but dia belum marah aku sampai terjerit-jerit.kalau dia marah aku macam tu,aku tak jamin yang aku tak melawan.

anyway nak cakap Happy Birthday kak fyna.birthday dia 19.02 kan kak.tak tahu pun hari tu birthday akk.orang tengok wall kak zura dia ada wish birthday sis kan.anyway akk cantik..teruskan usaha untuk memberikan tips-tips yang berguna dan teruskan jadi mak andam yang berjaya...^_^.



kak fyna orang tak ada pos hadiah pun.gurau saje.anyway sis u are gorgeous..

wasalam.till then.


Selasa, 14 Februari 2012

Blogwalking.



Pernah berblogwalking atau singkatannya BW.kalau awak seorang bloger tipu la tak pernah blogwalking.yang tak ada blog pun,mesti pernah bw kan.pernah tak korang rasa geram bila bw.kenapa ya..?ini sekadar pendapat aku sahaja ya.bukan niat nak memandai apatah lagi mengecilkan hati siapa-siapa..hehehe.

  • firstly kalau korang masuk satu-satu blog tu dan blog tu berat,loading lambat apa korang buat tunggu atau terus klik butang pangkah warna merah kat tepi tu.kalau aku depands pada mood kalau ok,aku tunggu but kalau tak ok aku pun tekan butang pangkah.korang yang masuk blog aku..blog aku cepat atau lambat..tolong la coments cikit.
  • second,kalau korang nak berbw lepas tu nak tinggalkan jejak,and then blog tu tak ada shoutbox,or tak ada tempat yang kita boleh comments entry dia untuk tinggal jejak.apa korang buat..?if aku kadang-kadang mereka datang blog aku dan aku pun nak balas kunjungan diaorang tu.but sampai kat blog tu,tak ada tempat nak comments,or shoutbox,sometimes aku cari juga mana nak tinggal jejak ni,tapi malang tak ada,tapi hati rasa kesian.so shoutbox atau comments box tu penting ya.
  • bw tu penting tak...?pada aku penting untuk ramaikan kawan bloger,and boleh menaikkan followers korang.ni berdasarkan pengalaman sendiri ya.
  • bedasarkan pengalaman yang ciput ni jugak,aku pernah masuk satu blog and blog tu rasa rimas sebab banyak sangat gadget kot.nak follow tapi tak ada button follow.mesti stress macam ni.tapi dia orang dah sudi datnag blog kita.so aku akan berusaha mencari butang follow sampai dapat.but kalau tak ada juga,aku tekan butang pangkah.
  • perlu ke kita nak cakap macam ni 'saya follow,follow balik'.ni memang ayat aku dan aku buat benda ni.habis kalau mereka tak follow balik..?korang nak unfollow diaorang.kalau aku,aku biar je.sebab nak follow harus ikhlas tanpa paksaan.
  • pernah rasa nak unfollow someone tak.kalau aku balik-balik kalau aku..? tengok la juga entry yang disampaikan,kalau semakin lama semakin mengarut yang tahap mengaban aku akan unfollow.tapi setakat ni hanya beberapa blog yang aku unfollow.
semua ni daripada pengalaman aku yang tahap ciput ni ya.jangan merasa kecil hati pulak and takut nak bw here.aku sentiasa mengalukan kedatangan kamu.ayat skema ok...

till then guys.wassalam.

credit :google


Ahad, 12 Februari 2012

for ever say no!!

say NO to valentine's day.


doodles from en.apit

kalau dah kata tak boleh..tetap tak boleh!! jangan degil.hukum islam kata tak tu jangan gatai sangat nak sambut jugak.kenapa tak boleh nak sambut..?nah baca SINI nak berkasih sayang hari-hari boleh tak payah nak ada valentine's kan.but berkasih sayang pada yang halal saja ya ^_^.bercinta dengan allah lagi seronok sebab tak perlu rasa sakit hati.kalau setuju sila angguk-angguk kepala awak tu.



sory kalau ada yang tak suka dengan entry ini.tapi ini semua kebenaran ya..betul tak..?sila la komen.


Khamis, 9 Februari 2012

Happy Birthday.

cik jah sayang ^_^.
gambaq ambik dari fb kau.

semoga panjang umur,
dimurahkan rezeki,
menjadi wanita solehah.insyAllah,
isteri solehah..tetttt
get a good result for our STPM,
me always pray the best for u,
thanks be my good friend for a long time.mak jah sedih la.
will u be my friends until jannah??




Sabtu, 4 Februari 2012

Aku Sangat Gila Bila Nampak Dia.

wahhh,dapat update la.actualy aku belum kerja..terdapat beberapa misunderstanding di sini ya.huh sedih + geram.but it's ok,allah mungkin rancang yang lebih baik untuk aku.insyAllah J.siapa suka makan coklat sila angkat tangan macam saya.ok bagus.AKU SANGAT GILA BILA NAMPAK DIA(coklat).mesti la ramai yang suka makan coklat kan,tak kira muda,tua,kanak-kanak,mak orang,bapak orang,nenek orang and segala orang semua suka makan coklat..ok aku sedang merepek.ada tak orang tak suka coklat..mata ke atas dan mulut menyenget untuk berfikir.eh mestilah ada kan.tapi pernah tak korang terfikir apa baik dan buruk nya coklat ni.mesti tak terfikir sebb sedap sangat makan.sebelum ni aku hanya tahu keburukan dia je.sekarang baru tahu coklat pun ada BAIK nya ok.ok aku just copy paste sumber-sumber ni dari google.nak baca ke silakan.

telan air liur buat entry ni.


Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
Coklat adalah bebas daripada kolesteol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.

Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran. Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung. Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) - pernah dengar "makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah"?.Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood.Mengandungi vitamin B1, B2, D dan E, juga mineral seperti potassium dan magnesium. Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab UTAMA punca keroakan gigi. Ini kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya (ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria.

ouchhh sedapnya.

TAPI COKLAT PUN ADA KEBURUKANNYA!!

 Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah). Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan). Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.jangan bagi kucing hang makan coklat ooo.
Semoga bermanfaat.till then guys.wassalam.

mesti dah habis aku makan kalau pc aku macam ni.



                     http://myfoodtech.blogspot.com
 Foto dari: mr.google






note:akk zurainah abdullah balas mesej aku di facebook.terharu sekejap.