Selasa, 31 Januari 2012

will miss u.

sedih macam aku.


will miss my blog after this..lepas ni akan jarang update blog sebab dah mula busy.dah strat kerja,kerja sambilan sementara tunggu result.dah lebih sebulan aku dekat rumah badan pun semakin chubby.orang kata la,aku rasa biasa je.ahh sedar la sikit awak tu memang sah gemuk.time rehat dah habis ye cik adik,time kerja pula sekarang!! aduh penat.but tak kerja tak dapat duit.nak bayar macam-macam.yang penting nak daftar U nanti guna banyak duit kan.lepas ni hidup aku akan jadi macam ni.pagi pergi kerja,balik malam.ahad je ada cuti.

muka bosan,sama ngan muka aku.

mungkin dah tak ada masa nak bw lagi.kecuali ahad je tu pun kalau la rajin.will miss post cik ifa,yang ada saja cerita dia,yang sometime boleh buat aku gelak sorang-sorang,will mis cik dena dengan motivasi yang best untuk dibaca.will miss tuto kak fyna,and beberapa blogger lain yang always aku akan datang blog diorang.tapi yang datang jenguk-jenguk tu teruskan follow if korang rasa nak follow ok.dialu-alukan.yang selama ni sudi baca and follow my blog thanks,i really appreciate it.

ok bye.wasalam



Jumaat, 20 Januari 2012

tak suka la


lucu muka kartun yang aku baru culik daripada mr.google ni.macam muka aku time marah,buruk habis.ish apa yang aku tak suka ni.aku paling tak suka bila jumpa someone yang suka tanya macam-macam dari A sampai Z kalau boleh semua  dia nak tahu.adoi penat oooo nak jawab.kalau orang tu bukan family terdekat atau bukan orang yang rapat dengan aku.aku akan cuba memaniskan muka dan jawab setiap soalan yang diajukan dengan cukup baik.lagi-lagi yang menanya tu orang tua,tak baik kalau nak diam je.tapi dalam hati allah je tahu..hahaha sangat la hipokrit.kalau dalam family aku adik aku yang no 3 suka buat kerja yang paling aku tak suka ni.contoh la kalau ada orang call aku mula-mula mesti dia tanya "siapa call tu" bila aku dah jawab nanti adalah beberapa soalan yang menyusul yang panjangnya boleh buat satu karangan 350 patah perkataan.bila aku dah geram aku akan tenung dia lama-lama and dengan selamba dia menjawab "kalau tak tahu mesti la nak tanya,tak kan nak diam je".wah kalau la masa belajar dalam kelas tak faham and kau tanya cikgu kau sampai kau tahu satu benda tu kan bagus.tapi aku rasa tak ada pun dia buat macam tu.kalau boleh semua benda dia nak tahu.sikap ingin tahu tu  bagus sebenarnya tapi mesti la kena pada tempatnya,sebab tak semua benda kita boleh tanya,and kita boleh tahu,right.memang dalam family mulut dia yang paling tak boleh diam ada saja dia nak tanya and nak tahu.jawapan yang biasa dia jawab bila orang marah dia sebab tanya tak kena tempat,and panjang sangat soalan dia tu cam ni la,
"kak uda ni malas nak fikir,sebab tu semua nak tanya bagi faham".adoi geramm sangat kadang-kadang tu,but sometime tu kelakar pun ada.bila aku dah geramm aku diam je bila dia tanya aku soalan panjang lebar.nanti dia membebel "penat orang cakap,akk tak jawab diam je".aku pun dengan senyuman mencecah ke telinga  pun jawab "la ingat mulut awak ni tak tahu penat,tanya bukan-bukan".moral of the stories kita perlu fikir apa yang kita nak cakap sebab takut apa yang kita cakap nanti menyusahkan orang lain,dan lebih parah menyakitkan hati orang lain.nak bertanya tu boleh tapi tengok keadaan,dan soalan yang kita nak tanya tu sesuai ke tak dengan orang nak menjawabnya nanti.ni pun peringatan untuk aku jugak..peace ^_^

Isnin, 16 Januari 2012

Sempurnakah Pakaian Aku.

aku seorang remaja islam yang sedang meningkat usianya.tapi alangkah sedihnya di usia 20 tahun ini baru tergerak rasa hati ingin benar-benar berubah menjadi seorang muslimah yang baik.selama ini aku tak baik ke? mungkin kurang mendekatkan diri dengan allah walaupun didikan yang diberi cukup.hingga satu waktu tergerak rasa hati kalau satu hari nanti aku mati bagaimana amalan aku dihisab.rasa takut bila memikirkannya.aku tak sempurna selama ini pakaian aku memang bertudung tapi aku rasa kurang selesa sebab aku rasa baju yang aku pakai ketat dan singkat.bila bertudung pula aku rasa rimas sebab ada benjolan  di dada sebab tudung itu tidak labuh menutup dada,pandangan mata orang lain buat aku tak selesa.tapi tak tahu kalau itu hanya perasaan aku sahaja.




tudung yang menutup dada.

Sekarang aku tekad nak berubah.orang pertama aku bagi tahu mak jah la..dia pandang aku semacam bila aku cakap "mak jah i want to change,aku nak jadi muslimah yang betul2 taat pada allah".dia tanya aku "betul ke" and aku jawab "insyallah".dia pun cakap "baguslah nak berubah,kau doakan aku berubah jugak pah".mak jah aku selalu doakan kawan-kawan aku yang baik-baik. langkah pertama aku,solat yang selama ini lompang-lompang,aku cuba sedaya upaya aku untuk penuhkan dan jangan bagi kosong-kosong lagi.sembahyang penuh dan di awal waktu.sebab solat adalah perkara pertama yang akan dihisab di akhirat nanti.kedua pakaian aku.aku cuba mencari pakaian yang tidak ketat dan melabuhkan tudung aku walaupun pakai shawl.sebab aku tengok beberapa rakan sebaya dekat dunia blog ni,walaupun mereka berfesyen tapi mereka masih menitikberatkan cara pemakain mereka supaya benar-benar menepati ciri pakaian seorang muslimah.contoh ifa , dena and noi(my bestie)dia orang ni antara inspirasi aku untuk berubah.tapi mungkin secara perlahan-lahan aku akan berubah insyallah.doakan yang terbaik untuk aku.aku menulis ini bukan untuk mencari perhatian tapi hanya luahan rasa hati.aku lega and sebak bila dah lepaskan.yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu semestinya dari aku.





jumpa lagi assalammualaikum.!!


gambar aku ambil dari mr.google.

Khamis, 12 Januari 2012

Selamat Hari Tua.

entry ni khas untuk kau la anis sayangg.my bestie ^_^

versi monyet ikhlas dari aku.hoho




semoga kau lebih panjang umur.
semoga lebih murah rezeki kau.
semoga kau cepat kawin..ooo
semoga kau terus jadi kawan aku.
and semoga yang baik2 je untuk kau.

love u so much!!



Isnin, 9 Januari 2012

Segmen Saya Tersenarai Dalam 1,000 Blog Terhebat.

tak pernah join apa-apa sebelum ni,but tertarik pulak nak join benda ni.korang pun boleh join sbb snang nak bw nanti.tak payah bayar apa-apa pun.


nak join meh SINI.

Selasa, 3 Januari 2012

Rindu Sangat.

Sudah masuk tahun baru la kita.aku tak sambut pun tahun baru 2012 ni.tahun baru tu aku dekat KL,walaupun banyak tempat boleh sambut tahun baru tu tapi tak ada pun aku rasa nak pergi tempat-tempat tu.aku duduk rumah abang sepupu,rumah dia kondo murah la kan,dapat tengok bunga api dari atas,memang meriah KL malam tu,penuh dengan bunga api,jalan pun jem gila.esok adik-adik kita akan masuk ke sekolah.selamat kembali ke sekolah...hahaha padan muka adik aku,kau sekolah la ye akk duduk rumah honeymon.belajar rajin-rajin ya.aku rindu zaman sekolah tau,rasa nak sekolah balik tapi tak boleh la kan.umur dah tua,i'm 20 for this year..ohh dah tua aku ni.but mak aku kata muka aku macam budak sekolah,tak matang.tak pe la mak,nak jugak muka macam mak muda sentiasa.perasan je aku.aku rindu kawan-kawan aku lama tak jumpa.atika,nazreen,aku rindu nagn korang sangat.azi,azreen bila nak jumpa aku ni..?aku rindu kat kau.anis rindu la dengar kau gelak,bercakap tak berhenti-henti...rindu wey.noi,bella n semua la AKU RINDUUUU KORANG SANGAT-SANGAT.bila nak hang out sama.adam,fairus n shahrul..rindu nak gaduh dengan korang.betul cakap orang bila depan mata kita tak tahu pun nak rasa rindu ke apa,tapi bila masing-masing dah jauh baru rasa rindu.for form 6 student smks batch 10/11 buat reunion jom.selamat tinggal alam persekolahan kalau ada rezeki tahun depan aku selangkah lagi masuk U pulok..doakan aku dapat  best result untuk stpm.amin.kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa ada bila susah dan senang,rigth..?special thanks to atika,azreen,mak jah,anis,azi,noi and bella because sentiasa ada dengna aku susah dan senang.korang kawan terbaik pernah aku ada.thanks,thanks,and thanks.

buruk muka aku.

gadis gila camerra.

ni pun gila camera.

for shahrul al-fatihah untuk arwah ayah kau.semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman amin,sabar ok,setiap yang hidup mesti mati.